Tahniah admin ucapkan buat pelakon, pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira sekitar jam 3 petang tadi.
Sama cantik sama padan.
Dalam majlis itu kedua-dua pihak berbalas dulang 5 daripada pihak perempuan dan 7 daripada pihak lelaki. Kedua-duanya akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Pasangan yang sama cantik sama padan ini memilih tema batik di majlis ini. Kelihatan Elfira sangat cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan tengah trending dan digunakan oleh pasangan ini untuk merealisasikannya di majlis pertunangan mereka. Pereka Duo Rizman Ruzaini mencipta busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Cukup manis dan cantik sekali penampilan Elfira menggayakan kebaya peplum ini yang dipasangkan dengan kain batik.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik. Kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan solekan Najeeb Azami.
Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Pasangannya pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga dengan padanan sampin.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya perkahwinan tahun depan. Tahniah admin ucapkan.
Perjalanan jauh untuk tujuan bercuti atau kerja sudah pasti akan memakan masa yang lama. Inikan pula anda perlu mengambil masa untuk bersiap dan mengatur masa supaya perancangan lebih teratur.
Tetapi nak masuk kereta sahaja…perut sudah mula berbunyi. Alamak, sembelit pula bila nak berjalan jauh ini. Masa sudah singkat macam mana nak elakkan dari perkara ini berlaku setiap kali nak travel?
Kembung perut atau sembelit sewaktu hendak berjalan jauh sudah pasti menjadi satu perkara yang normal. Ramai yang mengalami masalah ini apabila masa semakin terhad dan anda pula seorang yang mengikut jadual tertentu.
Dilaporkan oleh Hellodoktor, William Chey merupakan seorang profesor dalam bidang gastroenterologi dan sains pemakanan, beliau menerangkan ada pelbagai faktor yang boleh menyumbangkan kepada seseorang alami masalah sembelit acapkali mereka ingin bergerak jauh atau travel.
Ada pelbagai lagi perkara yang lain turut menyumbang kepada permasalahan ini. Sudah tentu anda inginkan satu solusi yang boleh membantu anda hadapi masalah ini.
Untuk hilangkan sakit perut atau sembelit, anda boleh cuba untuk mengambil pengambilan air yang banyak. Minum dalam kuantiti yang banyak dapat mengelakkan dehidrasi.
Jika anda dapati badan anda mula menunjukkan tanda-tanda untuk membuang air, teruskan sahaja dengan niat itu. Jangan tangguh kerana najis yang berada terlalu lama di dalam rektum akan mulai mengeras dan ia akan menyukarkan proses pembuangan.
Tubuh manusia mempunyai satu jam biologi yang mengikut rutin harian anda. Jadi bagi mengelakkan sembelit berlaku, kekalkan cara rutin harian anda sama ada waktu tidur dan waktu kebiasaan anda membuang air. Ia turut dapat membantu sistem pencernaan anda kekal pada rutin hariannya.
Kenapa makanan berserat? Kerana ia boleh memastikan pergerakan usus dalam badan konsisten. Makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh dan roti. Tetapi jangan lupa untuk mengambil jumlah air yang mencukupi.
Artikel berkaitan:
Ingat, bercuti atau bergerak jauh bukan alasan untuk anda tidak menjaga diri dan kekal pada rutin harian. Pastikan badan anda dalam keadaan yang baik sepetimana anda menjaga diri pada persekitaran baru.
Flat sering dianggap kasut yang membosankan dan tidak bergaya, terutama jika dibandingkan dengan tumit. Walau bagaimanapun, pereka kasut kini memberi nafas baharu gaya flat yang menjadi ianya sangat bergaya.
Cetakan menarik, hiasan luar biasa, warna unik dan fabrik mewah membezakan gaya baru ini daripada flat klasik. Anda boleh menjadikan flat kelihatan bergaya dengan memilih padanan dan warna yang sesuai. Penting juga pilihan padanan pakaian ya!
Bentuk kasut ini tetap trend pada masa kini kerana kelihatan tajam dan anggun. Ia sangat serba boleh dan sesuai dengan apa sahaja yang anda pakai, sama ada kasual atau formal. Untuk meningkatkan faktor kekemasan, cari pasangan hitam yang mempunyai kilauan seperti kulit paten. Cetakan haiwan juga bergaya seperti cetakan macan tutul atau flat-toe kulit ular yang timbul.
Flat balet biasa digayakan, jadi cari versi yang ditingkatkan dengan ciri-ciri bergaya seperti perincian peekaboo, tali, kancing dan gesper yang dihiasi. Flat balet yang mengikat pergelangan kaki juga sangat bergaya. Carilah sepasang yang terbuat dari bahan unik atau menarik seperti baldu, suede atau kulit berkilauan.
Mules adalah flat-on flat yang baru-baru ini membuat comeback dalam fesyen. Ia menutup jari kaki dan sebahagian besar kaki anda, tetapi membiarkan tumit terbuka. Cari pasangan yang menarik dengan butiran unik seperti kancing, jumbai dan pom pom. Bahan mewah seperti kulit paten atau suede, yang kelihatan bergaya klasik.
