Kecantikan

Syampu Premium Korea Ini Penyelesaian Untuk Kulit Kepala Sensitif. Rambut Kembali Lebat Dan Bermaya.

Share

Rambut merupakan mahkota setiap wanita, tidak kiralah sama ada anda wanita yang berhijab ataupun tidak. Kesihatan rambut sangat penting bagi memastikan keselesaan dan agar keyakinan diri tidak luntur.

Rambut gugur, tekstur rambut kasar, kulit kepala gatal dan berminyak merupakan masalah yang kerap berlaku. Tahukah anda banyak masalah boleh terjadi disebabkan kulit kepala sensitif ini dan apakah simptom jelas yang boleh anda rasai?

Pertama, masalah rambut yang gugur ini boleh dilihat secara nyata apabila anda menyisir rambut dan kemudiannya banyak rambut yang tersisa pada gigi sikat tersebut. Jika terjadi terlalu kerap ia merupakan tanda yang kulit kepala anda memiliki masalah dan akar rambut tidak kuat.

Masalah yang kedua pula jika rambut anda terlalu berminyak dek penghasilan sebum yang melampau pada kulit kepala, ia boleh dilihat dengan hanya memegang rambut dari pangkal sehingga hujung. Teksur berminyak pada jari anda pasti memberikan rasa yang tidak selesa. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan masalah rambut berbau dan bagi hijabi yang rambut tertutup sepanjang hari ia boleh menjadikan masalah ini lebih parah.

Seterusnya anda harus tahu bagaimana untuk mengenal pasti apakah lagi masalah kulit kepala yang sensitif. Pernah tak anda berasa gatal dan berlaku iritasi pada kulit yang menyebabkan anda tergaru-garu? Jika dilihat pada cermin anda akan mendapati kulit kepala anda kemerah-merahan dan juga banyak kelemumur terhasil selain rasa gatal yang melampau.

Semua masalah ini bukan hanya boleh dirawat secara luaran. Sebaliknya ia harus dirawat dari dalaman. Memiliki kulit kepada yang sihat merupakan kunci untuk rambut yang sihat, lebat dan bermaya.

Ryo, produk penjagaan rambut premium yang berasal dari Korea Selatan ini merupakan pilihan yang tepat sebagai sahabat baik kulit kepala anda. Menampilkan rangkaian terbaharu penjagaan kulit kepala derma hypoallergenic, ia memiliki pH 5.5 yang sangat seimbang untuk penjagaan kulit kepala apatah lagi ia bebas silikon dan juga sulfat.

Sebagai jenama yang percaya bahawa kulit kepala sihat merupakan kunci kepada rambut yang nampak muda, berseri dan mewah serta selembut sutera. Produk ini sangat ringan dan lembut, oleh itu ia turut sesuai digunakan kanak-kanak. Bahan utama di dalam penghasilan produk ini ialah Madecassoside yang merupakan ekstrak dari Cantella Asiatica yang popular di panggil pegaga dalam masyarakat kita. Ia diekstrak 100% secara semula jadi.

Seperti yang kita tahu, pegaga sangat bagus untuk kesihatan dan telah diamalkan secara turun temurun sebagai ulam yang berkhasiat. Pegaga mengandungi pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin, riboflavin, protein, gentian, zat besi, dan vitamin A. Dan nutrien ini menyumbang kepada kulit kepala yang sihat.

Menjadikan pegaga sebagai bintang utama, rangkaian ini dihadirkan dalam dua versi mengikut kepada keadaan kulit sama ada yang berminyak atau kering. Bagi syampu untuk kulit kepala sensitif dan berminyak ia turut disuntik dengan ekstrak teh hijau, syampu untuk kulit kepala sensitif dan kering pula ia disuntik dengan ekstrak jerangau manakala untuk perapi pula ia dikayakan dengan minyak camelia. Ketiga-tiga bahan istimewa ini berasal dari Pulau Jeju. Semua produk ini sesuai untuk mereka yang memiliki masalah kulit kepala sensitif sekaligus melindungi kulit kepala daripada rengsa luaran.

Setiap satu berharga RM56, produk ini boleh dibeli secara eksklusif di rangkaian kedai Watsons atau pun secara atas talian menerusi laman sesawang Watsons di https://www.watsons.com.my/all-brands/b/169111/ryo

 

IKLAN