“Tak Cukup Ruang Untuk Kongsikan Kebaikan Siti Sarah Pada Semua”- Fasha Sandha

Share

Sememangnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sebuah pemergian yang dicemburui semua. Pergi dalam keadaan yang baik dan memudahkan, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.

Penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi. Berita sedih ini bukan sahaja memberi kesan kepada peminatnya, malah dari kalangan rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka. Antara selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita ialah Fasha Sandha yang menyifatkan arwah sebagai insan yang baik.

Fasha Sandha memuat naik ‘posting’ di laman Instagramnya tentang perbualannya bersama arwah. Menerusi perbualan itu, arwah berhajat ingin menghadiahkan barangan bayi kepada Fasha Sandha dan meluahkan rasa keterujaan ingin berjumpa dengan Fasha Sandha.

Bukan itu sahaja, malah menerusi ‘screenshot’ perbualannya bersama Allahyarhamah, arwah juga semat berdoa untuk Fasha Sandha agar disembuhkan dari segala penyakit. MasyALLAH…

Rakyat Malaysia yang membaca ‘posting’ ini juga turut meluahkan rasa dukacita dan menyifatkan arwah adalah seorang yang baik. Ada juga yang mengatakan setiap satu kebaikan arwah tidak putus-putus menjadi bualan ramai.

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ternyata setiap kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Sarah Raisuddin  menjadi bualan ramai yang dapat dijadikan contoh kepada semua. Sesungguhnya, pemergiannya ialah sebuah kisah yang menghembus sumber inspirasi kepada semua supaya menjadi umat Islam yang lebih baik. Terima kasih Allahyarhamah Siti Sarah. Tenanglah dikau disana…

Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha

 

IKLAN