Tak Keruan Lihat Kecomelan Anak Mira Filzah, Netizen ā€˜Tagihā€™ Mahukan Gambar Wan Khair Amir Lagi

Share

Siapa tidak kenal dengan pelakon popular Mira Filzah yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia lima bulan.

Malah, tindakan Mira memuatnaik foto bersama putera sulungnya baru-baru ini, membuatkan peminatnya teruja dan tidak keruan melihat kecomelan Amir yang digelar ā€˜mini Mira Filzahā€™.

Comelnya! ā€˜Miniā€™ Mira Filzah

Menerusi hantaran tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memaparkan beberapa keping foto candid mendukung Amir yang sedang tersenyum ceria.

Oleh itu, para peminatnya yang teruja telah menghujani hantaran tersebut dengan pujian dan komen positif, kerana ā€˜geramā€™ dengan kecomelan riak wajah Amir.

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah

ā€œSubhanallah muka Amir sama mcm mama dia šŸ˜šŸ˜šŸ˜ā€.

ā€œEeeeeeee.. geramnya anak miwaaaa filzahhhh ni.ā€

ā€œKenapa la mak dgn anak cute sangat!ā€.

Artikel Berkaitan: Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Mira Filzah Selamat Melahirkan Putera Sulungnya!

Terdahulu pada 3 September 2020, mira telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, sebelum dikurniakan cahaya mata dua tahun kemudian pada tanggal 10 mei lalu.

Mengambil pendirian menetapkan privasi dengan tidak mendedahkan wajah putera sulungnya, sehingga anaknya itu berusia lima bulan.

Wajah Amir hanya didedahkan kepada umum pada 2 Oktober lalu, menerusi potret keluarga kecil mereka, usai menjalani majlis Aqiqah Amir.

Berikutan kecomelan ā€˜Mira Filzah Juniorā€™ ini, akan akaun peribadi putera sulung mereka itu kini sudah mencecah seramai 74,000 pengikut di lamanĀ Instagram.

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah

Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari Dilahirkan, Mira Filzah & Suami Kongsi Nama Anak, Wan Khair Amir!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN