Tak Dapat Tahan Sebak, Video Seorang Ayah Nangis Saat Anak Diijab Kabul Sentuh Hati Netizen

Share

Hari pernikahan merupakan antara detik terindah dalam hidup kita apabila akhirnya dapat disatukan bersama insan yang kita cintai. Namun, kesedihan itu pasti jua dirasai kerana kini seorang gadis itu akan ‘dilepaskan’ dan berada di bawah tanggungjawab suaminya pula.

Pastinya ayah kita merupakan antara insan yang paling terkesan dalam situasi ini kerana perlu melepaskan puteri kesayangannya. Seperti video yang dikongsikan di twitter oleh @snasmn_

ini membuatkan semua yang melihatnya turut berasa sebak apabila melihat momen mengusik jiwa sebegitu.

Kerana ayah adalah cinta pertama setiap gadis!

Bukan itu sahaja, netizen juga turut merasa sebak dan berharap dapat merasakan momen indah sebegitu juga nanti.

 

kredit: twitter Sharifah Naqiyah

IKLAN