Pasti ramai hijabi di luar mahu ‘merehatkan’ wajah dari solekan pada hujung minggu. Namun mungkin atas sebab wajah bermasalah ataupun mahu tampak lebih segar mesti juga meletakkan sedikit solekan di wajah.
Tidak salah sama sekali sekiranya hijabi semua mahu berbuat demikian. Cukup yang ‘basic’, ia sudah memadai. Kata orang ‘less is more’.
Hijabista menggemari solekan ‘basic’ dari gadis ini, @putreeo. Lihat video ini di bawah:
Ads
Ringkas bukan? Hijabista love, love & love!
EKSTRA INFO:
Oleh kerana negara kita sedang mengalami cuaca panas, ada beberapa tip boleh dijadikan panduan supaya hijabi kekal cergas, sihat & cantik.
Ads
1. Kena pakai sunblock atau sunscreen. Tidak kisah apa jenama asalkan sapukan diwajah sebelum apply alat solekan lain.
Setiap kali keluar jangan lupa apply sunblock atau sunscreen.
2. Tidak perlu mekap ‘heavy’ kerana akan menyebabkan wajah anda kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.
Ads
3. Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau boleh kurangkan juga minum air batu, sebaliknya minum air putih sahaja.
4. Jika masih mahu keluar bersama teman-teman, pilih untuk santai dalam bangunan yang mempunyai penghawa dingin.
5. Elakkan atau kurangkan aktiviti luar seperti jogging, hiking atau apa sahaja aktivii lasak yang biasa anda lakukan. Jika mahu lakukan juga, boleh pilih buat di gym yang juga ada kelengkapan seperti itu.
Lakukan aktiviti dalam gym sahaja.
Sumber:youtube.com(putreeo)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Hafiz ataupun Syafiqah Aina pernah menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Syafiqah Aina pernah cecah berat 63kg, suamilah mentor untuk berdiet dan kekal cantik.
Namun, Hafiz suami kepada Syafiqah Aina juga pernah dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin. Bagi Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous kini usahawan wanita yang berjaya, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.
Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.
Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.
Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan seperti itu.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.
Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.
Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan
Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.
Seronok mengimbau kembali waktu awal penglibatan mereka sebagai pempengaruh, umum Syafiqah Aina pernah menjadi penghias kulit majalah HIJABISTA. Dan apa yang boleh terinspirasi dari pada kejayaan mereka berdua sehingga saat ini telah membuka klinik kecantikan estetik Ainaa Clinic khas merawat pelbagai masalah kulit wajah yang bermasalah.
Kadangkala, anda tentu teringin untuk mencuba gincu bibir atau apa sahaja barangan makeup yang kawan anda ada. Boleh sahaja kalau nak cuba, tetapi janganlah selalu.
Mungkin anda tidak nampak kesannya dalam masa yang terdekat. Ia sebenarnya boleh beri kesan yang buruk pada anda yang gemar berkongsi makeup dengan orang lain. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati dan tidak digalakkan berkongsi dengan orang lain.
Mengapa? Ini 7 sebab yang perlu anda tahu.
Setiap kali anda mengeluarkan dan menutup maskara, pasti akan ada bakteria yang masuk ke dalamnya. Besar kemungkinan, kelopak mata anda mengandungi bakteria yang dibawa oleh berus maskara. Jika anda meminjam maskara rakan anda, bererti anda berkongsi bakteria yang sama dengannya.
Virus dan bakteria daripada mulut anda boleh berpindah pada makeup yang anda pakai, begitu juga dengan orang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema hanya keran berkongsi barangan makeup.
Bakteria boleh berkumpul pada span bedak jika tidak dicuci. Anda tidak tahu sama ada rakan anda itu menjaga kebersihan atau tidak. Lebih baik anda elakkan diri daripada meminjam span bedak daripada rakan anda. Sebaiknya, gantikan span setiap tiga bulan.
Selain jerawat dan kotoran, minyak dan sel kulit mati juga boleh melekat pada berus atau span bedak anda. Jadi, lebih elok jika anda tidak berkongsi span atau berus dengan rakan anda.
Meminjam sepit kuku juga rupa-rupanya tidak elok. Anda boleh dijangkiti kulat pada kuku kalau sepit kuku tersebut tidak dibersihkan terlebih dahulu. Jika anda mahu juga pinjam sepit kuku rakan anda, sebaiknya rendam dahulu atau cuci dengan air.
Pencukur itu sendiri boleh membawa virus dan bakteria daripada kulit seseorang. Malah, ia juga boleh membawa darah dan cecair tubuh seseorang. Bayangkan kalau anda pinjam pencukur rakan anda, apa yang akan dipindahkan pada kulit anda?
Ketika anda pergi ke Sephora atau sebarang kaunter gincu bibir, tentu anda mahu mencubanya kan? Adalah lebih baik jika anda tidak mengaplikasikannya pada bibir. Cukup sekadar oles pada tangan sahaja. Anda tidak tahu siapa yang mencuba lipstick tersebut. Dibimbangi anda akan mendapat penyaki seperti hermes simplex yang boleh berjangkit melalui air liur yang tertinggal pada lipstick tadi.
Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.
Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.
Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.
Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.
“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.
Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.
“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.
Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.