Tahun dulu pasangan ini pernah jadi viral gara-gara Hafiz Mahamat yang telah meraikan sambutan hari jadi teman istimewanya, Syafiqah Aina dengan begitu mewah dengan menyewa sebuah limosin dan makan malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur. Walaupun hampir setahun kejadian itu berlalu, tetapi momen itu masih jadi bualan. Malah sejak itu populariti kedua-duanya meningkat mendadak dan penampilan mereka di khalayak umpama seorang selebriti.
Sejak detik itu, ramai yang tidak sabar menanti hari perkahwinan kerana ingin tahu bagaimana ‘sweet’ majlis kahwin mereka nanti. Apa tidaknya sepanjang hubungan mereka ini, Hafiz memang sering memanjakan Syafiqah Aina dengan pelbagai kemewahan lain seperti menghadiahkan kereta, belayar di atas kapal serta pemberian Iphone 7 sempena hari lahir kekasih hatinya itu.
Namun oleh kerana ketika itu, Syafiqah Aina yang juga seorang model dan instagrammer popular belum tamat pengajian, jadi majlis perkahwinan ditangguhkan dulu.
Walau bagaimanapun itu bukan alasan untuk pasangannya, Hafiz berubah hati, sebaliknya tetap setia menanti bidadari pujaannya tamat belajar sebelum keduanya disatukan dalam majlis penuh gemilang.
Dan tanggal 24 November lalu, pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara dan juga sahabat handai. Walaupun keduanya bukan selebriti tetapi kemeriahan majlis mereka umpama artis popular dan cukup meriah dengan pelbagai tajaan.
Sebagaimana gempak sambutan hari jadi lalu, majlis pernikahan dan perkahwinan pasangan viral ini juga tidak kurang hebatnya. Malah majlis mereka ini turut mendapat kritikan para netizen.
Untuk majlis resepsi, Hafiz dan Syafiqah Aina sekali lagi telah mendapat tajaan menaiki limosin mewah warna putih untuk menuju ke singgah sana yang dihias indah.
Walaupun terusk dikritik tetapi follower setia mereka juga turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan itu dan mendoakan keduanya berbahagia hingga ke jannah.
Ads
@juliab4t Congrats pretty! ❤ perfect couple ever
@thejiyaazmy tahniahhhh. semoga bahagia hingga ke jannah.
@mommaqiestina Alhamdulillah so happy for both of you..jaga ikatan pernikahan ini sebaiknya, keep loving each other.Romantik itu sunnah 🙂
Admin belanja momen ‘sweet’ pasangan viral ini yang tak puas mata memandang. Terutama penampilan Syafiqah Aina yang seperti ‘Barbie Doll’.
Sejak melahirkan anak sulungnya, penampilan penyanyi tersohor negara ini memang sangat menarik perhatian. Apa tidaknya, bentuk badannya kini semakin langsing dan terbaru sudah mampu menggayakan baju 11 tahun lalu. Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyarung jaket kesayangan yang pernah digayakan kira-kira 11 tahun lalu. Ternyata bentuk tubuhnya sudah kembali kepada asal seperti zaman sebelumnya. Malah wajah Siti juga semakin cantik dan berseri-seri setelah bergelar ibu kepada Siti Aafiyah.
Ramai tertanya-tanya apa rahsia Siti yang kelihatan langsing selepas bersalin dan salah satu jawapan adalah dengan menyusu badan kepada anak sulungnya itu. Juga beliau turut mengamalkan cara berpantang yang konsisten sepanjang tempoh berkenaan.
Kini Siti sudah mula menjalankan kembali aktiviti seni yang menjadi kerjayanya selama ini. Beliau yang kini kelihatan semakin ceria, apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti selama 11 tahun.
Ayuh kita lihat #OOTD Siti dari selesai sahaja tempohnya berpantang hinggalah ke hari ini. Malah penampilannya yang kini seperti anak dara juga turut mendapat pujian netizen. Ada yang turut meminta tip daripada penyanyi kesayangan ramai ini.
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam dunia serba cepat yang dilanda peningkatan teknologi, semakin ramai orang berusaha untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Hijabi juga tidak terkecuali dari trend ini. Pakaian sukan boleh menjadi penghalang kecergasan. Oleh itu, wanita muslim pada masa ini sering mencari cara kreatif untuk tetap cergas sambil mengekalkan gaya mereka.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah banyak pakaian sukan mesra hijab yang muncul di pasaran. Sempurna untuk wanita Muslim yang aktif, yang membolehkan pemakai memasang fon telinga mereka dengan mudah tanpa menjejaskan gaya dan keselesaan dan mencegah pendedahan telinga mereka secara tidak sengaja.
Namun apa yang ingin dibahaskan bukan semua earbud sesuai untuk wanita berhijab. Hijabista telah mencuba beberapa jenama di pasaran terdapat beberapa kekurangan yang menghalang untuk hijabi menggunakan earbud dalam menjalani aktiviti kecergasan.
