Sopan & Menawan, Ini 10 Gaya Anggun Selebriti Berhijab Di AME 2021

Share

Walaupun Anugerah MeleTOP 2021 telah berlalu dua hari yang lepas, namun kehangatannya masih dirasai hingga kini. Busana yang digayakan para selebriti pada malam itu juga turut mencuri perhatian kerana masing-masing hadir dengan gaya yang tersendiri.

Berani mencuba kelainan, jom kita intai penampilan menarik mereka pada malam itu!

  1. Catriona Ross

Kak Kek anggun dalam persalinan daripada Firziey Couture. Memang nampak menawan sungguh!

Thank you so much AME for having me tonight. Congratulations to team AME for such a beautiful event. Truly enjoyed myself presenting the awards 🖤

Thank you to my Glam Squad. Wouldn’t have made it without korang semua!

2. Dato Seri Vida

Biarpun penampilannya dalam busana Razman Razmi disamakan dengan karakter animasi Majin Buu, namun beliau sama sekali tidak ambil hati malah melayan saja komen-komen lucu daripada peminat. Terbaiklah DSV!

Majin buu? TACODDDD 😩 #anugerahmeletopera2021 #ame2021 #ame21

3. Nabila Razali

Merah Mak Ngah! Cantik betul Bella memakai busana rekaan Alia Bustamam.

Peluang Kedua @ #AME2021 ✨

4. Rozita Che Wan

Michael Ang telah menyamakan busana Che Ta oleh Khuntumn pada malam itu seperti piring Astro! Apa-apa pun, Che Ta tetap meletup!

semalam di ANUGERAH MELETOP @michaelang38

#tetibaame2021 #cheta #rcw #rozitachewan

5. Wany Hasrita

Penyanyi Menahan Rindu ini tampil sopan dan ayu mengenakan busana daripada Khairi Sufi.

Alhamdulillah for Video Meletop AME2021! Thank youuuu @wanyhasnizers & @meletop utk award pertama ini. 🥺

Thank youuuu juga pada @rioproduction & @fmcmusic kerana menghasilkan music video lagu Canggung. 🥰❤️

6. Jihan Muse

Berseri betul wajah ibu mengandung ni. Memang elegan sungguh! Busana Jihan daripada Fizi Woo.

Hosting for #AME2021 #tetibaAME2021

7. Bunga Isme

Bunga tampil ranggi dalam persalinan daripada ByTwoo

Twas a great experience at #AME2021 tonight! Hope yall enjoy my performance & maaf kalau terkurang. Apa apa pun, hidup kene steady 🤘🏻

8. Siti Nordiana

Wow! Cutenya Nana mengenakan busana serba pink daripada ByTwoo.

Alhamdulillah.. mader nak say thanks to @sitinordianafc dan semua yang dah vote mader di #Ame2021 . Mader love semua anak2 mader 🥰😘 Also tq to @warnermusicmy @bungaisme for Amaran 💥

9. Uyaina Arshad

Sedang menanti detik kelahiran, Uyaina tampil memukau dalam busana serba merah daripada Shanell Harun.

AME 2021 tonight ♥️

Thanks @meletop for having me!! 🥰

Tercalon Top 5 untuk Pelakon MeleTOP pun Uyaina dah cukup bersyukur 😊 Alhamdullilahhh! 🤲🏻

10. Dato Sri Siti Nurhaliza

Queen of the night! Bukan hanya sekadar menyanyi, Tok Ti juga sempat membuat gimik sewaktu persembahan apabila bajunya berubah ketika blackout.

Busananya sudah semestilah daripada Rizman Ruzaini.

Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.

Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.

Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan.

Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam.🙈🙈🙈

sumber: instagram selebriti

IKLAN