Tak Perlu Takut Lagi Nak Potong Cili, Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Rasa Pijar Di Tangan

Share

Aktiviti memasak memang sangat menyeronokkan namun babak yang kurang best mungkin di saat tangan rasa berpijar sewaktu memotong cili. Agak seksa juga apabila anggota badan kita rasa berpijar.

Ada yang kata perlu rendam tangan dalam air sejuk namun ia seperti tidak berhasil juga. Jikan cara-cara lain juga tidak menjadi, apa kata anda cuba pula cara yang dicadangkan oleh wanita ini.

Menurut Rosie Zam, cara yang mudah adalah dengan menyapu minyak masak sebelum memotong cili.

Aduh pijarnya tangan. Itu yang selalu kita alami bila potong cili padi atau cili kering kan. Hari ni saya nak kongsikan tips untuk elakkan tangan menjadi pijar.

Caranya mudah sangat sapukan tangan dengan sedikit minyak masak sebelum melakukan kerja memotong cili.

Dengan cara ni dapat elakkan panas cili tu meresap ke dalam tapak tangan. Mudah kan.

Cuba tau.

Haaa, mudahkan? Jadi tiada alasan lagi tau untuk anda mengelat dari memotong cili. Hihi, selamat mencuba!

kredit: Rosie Zam

IKLAN