Samsung mempunyai pelbagai jenis earbud tanpa wayar, Galaxy Buds, Galaxy Buds Plus, Galaxy Buds Pro, dan Galaxy Buds Live. Tergabharu dari Samsung, Galaxy Buds2.
Kelancaran bunyi dan reka bentuk ini tidak muncul secara sembarangan. Buka casing segi empat tepat yang bulat dan anda akan merasakan evolusi dalam apa yang anda harapkan dari earbud pada harga yang berpatutan ini. Sekiranya anda ingin melabur, anda harus mempertimbangkan dengan serius apa yang anda perolehi.
Tarik tunas berbentuk telur dari penutup magnetiknya untuk mendedahkan batang yang menuju ke telinga silikon lembut, dengan sensor untuk memberitahu earbud berada di telinga anda. Ia berasa ringan dan selamat, walaupun tanpa penutup telinga yang melekat padanya. Mudah dipasang pada telinga yang lebih kecil dan rata-rata sesuai dengan lubang telinga siapa sahaja.
Ia mempunyai penarafan tahan air IPX2 dan bertahan dengan baik dalam perjalanan berpeluh, sesuai sangat untuk hijabi yang melakukan aktiviti bersenam. Teknologi pembatalan bunyi aktif (ANC) begitu baik dengan dibantu segel hebat dari tunas panjang.
Dalam aplikasi Samsung Wear, anda boleh memanggil Suara Ambien ke atas atau ke bawah (apabila anda ingin mendengar bunyi di luar, seperti kereta yang lalu), atau mematikan atau menghidupkan ANC. Bud ini dilengkapi dengan cas pengecasan tanpa wayar. Tidak perlu kusut dengan pelbagai kabel! Casing pengecasan itu sendiri dilengkapi dengan kira-kira empat caj tambahan. Anda boleh memasang ke port USB-C pada casing untuk pengecasan lebih cepat.
Berpasangan hampir seketika dengan telefon Android moden, dan ia berpasangan dengan cara yang sama seperti peranti Bluetooth bukan Apple yang lain dalam iOS. Walaupun begitu, jika anda menggunakan iOS, anda tidak akan mendapat kawalan berasaskan aplikasi yang sama, kerana tidak ada sokongan aplikasi. Anda boleh mengawal mod ambien dan ANC pada earbud sendiri, jadi anda tidak mempunyai kawalan EQ, keupayaan untuk melakukan ping lokasi setiap earbud melalui aplikasi, ujian fit dan suara Samsung pembantu Bixby.
Susunan pemandu dua, di mana anda mendapatkan satu untuk treble dan satu untuk bass, masih jarang terdapat pada earbud tanpa wayar. Samsung memulakan pasangan pertama dengan pemacu ganda dalam Buds Pro yang masih hebat, dan senang melihatnya di Buds2.
Dua mikrofon mengesan bunyi ambien sementara Aktif Pembatalan Bunyi menghalang bunyi yang tidak diingini. Kebisingan latar dapat dikurangkan hingga 98% untuk membuat anda terbenam sepenuhnya dalam muzik, permainan, buku audio dan podcast kegemaran anda.
Tiga mikrofon dan unit pengambilan suara terbina dalam membantu anda membuat panggilan yang lebih jelas, sementara penyelesaian berasaskan pembelajaran mesin menapis suara yang tidak diingini supaya anda dapat berkongsi dunia anda dengan keluarga dan rakan dengan lebih baik. Reka bentuk protrusi rendah meminimumkan gangguan angin untuk membuat panggilan di luar rumah anda menjadi jelas.
Terasa tiada apa-apa sebalik hijab, Galaxy Buds2 ringan (5g) dan menyimpan muzik di telinga anda untuk gaya hidup yang paling aktif. Dengan tiga saiz petua silikon yang lembut dan fleksibel, anda boleh mendapatkan kesesuaian khusus untuk mendapatkan pengalaman ANC terbaik. Cari yang sesuai dengan menu “Uji fit Earbud” di aplikasi Galaxy Wearable. Selesa bukan!
Cari nada yang sempurna Grafit klasik. Putih sempurna. Olive yang menenangkan. Lavender nan bergaya. Setiap earbud hadir dalam reka bentuk ke hadapan fesyen dan sesuai dengan citarasa unik anda. Dengan reka bentuk buaian yang serasi, casing ini menjadikan earbud anda selamat, diisi semula, dan mudah dibawa.
Sama ada anda menonton rancangan kegemaran anda, bersenang-senang melalui senarai main anda, atau menikmati aktiviti di luar, Galaxy Buds2 membuat anda sentiasa berhubung dan selesa sepanjang hari. Hayat bateri yang tahan lama memberi anda masa bermain sehingga 5 jam dan 15 lagi dengan casing yang diisi penuh. 6, 7 Jadi tiada alasan untuk hijabi beriadah tanpa earbud.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.