Tak Kenal Erti Jetlag Lepas Balik Dari Syria, Heliza Terus Jelajah Negara Kongsi Kisah Misi Kemanusiaan

Share

Baru sahaja sampai ke tanah air selepas menjayakan misi kemanusiaan di Syria, ternyata jadual seharian Heliza dan juga adiknya, Hazwani Helmi sememangnya padat dengan aktiviti-aktiviti seterusnya di sini. 

Tiada masa untuk berehat daripada jetlag, Heliza berkongsi jadualnya yang padat bersama pengikutnya di laman instagramnya. Bukan semua orang mempunyai kekuatan untuk melakukan sebegini namun demi kerjayanya dan juga tanggungjawab, Heliza tetap laksanakannya dengan sebaik mungkin. Tabik sis!

Apa itu jetlag?

SYRIA, ?? MALAYSIA
_
APA ITU JETLAG??
_
Jam 2 petang fly dari Gazientap ke Istanbul. Alhamdulillah sampai Istanbul jam 4 petang, flight pula delay dan delay , Alhamdulillah akhirnya kami terbang jua ke Malaysia jam 520 pagi ( setelah 13 jam berada di airport Istanbul), perjalanan nak sampai ke Malaysia lebih kurang 10 jam


_
Syukur Alhamdulillah Kakja dah selamat sampai ke tanah air tercintaku Malaysia. Sampai rumah agak lewat dekat jam 2 pagi. Kemudian buat kerja sikit, jam 8 pagi tidur sat sampai 830 pagi, ( memang tak sempat nak layan apa itu JET LAG ?)then siap-siap untuk shooting A BIT LEW @tvalhijrah114
_
Keesokan harinya lepas Subuh siap-siap untuk talk di SMA Kuala Pilah, kemudian jam 230 petang talk di Mydin Mall seremban 2, kemudian malamnya Forum bersama @ustazahctnorbahyah dan Ustaz Wan Akasyah dan Dr Hajjah Firdaus dan persembahan bersama @hazwanihelmi di Dataran Morib
_
Hari ni pula kakja ada talk di UITM REMBAU, kemudian meeting
Sekarang pula tengah siap kan 13 helai pakaian , termasuk tudung semua tu la untuk shooting 13 episod “DR POKOK” untuk RTM, terbitan @lumierefilms_
, shooting Doktor Pokok selama dua hari. Huu doakannn??

♥️22hb UITM Rembau
_
♥️23 dan 24hb shooting Dr Pokok ( RTM) 13 episod terus?. Tengah fikir mana nak selit Time VO
_
♥️24hb Malam Jom Usrah 
_
♥️25hb awal pagi Kakja ada photoshoot , then malam ada talk di UM
♥️26hb awal pagi ada photoshoot, kemudian pi JB , malamnya tu ada forum dengan @hazwanihelmi di UTM SKUDAI
♥️27hb masih di JB ada forum di Masjid Al Falah Desa Jaya
♥️28hb masih di JB paginya ada forum dan persembahan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor dengan @hazwanihelmi 
_
♥️28hb @hazwanihelmi balik ke KL, Kakja terus ke Tawau Sabah ada jemputan persembahan dan perkongsian sempena Majlis Makan Malam Amal
♥️29hb balik KL dan terus ada photoshoot @helizaguzelhive

 
_
♥️30hb ada talk di UNIKL ,MIITKL

Dan in sha Allah, jika Allah izin fly back for….
doakan kami dapat menggalas tanggungjawab dengan baik?? , ikhlas dan istiqamah dan sihat
_
Doakan kakja ada keberkatan waktu untuk edit video2 masa di Syria untuk dikongsikan dengan anda semua in sha Allah Aamiin 
#rescuesyria 
#TheHelmia
#HelizaHelmiAtWork

Ramai pengikut Heliza di Instagram yang mendoakan yang terbaik buat dirinya. Alhamdulillah, untung menjadi insan yang disenangi semua. Moga Heliza terus kuat dan dipermudahkan segala urusan ya!

kredit: instagram @nurhelizahelmi

IKLAN