Benarlah hidayah itu milik Allah dan Allah tidak hanya ada untuk manusia-manusia yang megumpul pahala sahaja, malah Allah juga ada untuk manusia-manusia pendosa.
Allah itu maha adil sifatnya, maka hidayahnya akan diperolehi dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, sekaligus membuktikan kalimah ‘Kun Faya Kun’ yang membawa maksud, “dan bila dia (Allah) berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) dia (Allah) hanya mengatakan: “Jadilah”, maka jadilah ia” – (Al-Baqarah: 137).
Begitu jugalah dengan hidayah yang diterima oleh anak muda terkaya Britain, seorang billionaire dan juga ‘tauke’ kelab malam, Alfie Best Jr yang akhirnya memeluk agama Islam.
Keputusan Alfie ‘Peluk Islam’ Mengejutkan Ramai Pihak!
Alfie yang dilahirkan pada 22 Mei 1997 di Redbridge, London, telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim dengan memeluk serta menganuti agama Islam di usia seawal 25 tahun telah memberikan kejutan terhadap orang ramai dan juga para pengikutnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Alfie sendiri apabjla memuatnaik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya beberapa bulan lalu.
Hantaran berkenaan memaparkan sekeping gambar Alfie yang segak mengenakan jubah hitam dan stokin sedang berdiri berlatarbelakangkan ruangan solat di sebuah masjid di Ibu Kota London.
“Allah memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
IKLAN
Mengulas lanjut tentang bagaimana dia terdetik untuk berhijrah dan memeluk Islam, Alfie mendedahkan bahawa dia menerima hidayah ketika sedang bercuti dengan rakan-rakannya menaiki helikopter bersama ibu salah seorang rakanya yang mahu memeluk Islam.
Justeru, untuk melunaskan kehendak ibu rakanya itu mereka pergi ke masjid di London, agar wanita itu dapat mengucapkan kalimah syahadah.
Jelas Alfie di masjid sama, dia terpesona dengan kemerduan alunan kalimah syahadah yang dibaca, sekaligus dapat merasakan satu kekuatan luar biasa besar hingga dirinya begitu tertarik untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.
“Saya pergi ke masjid sekali dengan salah seorang teman dan ibunya mengucapkan syahadah, dan saya masuk (ke masjid itu). Saya sangat berfikiran terbuka dan sebenarnya sangat tertarik dengan keseluruhan tentang Islam.
“Saya menyaksikan ibu kepada rakan mengucapkan syahadah dan saya merasakan sesuatu di masjid yang belum pernah saya rasakan di tempat lain. Saya fikir mungkin ini adalah sesuatu yang hilang yang saya cari selama ini,” kata Alfie, memetik saluran YouTube Osman Lion.
Setelah memeluk Islam, Alfie mengakui dirinya seolah menemui sesuatu yang hilang dalam hidupnya dan merasakan kedamaian yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Lebih membuatkan dirinya merasa bahagia apabila dikurniakan ketenangan fikiran, hati, serta kebahagiaan apabila usai menunaikan solat.
“Saya rasa sangat selesa bangun pagi dan berdoa (solat Subuh) itu menghilangkan stres. Ketika bekerja siang hingga malam, saya tidak dapat menjelaskannya, tapi setelah solat seperti lega, seperti telah menyelesaikan sesuatu yang penting.
Saat mengalami kecemasan, setelah solat rasanya menjadi tenang lagi,” Ujar Alfie.
IKLAN
Sekadar info, menurut Sunday Times Rich List, Alfie Best Jr merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya dan tersohor, Alfie Best Sr yang mempunyai nilai kekayaan £700 juta,
Alfie mula berusaha gigih bekerja sendiri sejak usianya meningkat remaja, dia mula menganjurkan pesta untuk pelancong, sebelum membeli kelab malamnya sendiri.
Dia kemudian menjual kelab malamnya untuk membeli sebuah taman pada usia 17 tahun sekali gus menjadi pemilik taman termuda di negaranya.
Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.
Selain menggunakan pelbagai produk perawatan wajah, lelaki ini kongsi doa yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan jerawat.
Telah tersebar doa jerawat ini, ada sebahagian kata bunyinya agak kelakar. Doa ini sahih daripada hadis riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra.
Nabi pernah terkena bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembukan sakit kulitnya. Wallahua’lam.Telah tersebar doa jerawat ini, ada sebahagian kata bunyinya agak kelakar.
Doa ini sahih daripada hadis riwayat Ahmad dan An-Nasaie dalam Sunan al-Kubra. Nabi pernah terkena bisul dan sakit kulit lalu berdoa dengan doa ini untuk menyembukan sakit kulitnya. Wallahua’lam.
UNTUK SEMUA JENIS PENYAKIT KULIT YANG MEMBUATKAN KULIT MEMBENGKAK, MEMBESAR DAN MENGELEMBUNG
WAKTU SESUAI DOA INI DIBACA
Ayuh kita jadikan amalan harian. Di samping perawatan menggunakan produk, lebih afdhal kita mengamalkan doa ini.
FAKTOR PENYEBAB JERAWAT
Jerawat sebenarnya boleh dicegah. Cuma anda perlu tahu faktor penyebabnya dahulu sebelum mencegahnya.
Jerawat Di Dahi
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat pada dahi, ia bermakna anda mengalami gangguan pencernaan. Anda digalakkan melakukan dua diet iaitu diet makanan berlemak tinggi dan diet makanan ringan.
Selain itu, anda juga disarankan minum air putih dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya tujuh hingga sembilan jam setiap malam.
Jerawat Di Pipi
Gaya hidup yang tidak sihat serta stress menjadi faktor mengapa jerawat tumbuh pada pipi. Selain itu, kebiasaan merokok serta alergi juga boleh menjadi faktor penyebab jerawat.
Untuk mengatasinya, banyakkan pengambilan sayur hijau dan kurangkan pwngambilan susu serta daging.
Jerawat Di Dagu & Bibir
Biasanya, jerawat yang muncul pada dagu dan bibir adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan stress. Faktor lain penyebab jerawat adalah disebabkan kurang minum air.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mendapatkan tidur serta rehat yang cukup dan ambil makanan yang seimbang. Minum air putih secukupnya kerana kurang minum air akan menyebabkan penyakit lain pula yang datang
Jerawat Di Hidung
Jerawat pada hidung akan menyebabkan anda moody satu hari kan! Dah la sakit, orang nampak pulak tu jerawatnya.
Jerawat yang muncul pada hidung menandakan anda mempunyai masalah pencernaan serta peredaran darah yang kurang baik. Penyelesaiannya, anda disarankan mengambil makanan organik dan bebas radikal.
Sumber kredit: Twitter Ad-Dien90
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai orang melihat dunia fesyen sebagai dunia yang penuh dengan kemewahan, glamor dan warna-warni. Kerlipan cahaya lensa kamera, berjalan di atas karpet merah, menghadiri majlis yang serba mewah dan eksklusif juga bersosial bersama golongan elit merupakan impian pada mereka yang ingin meraih populariti yang tinggi.
Tidak hairanlah mengapa hingga hari ini, industri fesyen tidak pernah sunyi dengan kehadiran pereka mahupun pencinta fesyen khususnya golongan muda yang baru mula berjinak dalam industri fesyen tempatan.
Industri fesyen hari ini serba sengit dan kejam. Penuh dengan cabaran. ‘Cut-throat industry’. Bisa sahaja sesebuah majalah itu ditutup walaupun sudah bertahun di dalam industri. Bisa juga kamu disingkirkan dari sesebuah syarikat dek krisis kewangan walaupun setiap tahun kamu dilabel sebagai pekerja cemerlang. Apa yang lebih teruk lagi apabila jenama fesyen kamu tidak lagi menjadi pujaan orang ramai dan terus menjadikan kamu di antara mereka yang bankrap.
