Mendirikan solat lima waktu adalah satu kewajipan buat semua umat Islam. Ia juga satu tuntutan ibadah yang harus dititiberatkan apatah lagi merupakan rukun Islam yang kedua.

Artikel berkaitan: Qatar Cipta Sejarah, Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia

Tular sebuah perkongsian video di Tiktok menunjukkan para penumpang lelaki sedang melakukan solat subuh secara berjemaah di dalam keretapi komuter. Ia mendapat perhatian orang ramai atas kesanggupan mereka untuk melakukan ibadah tak kira di mana sekalipun.

Salute Mereka Walaupun Keadaan Bergoyang-goyang

@bentengsejagatSolat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊♬ original sound – Founder Misi

 Perkongsian dari pemilik akaun @bentengsejagat menunjukkan suasana di dalam keretapi komuter dari Butterworth ke Padang Besar. Difahamkan lagi, keadaan ini sering terjadi setiap pagi oleh kerana ramai yang berulang alik dari kerja menggunakan pengangkutan ini.

Situasi itu sering terjadi sewaktu awal pagi sejurus azan subuh berkumandang. Mereka sudah biasa menjalani rutin harian sebegitu kerana tidak sempat untuk menunggu waktu solat subuh di rumah masing-masing.

“Solat itu mudah, kita semua boleh.” itulah kata-kata oleh pemilik video tersebut.

IKLAN

Mereka ini juga sudah bersiap sedia mengambil wudhuk di rumah masing-masing ekoran untuk mendirikan solat terus di dalam komuter. Alangkah bagusnya, ramai penumpang yang lain turut memberi kerjasama dalam memberi ruang dan menghormati keadaan itu.

Sudah Boleh Sediakan Koc Khas Untuk Solat

Setelah ramai yang telah melihat keadaan itu, lantas mereka mengutarakan pendapat untuk pihak syarikat pengangkutan awam itu untuk sediakan koc khas buat mereka yang ingin mendirikan solat.

IKLAN

Artikel berkaitan: Tinggal Solat Asar Umpama Merobohkan Kaabah! Ketahui Kesahihan Hadis Ini

Ia bagi memudahkan para penumpang Islam untuk mendirikan solat bahkan lebih menyenangkan keadaan di dalam keretapi Komuter. Tambahan lagi, ia juga sudah menjadi rutin harian buat para penumpang yang menaiki komuter itu.

IKLAN

“Subhanallah…dah boleh cadangkan satu kabin untuk yang ingin solat,

@KTMB boleh minta satu koc bagi tempat solat. Sebagai penambahbaikan.” ujar mereka yang melihat video itu diruangan komen.

Sumber: Says

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI