Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung.
Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, dan boleh mendorong kepada penyebaran penyakit.
Antara Sunnah Nabi S.A.W ketika bersin ialah menutup wajah baginda dengan kain atau tangan.
Ads
Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w itu apabila bersin menutup wajahnya dengan tangannya ataupun kainnya. Baginda juga merendahkan suaranya (bunyi bersin). (Riwayat al-Imam al-Tirmizi, hadis berstatus sahih)
Ads
Sunnah Nabi S.A.W ini sangat wajar untuk kita amalkan, apatah lagi di musim wabak COVID 19 ini.
Sunnah ini dapat membantu mencegah mudah tersebarnya virus dari orang yang bersin. Di samping itu, ia merupakan adab santun yang baik untuk diamalkan sepanjang masa.
Ads
Mengamalkan sunnah ini akan mendapat pahala dan membantu menyelamatkan pihak lain dari ancaman penyakit.
Jika kita pembawa penyakit yang boleh berjangkit melalui bersin, maka mengamalkan sunnah ini di hadapan orang lain merupakan satu kewajipan.
Masalah kewangan adalah salah satu isu utama pelajar dalam menjalani kehidupan sebagai penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT). Selain kos perbelanjaan akademik seperti buku rujukan dan yuran pengajian, kekangan kewangan lebih dirasai apabila terdapat pelajar yang tinggal di luar kampus terpaksa membayar kos lain dalam jumlah yang agak besar.
Maka, sudah pasti kos perbelanjaan harian semakin meningkat kerana banyak perkara yang perlu dibayar dan ditanggung seperti rumah sewa yang agak mahal, pengangkutan, keperluan harian serta bil api dan air.
Melalui perkongsian pengguna Twitter @niniekamarudinn ini pastinya mengundang simpati apabila ketika gadis ini diuji masalah kewangan. Di saat-saat dilanda kesusahan, Allah hadirkan seseorang untuk membantunya.
Gadis ini memulakan perkongsian dengan mengimbas semula kata-kata yang diungkapkan dari seorang pemandu perkhidmatan MyCar kepadanya ketika berdepan dengan situasi cemas.
Terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi salah seorang penceramah pada Persidangan IMSA-MISG 2022 yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat dari 23 hingga 27 Disember 2022 lalu.
Kakak kepada Ria Ricis ini memuat naik beberapa aktiviti sepanjang kongres tersebut. Baginya, menghadiri kongres di AS meninggalkan kesan istimewa.
Sudah menjadi kebiasaan apabila memiliki akaun media sosial, pastinya ingin berkongsi sesuatu yang indah bersama pengikut, malah ramai selebriti berbuat demikian begitu juga orang ramai. Setiap perjalanan pasti menuntut pengalaman yang berlainan, pendakwah bebas dari Indonesia ini mempunyai misi melawat Amerika Syarikat yang pastinya setiap pengikutnya mendambakan cerita terkini darinya.
“Ke luar negara sebenarnya bukan sekadar mengunjungi tempat-tempat pelancongan dan mengambil foto di tempat-tempat ikonik ini,” tulis Oki Setiana Dewi di akaun Instagram. Malah Keluar dari negara sendiri sebenarnya memahami kebesaran Tuhan kerana mencipta bumi yang begitu luas dan manusia yang pelbagai,” sambung isteri Ory Vitrio.
MISG ialah kumpulan pengajian Islam Malaysia yang diasaskan di Illinois pada 1976 manakala IMSA adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Muslim Insonnesia aka Persatuan Pelajar Muslim Indonesia yang ditubuhkan pada 1998, di Missouri, Amerika Syarikat, pada konvensyen tahunan MISG.
Misi IMSA adalah membantu masyarakat Islam Indonesia di Amerika dalam memajukan kapasiti intelektual dan spiritual bagi masyarakat baik di AS mahupun ketika pulang ke Indonesia nanti.
Membawa keluarga dan anak-anak, Oki juga diduga kesihatan anak yang tidak berapa sihat dan dengan izinNya segalanya dipermudahkan. Oki juga meluangkan masa lawatan wajib selain tempat ikonik, jika berkesempatan mengunjungi masjid, kampus, masyarakat Indonesia.
Berkesempatan bertemu dengan para ilmuan di sana Oki juga berbesar hati memberi ceramah untuk komuniti Indonesia yang bermastautin di luar negara. Perjalanan yang melelahkan namun membahagiakan, perkongsian perjalanannya di luar negara ramai yang titipkan semoga pendakwah ini terus sihat dan dilindungiNya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Musim mengundi hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia, malah yang hangat dibualkan sekarang bukan sahaja parti dan pemimpin yang bakal menjadi puncak pimpinan.
Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-15 sudah tamat. Tiba masanya, calon-calon sudah sibuk meraih undi dengan harapan mendapat gelaran “Yang Berhormat” selepas 19 November nanti. Jika dahulu calon-calon di kalangan ahli politik yang sudah sinonim di dalam fikiran kita, ada juga yang mereka ini sudah menjadi pemimpin. Namun kebelakangan ini selebriti dan pendakwah bebas juga turut tercalon di dalam senarai penamaan.
Pelbagai persoalan yang bermain di kotak fikiran, ketika kita sibuk untuk membuat pilihan, datang suara-suara kecil yang menidakkan intergriti seorang pemimpin.
“Politik kotor, politik tak boleh dipercayai, politik kroni…”
Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil bersuara agar tiada tanggapan yang salah antara mereka. Bukan semua dikalangan mereka dikaitkan dengan politik kotor ada juga antara mereka golongan yang benar memimpin demi agama, bangsa dan Negara.
“Jangan sampai kita tersalah sebar, sedangkan ada pemimpin yang beriman, memasuki politik melepaskan jawatan dan gaji malah ketenangan hidupnya untuk berada dalam sistem pemerintah, supaya tidak jatuh pada orang yang salah,” ujar Ustazah Asma dalam ceramahnya.
Jika kita menafikan peluang seorang pemimpin yang berkaliber untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia atas dasar fahaman politik, rakyat yang akan rugi. Bukankah tujuan demokrasi untuk membolehkan rakyat memilih pemimpin yang terbaik dan membela nasib mereka?
Sudah menjadi kebiasaan, membesar dalam keluarga politik, susur galur keturunan Ustazah Asma Harun tak perlu dipertikaikan.
“Subhanallah! Atuk saya juga orang politik, bertanding jadi YB malah sehingga ke Exco negeri, saya memang membesar dalam susana politik,” terangnya lagi.
Pemimpin dari golongan pendakwah bebas bukan baharu, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Susulan pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias salah satu penama yang tercalon (kini sudah menarik diri), adakah ustazah juga ingin melibatkan diri dalam dunia politik.
“Ustazah taknak masuk ke, ustazah masuk mesti menang,” seloroh si penanya.
Ujarnya lagi tidak memilih untuk melibatkan di dalam bidang politik. Dia juga berpendapat ada sesetengah individu menyebarkan dakwah pada ummah melalui pemerintahan, tetapi saya kekal jalan dakwah yang dijalankan sekarang kerana pelbagai lagi perkara yang perlu dibuat. Akuinya lagi menjadi ahli politik masa yang tertumpu untuk keluarga hanya berbaki 10 peratus, manakala 90 peratus lagi untuk ummah.
Patutkah kita membuang undi berdasarkan parti atau individu? Generasi masa kini mula rasa tidak penting untuk keluar mengundi atas dasar tidak percaya lagi intergriti seorang pemimpin. Gusar membuat pilihan takut dipersoalkanNya, lantas jalan paling mudah tidak mengundi.
“… alah semua tak boleh percaya, salah pilih kena jawab depan Allah, adakah jika tidak mengundi, individu itu tidak perlu menjawab dengan Allah,” Ustazah Asma mempersoalkan sikap sesetengah individu.
Sedih dengan septikal orang melayu bergagama Islam yang mula tidak endah dengan sistem pemerintahan, bimbang akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Fenomena ini bukan unik di Malaysia. Tetapi sudah tiba masanya pengundi Malaysia memberi lebih pertimbangan ke atas individu dan bukannya menyokong parti secara membuta tuli.
Dalam ceramahnya lagi menyeru agar membuat pilihan yang tidak mengelirukan, jika ada rasa bimbang dengan integriti pemimpin itu, pilih sahaja yang kurang memudaratkan dan pasti saranannya untuk anda melakukan istikarah atas kekeliruan.
Di Malaysia, sejak sekian lama, pengundi lebih cenderung memangkah di kertas undi berdasarkan parti, bukan individu. Ustazah Asma Harun bersemangat untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu untuk mengundi walaupun akan menempuh kesesakan jalan raya demi satu undi.
Bercerita pengalaman arwah ayah beliau ketika itu yang menghidap 3 jenis penyakit kanser (kanser esafagus, paru-paru dan kanser darah), tetap bersemangat untuk mengundi walaupun keadaan tidak diizinkan oleh doktor.
“Walaupun satu undi..” ayah menyakinkan kami.
Atas semangat dan kerjasama pihak hospital, kenderaan hospital mengiringi arwah ayah ke pusat mengundi. Atas dasar rasa tanggungjawab untuk mengundi, arwah ayah Ustazah Asma Harun menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sebagai seorang rakyat yang mengambil inisiatif ini, beliau menyeru agar anda keluar mengundi bagi memastikan negara ini diperintah oleh orang yang beriman, bertakwa dan amanah. Dalam hadis berikut kita semua akan ditanya olehNya apa peranan kita di muka bumi ini, bukan hanya pemimpin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.