“It’s important for young women and men coming out of the fashion schools to think seriously before starting their own collections” – Anna Wintour
Penulisan ini bukanlah untuk membuang cinta dan minat kamu terhadap dunia fesyen, malah adalah lebih baik jika kamu bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dalam industri ini. Atur langkah kamu dengan lebih efektif dan tetapkan objektif yang jelas untuk kamu bertahan lama dalam industri ini. Terang lagi bersuluh. Dunia fesyen hari ini memaksa kita untuk bekerja keras bukan bersantai, menjadi lebih kreatif bukan menciplak idea orang lain dan bersaing secara sihat bukan menyimpan hasad dengki.
Hari ini situasi ekonomi negara tidak stabil. Sekali gus memberi kesan kepada syarikat-syarikat pengeluar pakaian, penerbitan majalah, penjualan secara online juga pereka tempatanuntuk mengukuhkan institusi kewangan mereka. Sebagai contoh, hingga hari ini masih ada syarikat penerbitan majalah yang punya masalah kewangan sehingga terpaksa menutup majalah bagi menstabilkan keadaan syarikat. Jadi, jika anda menanam impian untuk menjadi Miranda Priestly seperti dalam filem The Devil Wears Prada, tingkatkan usaha keras kamu mencari klien hebat yang mampu menyumbang keuntungan pada majalah kamu. Skop tugas ini lebih tertumpu kepada sang editor yang diibaratkannakhoda kapal pelayaran. Keuntungan sesebuah majalah itu lebih tertumpu kepada skop tugas seorang editor. Ya! Bukan mudah untuk menjadi seorang editor.
Begitu juga jika anda seorang pereka fesyen. Jangan hanya menghasilkan pakaian semata-mata. Rancang dahulu strategi pemasaran yang efektif supaya keuntungan dapat diraih setimpal dengan perbelanjaan besar yang kamu sudah laburkan. Saya percaya ramai anak muda yang begitu obses menjadi pereka. Namun, tidak tahu bagaimana untuk menjual dan hanya berfikir untuk tempoh yang singkat. Bagi mereka, erti glamor itu boleh dicapai sekiranya menjadi pereka dan menghasilkan rekaan yang “ke laut” dan akhirnya tersadai di tengah jalan. Timba ilmu dan belajarlah daripada barisan senior yang ada. Masih saya ingat pesanan pensyarah saya sewaktu dahulu;
“Fesyen itu bukanlah semata-mata menghasilkan pakaian. Malah, ia melibatkan segala hal perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan sesebuah jenama itu.”
Natijahnya, penulisan akhir kali saya ini bukanlah seperti suara pemberontakan terhadap dunia fesyen yang kejam ini, namun saya istilahkan sebagai nasihat kepada mereka yang hanya memandang dunia fesyen ini sebagai dunia glamor semata-mata. Malahan, usaha keras, penat-lelah dan kerja kuat amat diperlukan untuk terus kekal lama bertahan dalam industri ini. Apa yang penting, tidak kiralah anda seorang pereka fesyen, editor, perunding fesyen, penulis web mahupun pencinta fesyen, hindari dari hasad dengki dan bersainglah dengan cara yang lebih sihat untuk menghasilkan industri yang lebih bermutu.
“In fashion, one day you’re in, and the next day you’re out”- Heidi Klum, Project Runway.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila raya menjelang, selain bergaya dengan pakaian baru, makan dan bertemu sanak saudara, momen paling seronok adalah merakamkan gambar selfie. 10 cara selfie ini boleh membawa malang di musim perayaan.
Maklum sahaja semuanya serba baru dan jarang bertemu sanak saudara yang hanya setahun sekali ditemui.
