Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi khabar gembira dengan semua apabila memaklumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Di laman instagram, suami pelakon tersebut, Wan Emir Astar telah memuat naik hantaran bagi menjawab persoalan ramai dan mengucapkan syukur di atas kurniaan Tuhan yang tidak ternilai ini.

Dia juga memaklumkan bahawa kandungan Mira akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

Sesungguhnya Dialah Sebaik-baik Perancang…

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

IKLAN

As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far. Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang.


Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA.

IKLAN

“Rabbij’alni muqimas salati wa min dhurriyati rabbana wa taqabbal du’a”

(Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku)

IKLAN

Surah Al-Ibrahim: Ayat 40

#ArahManaSyurga

Tahniah Mira dan Emir! Pastinya peminat tak sabar nanti kehadiran ‘Mira Junior’! Moga segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan kandungannya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI