Tak Pernah Hilang, Nana Sheme Fokus Belajar Hingga Raih Anugerah Cemerlang Kelas Pertama

Share

Lama kita tak mendengar khabar penyanyi Hantu atau Buaya iaitu Nana Sheme. Rupa-rupanya, Nana baru sahaja bergraduasi dan lebih membanggakan, dia berjaya mendapat Anugerah Cemerlang Kelas Pertama menerusi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengurusan Pembinaan sempena majlis graduasi ke-90 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Menulis di laman instagramnya, pemilik nama sebenar Nur Nabilah Hashimi ini menjelaskan bahawa dia bukan menghilangkan diri tetapi meletakkan pelajaran sebagai fokus utamanya.

Alhamdulillah. Secara rasminya saya telah bergelar graduan UiTM. Tak dapat dinafikan, kehidupan ijazah sarjana muda saya merupakan memori paling bermakna dalam hidup saya. Banyak memori pahit dan manis! Saya masih ingat dilema yang dihadapi samada mahu menangguhkan pengajian kerana banyak tawaran menyanyi ketika itu. Waktu raya juga tidak mudah. Bukan itu sahaja, karier nyanyian saya juga menjadi taruhan kerana saya menjadikan pelajaran sebagai perkara utama. Saya menghadapi cabaran, sama juga seperti rakan-rakan saya yang lain.

Tapi saya tak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil.Saya mungkin kehilangan sedikit, tapi itu tidak bermakna saya tidak dapat apa-apa. Syukur. Anugerah cemerlang kelas pertama. Ini adalah untuk Mummy, Abah, Umi, Qd, Tasya & Nash.

Tahniah Nana! Alhamdulillah, berkat usaha gigihnya dia telah berjaya mendapat anugerah kelas pertama. Bukan calang-calang orang boleh dapatkannya. Moga dirinya terus berjaya. Peminat mesti tak sabar nak dengar karya terbaru daripada Nana kan?

 

IKLAN