Pereka telah memperbaharui loafer klasik dengan perincian baru yang bergaya baru-baru ini. Untuk penampilan paling cantik, belilah sepasang loafer yang dibuat dari kulit logam atau bahan bercetak. Hiasan menarik, seperti gesper yang unik dan menarik, dapat menjadikannya kelihatan lebih bergaya.
Warna hitam akan sentiasa bergaya dan cenderung menjadikan segalanya kelihatan lebih bergaya. Sepasang flat hitam yang anggun boleh kelihatan sama bergaya seperti pam hitam klasik. Cari sepasang flat hitam dengan hujung runcing dan berkilat. Kulit paten atau kulit palsu adalah pilihan yang sangat menarik.
Cetakan Leopard dan zebra sangat bergaya dan ramai pereka kasut memasukkan cetakan ini ke dalam rekaaan flat mereka. Pilih tekstur yang kaya dan kombinasi warna semula jadi yang mempunyai getaran paling mewah. Flat balet ujung cetak Leopard sangat popular kerana fleksibiliti dan reka bentuk yang ringkas.
Warna yang berani dapat mengubah sepasang flat biasa menjadi kasut pernyataan yang bergaya. Dapatkan warna yang berani seperti merah ceri, kuning dan merah jambu. Beli flat berwarna berani yang diperbuat daripada bahan kaya seperti suede atau baldu. Tekstur kain mewah ini menambahkan dimensi tambahan pada warna kasut yang sudah menarik.
Flat yang diperbuat daripada kain logam seperti perak, emas dan tembaga dapat membuat penampilan yang sangat fesyen. Flat ini berfungsi dengan baik pada waktu siang dan malam, menjadikannya pilihan yang sangat serba boleh. Cari versi pakaian jalanan yang bergaya, seperti broges logam. Perhatikan warna yang rimbun seperti maroon dengan kemasan logam juga.
Flat nude minima sangat bergaya dan sesuai dengan hampir semua pakaian. Beli sepasang flat balet nude yang sangat popular. Walau bagaimanapun, cubalah menjaga flat nude anda bersih. Satu kelemahan warna ini adalah walaupun calitan dan noda terkecil sangat ketara. Warna ini juga cenderung menimbulkan ilusi bahawa anda tidak memakai kasut. Sekiranya flat kotor, sayangnya kelihatan seperti kaki anda yang kotor.
Secara umum, flat kelihatan paling sesuai dengan gaya seluar skinny jeans yang sesuai dan biasanya dipasangkan dengan kasut tumit tinggi. Flats dan skinny jeans kedua-duanya adalah item yang sangat serba boleh, jadi menyatukannya boleh menghasilkan banyak kombinasi pakaian. Contohnya, anda boleh memakai seluar skinny jeans gelap dengan flat balet, sweater dan kardigan bulu yang dipakai untuk penampilan kasual tetapi tampak mewah.
Sepasang flat berwarna terang dapat mencerahkan pakaian berwarna neutral dengan warna yang tidak dijangka.
Kombinasi yang sangat bergaya adalah memasangkan flat dengan pakaian minima yang diilhamkan oleh lelaki. Cuba pakai sepasang flat runcing dengan sut potongan tipis untuk membuat penampilan yang ramping dan disesuaikan. Anda juga boleh menggulung lengan jaket baju hingga ke siku dan memakai sepasang flat ballet bertali dengan seluar yang dipotong.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi isteri detik merupakan terindah buat Elfira Loy apabila selamat diijab kabulkan bersama pasangannya awal pagi tahun baru Isnin lalu. Dan pastinya sebagai public figure, pelakon kecil molek ini mahu berkongsi momen cukup indah bersama followernya yang mencecah 4.2 juta di laman instagramnya. Sejak semalam Elfira telah muat foto menarik sekitar majlis pernikahan dan malam berinai sebelumnya. Malah tanpa mencukur kening seperti kebanyakan bakal mempelai lakukan, Elfira tetap kelihatan cantik dan sangat stunning.
Sebelum inipun Elfira memang cukup tegas berkenaan perihal keningnya dan tidak membenarkan ia dicukur. Dia lebih senang membiarkan keningnya tebal dan semula jadi. Namun hasilnya tetap kelihatan cantik setiap kali melihat gayanya di mana-mana majlis dihadiri, termasuk di hari bahaginya.
Bukan sahaja Elfira, malah semua pihak yang terbabit juga turut tidak lepaskan peluang untuk muat turut momen terindah bersama bakal mempelai.
Netizen turut teruja melhat kebahagiaan pasangan ini. Malah rata-rata mendoakan Elfira dan suami tercinta kekal hingga ke jannah.
Ada juga yang mengiktiraf Elfira sebagai pengantin kecil molek paling comel dan cantik awal tahun ini pernah dilihat.
Menggayakan rekaan busana dengan potongan cape serta perincian manik di bahu juga layah panjang dari idea hebat duo Rizman Ruzaini menyempurnakan keindahan ratu sehari ini.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.