Bagaikan tak lengkap raya tanpa gambar selfie untuk dijadikan kenangan setelah dimuat turun dalam aplikasi Instagram. Namun begitu dalam keghairahan berselfie atau swafoto ini jangan dilupa beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Ini adalah sebahagian ‘pantang larang’ yang kita anggap sebagai peringatan sebelum perkara lebih buruk berlaku nanti.
1. Selfie Kubur
Selfie paling WIN di kalangan anak muda sekarang. Selfie ni makin menular bukan selfie dengan batu nisan siap pose beria di atas tanah perkuburan. Ingat tujuan kita menziarah kubur si mati untuk bersedekah doa bukannya hendak bergembira. Suka admin nak berpesan suatu hari nanti kita juga akan kembali ke rahmatullah, bayangkan kalau kita di perlakukan sebegitu. Jaga adab ketika di tanah perkuburan ye!
2. Selfie Sembahyang Raya
Selfie ni kedua popular kebanyakkannya dilakukan oleh wanita-wanita. Janganlah kita selfie ketika orang sedang sembahyang sedangkan anda sibuk berselfie. Apa tanggapan orang lain yang tengok pic anda? Tak ke nanti kena kecam.
3. Selfie Riak
Hari raya adalah untuk kita meraikan kemenangan ibadah puasa selama sebulan. Bagi mereka berkemampuan admin minta jangan sesekali selfie dengan barangan mewah. Misalnya nak bagitahu ‘jem on the way’ balik kampung tetapi selfie dengan jam atau beg tangan mewah. Bukan apa di sebalik kemewahan kita ada yang tidak semampu kita untuk meraikan hari raya.
4. Selfie Duit Raya
Peel ini selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi admin minta yang sudah dewasa angan buat perangai begini. Takut tuan rumah akan berkecil hati. Anggaplah berapa pun jumlah yang kita dapat, setakat itulah rezeki kita.
5. Selfie Menjolok Mata
Yang ni admin nak tekankan kepada semua hijabi di luar di sana jangan sesekali pose macam ni betul-betulkan kedudukan tudung tu dulu. Kita baru menambah pahala sebulan puasa. Takut sia-sia saja ibadah mereka yang tengok mahupun kita yang upload pic ni.
6. Selfie Berkasih Sayang
Selfie yang amat popular juga di kalangan suami dan isteri. Bagi mereka pasangan yang sudah berkahwin tidak perlu nak upload pic sebegini pada umum, cukuplah anda dan pasangan anda yang tahu. Admin takut ada yang tidak suka anda dan akan menambah kebencian pada followers.
7. Selfie Ketika Memandu
Pembaca di luar sana awas ye tindakan anda ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi kenderaan lain juga. Nak selfie boleh, tetapi admin sarankan pakir kenderaan di bahu jalan dahulu.
8. Selfie Rempit Motor
Selfie ini popular di kalangan pemuda kampung yang keluar beramai-ramai menunggang motor tanpa memakai alatan keselamatan diri seperti topi kaledar. Jangan ya, kawasan kampung paling berisiko tinggi. Kalau nak buat juga admin sarankan berhenti dan minta salah seorang kawal keadaan lalu lintas.
9. Selfie Baca Al Quran
Beribadah tu antara kita dengan Allah oleh itu tidak perlu nak menunjuk dan upload pic dengan caption “khatam pun”. Lebih-lebih lagi ketika pose dengan Al-Quran pose yang tidak sopan. Jangan ya!
10. Selfie Lokasi
Selfie lokasi ini bagi yang mereka nak meninggalkan rumah yang agak lama sepanjang cuti raya ni admin nak pesan boleh selfie di depan rumah tapi jangan sesekali tag lokasi. Ini memudahkan bagi penyamun buat kerja diaorang.
Walaubagaimanapun admin ingin berpesan banyak cara kita meraikan kegembiraan di hari raya dan salah satunya berkunjung ke rumah mereka yang lebih tua. Ingat jangan sesekali kita lakukan perkara yang terlarang. Gambarran hanya lah sebagai hiasan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.