Tanpa disedari, mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tersimpang jauh dari fitrah asal ingin kembali ke pangkal jalan namun tidak tahu bagaimana hendak mulakannya.
Prihatin dengan mereka yang memerlukan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mereka satu aplikasi mudah di telefon bimbit yang dinamakan Hijrah Diri- Homoseksualiti bagi membantu golongan ‘kunyit’ atau Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender (LGBT) ini bertaubat dan berusaha menjadi muslim yang lebih baik.
Melalui hantaran di Facebook JAKIM, banyak kandungan berkualiti yang telah tersedia dalam aplikasi ini bagi membantu pengguna mendapat pencerahan yang sewajarnya tentang jalan sebenar untuk kembali kepada fitrah.
Ads
Photo by Brianna Amick from Pexels
Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif JAKIM bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk bantu golongan LGBT kembali kepada fitrah.
Buat masa ini hanya ada di Google Play Store.
Aplikasi ini mengandungi ebook yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadhan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.
Antara kandungan aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih yang warid daripada Nabi SAW serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.
Sememangnya kewujudan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat menolong mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan namun malu untuk berhadapan atau berinteraksi dengan individu bagi mendapatkan khidmat kaunseling.
Buat yang ingin berhijrah, semoga Tuhan permudahkan urusan anda. Percayalah, tiada apa yang sia-sia jika rahmat dan redaNya yang anda cari.
Photo by SHAHBAZ AKRAM from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Stres boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu. Ia juga membawa kepada pelbagai permasalahan dan penyakit yang lebih kompleks membabitkan emosi dan fizikal yang bukan saja memberi kesan ke atas individu bahkan orang sekeliling.
Selalunya apa yang anda lakukan ketika mengalami stres? Keluar berjalan-jalan, minum-minum kopi atau pergi ke kawasan lapang dan menjerit sekuat-kuat hati?
Sebagai orang Islam, ada caranya untuk melegakan stres ini. Dekati Allah, seperti yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini.
Stres macam-macam ye? Akibat stres muka jadi kusam dan hilang seri. Nak hilangkan stres dan menyerikan muka, buatlah ‘me time’ dengan ALLAH. Ambillah peluang kita bersunyi-sunyian bersama Tuhan kita.
‘Me time’ dengan ALLAH waktu sepertiga malam bangun melaksanakan solat tahajjud merupakan salah satu cara untuk meraih ketenangan hati serta melenyapkan kesedihan.
Rahsia solat tahajjud adalah ia membuat hati kita akan menjadi lapang dan tenang. Maka, wajah kita akan berseri-seri. Padahal kita tidak memakai ilmu pengasih atau pemanis pun.
Ramai orang akan suka berkawan dengan kita dan menyayangi diri kita. Dalam masa yang sama, sebenarnya perkara yang paling ingin digapai adalah untuk membina semula kekuatan diri bagi menghadapi segala mehnah dan ujian dunia.
Imam Ibnu Taimiyyah berkata: “Menjadi keperluan kepada seorang hamba itu untuk (memperuntukan) waktu supaya dia (dapat) bersendirian dengan dirinya (dan dapat memanfaatkannya) dengan berdoa, berzikir, mendirikan solat, berfikir, muhasabah diri serta memperbaiki jantung dirinya.” (Majmu’ Fatawa 1/426)
Bukalah hati kita seluas-luasnya, bangun tahajjud. Merataplah, menangislah, sujud lama-lama dan hati kita bercerita dengan ALLAH, bercakap-cakap dan beritahu ALLAH “aku ada masalah ni yaa ALLAH, aku ada ujian yang sangat besar yaa ALLAH..” “aku tak boleh ceritakan pada orang lain, mereka tak akan faham..”
Subhanallah kalau kita belajar, banyak kelebihan tahajjud ini. Semua beban berat yang kita tanggung akan menjadi ringan. Wajah kita yang kusam kerana beratnya ujian akan berseri-seri.
Jiwa yang kacau menjadi damai. Hati yang berserabut menjadi tenang. Otak kita yang terasa sempit menjadi lapang. Orang menjadi seronok nak berkawan dengan kita.
Hidup bukan hanya sekadar mengejar dan mendapatkan sesuatu di dunia, tetapi lebih tentang bagaimana manfaatkan waktu sebaik-baiknya untuk bekal akhirat yang abadi.
Sumber kredit: Rohana Saad Top image: Photo by michael-burrows from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sering mendengar kisah titian Siratul Mustaqim yang akan kita semua lalui di akhirat kelak. Pernahkah kita membayangkan bagaimana sebenarnya keadaannya nanti? Jika difikirkan pasti tidak tercapai dek akal.
Menerusi perkongsian @dzubaharuddin di twitter, dia telah berkongsi gambaran bagaimana keadaan hari itu nanti apabila saatnya tiba untuk kita melaluinya nanti.
Subhanallah. Terusik hati ini apabila memikirkan keadaannya nanti. Bersediakah kita unutk hadapinya ataupun adakah kita masih terus leka? Bersamalah kita muhasabah diri untuk mendapatkan syurga Allah di akhirat nanti. InsyaAllah.
Kebelakangan ini, di media sosial bertebaran kisah isteri dimadukan dan tidak mendapat hak yang selayaknya diberikan oleh suami, hingga ada yang terpaksa menagih harta sepencarian untuk meneruskan keberlangsungan hidup.
Menerusi sebuah program bual bicara, aktess terkemuka Indonesia, Dewi Sandra memaklumkan, sebagai seorang isteri, dia akan terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dalam apa juga keadaan sekali pun dan menyerahkan soal hak kepada Allah SWT.
“Seorang suami punyai hak dan kewajipan. Begitu juga dengan isteri. Kita harus memainkan peranan tersebut.
“Pada saya, sebagai seorang isteri, saya tidak boleh menuntut hak saya kerana saya harus memberikan kewajiban saya. Hak yang sepatutnya saya dapat, saya tidak mengharapkan daripada suami tapi daripada Allah.
“Misalnya, sebagai seorang suami, mereka punyai kewajiban untuk memberikan kita wang belanja tetapi suami tidak berbuat sedemikian. Adakah boleh untuk kita tidak menunaikan kewajipan? Tak boleh sebegitu,” katanya.
Tambah Dewi lagi, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berharap kepada manusia sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Tugas isteri adalah untuk terus menunaikan kewajiban seperti melayan suami dan sebagainya. Tentang hak untuk meminta wang belanja, kita minta pada Allah.
“Mungkin wang datang bukan daripada suami tapi Allah tetap akan tunaikan hak kita. Jadi, jangan berharap sama manusia tentang hak. Tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban.
“Prinsip ini telah saya terapkan dari awal. Ini bukan cara Agus dan bukan cara saya tapi kita pakai cara Allah,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar soal hak dan kewajipan ini tidak dipandang enteng buat pasangan suami isteri.
“Betul tu. Kalau tak melakukan kewajiban, itu dosa pada Allah. Jangan pandang enteng.
“Setelah berusaha tapi tidak memihak kepda kita? Reda dan serahkan kepada Allah untuk uruskan. InsyaAllah Allah sebaik-baik perancang. Jalani kehidupan dan lakukan kewajiban.
“MasyaAllah, bagus penerangan dan penerapan yang dipraktikkan oleh Dewi.
“MasyaAllah, banyak kali ulang dengar. Kadang kita berharap. Rupanya tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban. Hal itu datang dari Allah. Bila Allah berkehendak mesti dapat apa yang kita mahukan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan