Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
Ads
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Ads
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Bila seharian membanting tulang, antara perkara yang memang setiap individu nantikan adalah untuk merehatkan badan dikala cuti. Paling best jika bergolek-golek diatas tilam dan bermalas-malasan sepanjang hari. Heaven weh!
Memandangkan tilam menjadi antara elemen terpenting dalam kediaman dan juga kehidupan kita, pernah tak hijabi terfikir macam mana cara nak mencuci tilam kepam anda yang penuh dengan peta dunia tu?
Cara Mudah Mencuci ‘Tilam Kepam’ Anda!
Mudah je sis! Di sini hijabista kongsikan kaedah ‘deep clean’ untuk mencuci tilam kepam anda tu tanpa perlu bersusah payah mengangkatnya! Hanya gunakan tiga bahan mudah ni je sis. Ini caranya:
1. Pertama sekali, anda perlu memulakan proses mencuci tilam secara ‘deep clean’ dengan langkah pertama, iaitu menyedut segala kekotoran dan debu tilam menggunakan penyedut hampagas (Vacuum). Hijabista mencadangkan agar anda menggunakan kepala vacuum berjenis muncung tirus dan bersaiz kecil.
2. Kedua, anda perlu masukkan baking soda ke dalam botol spray. Kemudian campurkan ia bersama hydrogen peroxide.
3. Setelah itu, masukkan pula cecair pencuci dan titisan pewangi. Kacau sehingga kesemua bahan sebati. Pastikan anda tidak menggunakan teknik menggoncang untuk mencampurkan kesemua bahan.
4. Setelah semua bahan sebati, spraykan campuran berkenaan di mana bahagian tilam yang dipenuhi peta. Biarkan dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit. Kemudian anda akan menyaksikan keajaibanya, dimana sedikit demi sedikit peta dunia itu akan mulai menghilang dari tilam anda.
5. Sekiranya, terdapat bahagian peta yang degil, adalah digalakkan agar anda spray sekali lagi pada bahagian tersebut. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan ulang langkah sama sehingga peta benar-benar hilang dari radar.
6. Setelah itu jemurkan sahaja tilam anda di dalam bilik. Hanya perlu tingkatkan kelajuan pusingan kipas dan biarkan tilam kering secara semulajadi sepenuhnya.
Sekadar info, tilam yang empuk dan bersih bukan sekadar menjanjikan tidur yang lena, malah ia mampu menghalang bakteria yang menjadi punca penyakit berkaitan kulit.
Sebuah jenama tudung yang tidak pernah putus-putus menghasilkan rekaan terkini yang memenuhi kehendak pengikutnya. Mempunyai lebih dari 509K pengikut jenama yang dijual atas talian sesawang Fashionvalet, rekaan terkini pasti menjadi kegilaan ramai hijabi.
ThedUCkgroup hari ini secara rasmi melancarkan Alphabet dUCk, koleksi tudung, beg, aksesori dan jumper terbaru dan terbesar yang memaparkan 26 huruf dari huruf A hingga Z. Mengilhami inspirasi oleh makna di sebalik setiap huruf, D, persona di belakang dUCk dan Alphabet dUCk mengajak hijabi untuk mencari kekuatan, merangkul, membuat nama mereka lebih dari yang terkenal dengan mesej utama ““Truly be Yourself” ” dengan koleksi terbaharu ini.
Koleksi terbesar jenama ini, dengan 26 huruf yang direka secara unik untuk setiap huruf di setiap kategori produk dari segi warna pada abjad yang diselaraskan. Alphabet dUCk memberi penghormatan kepada identiti dalam bentuk paling murni dan menyeru agar ekspresi kekacauan diri dapat didengar hari ini.
5 Item Hadiah Peribadi Untuk Diri Sendiri
Kebiasaan pelancaran koleksi rekaan terbaharu dari ThedUCkgroup hanya didatangkan dalam bentuk selendang mahupun tudung bawal. Amat berbeza dan teristimewa kali ini setiap rekaan alphabet didatangkan dengan 5 item personaliti. Menarik bukan!
Jom kita teliti apa 5 item yang menarik buat anda hijabi yang ingin menjadi diri sendiri. Koleksi ini bukan sahaja indah untuk diri sendiri malah anda boleh kongsikan untuk yang tersayang.
Tudung – The Alphabet dUCk
The Alphabet dUCk Scarf mempunyai rekaan khas untuk setiap huruf. Setiap selendang dilengkapi dengan daya tarikan dUCk yang tergantung, bunga-bunga kecil memangkas sudut 26 abjad dengan warna-warna berani yang cantik. Dengan koleksi dUCk ini, yang letakkan huruf nama anda menjadikan diri anda yang luar biasa!
Twilly – The Alphabet dUCk
Bagi mereka yang tidak berhijab masih boleh memiliki rekaan twilly The Alphabet dUCk Anda boleh menggunakannya pada pemegang beg, sebagai ikat kepala untuk melengkapkan diri. Terdapat dalam dua puluh enam huruf, masing-masing twilly dihiasi dengan daya tarikan dUCk khas dan menawarkan fleksibiliti dalam gaya.
Bag kanvas – The Alphabet dUCk
Membeli-belah sambil mengalas beg Alphabet dUCk. Diperbuat daripada kanvas dan bahan Juco yang mesra alam, ini adalah pilihan tepat bagi menyelamatkan planet. Anda juga tidak perlu risau tentang barang lembap dengan lapisan tahan air.
Rantai kunci – The Alphabet dUCk
Dapatkan daya tarikan anda dengan rantai kunci Alphabet dUCk. Setiap abjad dibuat dari kulit palsu dengan reka bentuknya tersendiri. Dilengkapi dengan daya tarikan siluet dUCk, anda bahkan boleh menambahkan sentuhan peribadi ke rantai kunci dengan teg yang boleh disesuaikan! Ini akan menjadi sesuatu yang unik dengan gabungan nama sendiri atau dijadikan hadiah berharga untuk orang yang anda sayangi.
Jumper- The Alphabet dUCk
Jumper Alphabet dUCk adalah keindahan rekaan yang sangat femini dan selesa apabila dipakai. Fabriknya lembut membuat anda sejuk dipakai, tambahan rekaan poket sisi memudahkan menyimpan barang keperluan anda . Perincian bahu menjanjikan fleksibiliti dalam gaya dan mengubah penampilan santai menjadi lebih tajam dalam masa yang singkat. Bersama panjang asimetri untuk kesesuaian sederhana, anda akan menyalurkan keyakinan sebenar terhadap abjad anda!
Koleksi ini boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi FashionValet serta kedai FashionValet dan dUCk terpilih. Pembeli boleh membeli semua 5 item termasuk Scarf / Shawl, Twilly, Tote, Jumper dan Keychain dalam satu set dengan harga RM730, tersedia secara eksklusif dalam talian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Presiden Netizen ataupun lebih popular dengan jolokan ‘Queen of Viral’, Dato Seri Vida (DSV) hadir dengan sebuah lagu baru yang memberi anda sebuah perspektif yang berbeza mengenai dirinya. Bagi penulis, lagu barunya yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini bagaikan sebuah metafora yang menceritakan tentang apa yang tersirat disebalik isi hatinya.
Ku Ikhlaskan, sebuah lagu karya Amy Ukays bersama DSV memiliki sentuhan malar segar yang cukup untuk membuatkan anda terbuai lena diulit mimpi indah. Baik lirik yang begitu puitis serta memiliki makna yang mendalam nukilan DSV sendiri bisa membuatkan hati anda tersentuh. Sungguh, lagu ini sebuah lagu yang wajib anda dengar dan hayati.
Apa yang menariknya mengenai lagu ini, konsep video muziknya begitu unik dan berbeza dan membuatkan ramai yang ternanti-nanti untuk menontonnya. Menurut Kel Wen, pereka fesyen BEHATI yang ditugaskan untuk mengarah video muzik Ku Ikhlaskan serta menggalas tanggungjawab untuk memastikan pakaian DSV tampak menonjol dan unik dalam video muzik ini, konsepnya lebih memfokuskan kepada perjalanan percintaan DSV yang terdahulu bersama si dia, yang disulami bintik-bintik hitam memilukan. Setiap gerak-geri yang dipersembahkan dalam video muzik ini juga mempunyai makna tersirat yang menyimpul sejuta rasa pendam, kecewa, amarah, duka dan redha DSV sendiri.
Kongsi Kel Wen lagi, pemakaian gaun putih ala perkahwinan dan berlari di Dataran Merdeka menggambarkan erti kebebasan yang dirasai oleh DSV selepas bergelut dengan hubungan cinta yang suram sehingga DSV sendiri ikhlas untuk melepaskan ikatan cinta yang sudah terbina itu. Antara babak lain yang menjadi simbol ikonik dalam video muzik Ku Ikhlaskan ini ialah di pengakhiran video apabila DSV memakai telekung bersaiz besar yang menggunakan 20 meter kain putih. Dalam babak ini, menggambarkan tentang keikhlasan hati DSV yang redha dengan apa yang terjadi dan memohon keampunan kepada-Nya tentang segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
Sungguh, babak ini begitu sentimental dan membuatkan air mata penulis hampir mengalir. Begitu juga dengan babak permainan catur yang turut diselitkan dalam video muzik ini, ia menghuraikan tentang cinta sejati DSV yang dipermainkan oleh si dia. Ternyata, Ku Ikhlaskan sarat dengan cerita cinta suram yang sudah lama dipendam oleh DSV.
Rata-rata netizen menerima baik video muzik Ku Ikhlaskan dan memberi komen yang begitu positif di laman instagram DSV. Ramai juga yang tidak menyangka bahawa lagu yang dihasilkannya ini benar-benar meruntun jiwa! Video muzik Ku Ikhlaskan juga berjaya meraih 200 ribu tontonan di Youtube dalam hanya beberapa jam selepas dilancarkan!
Team Hijabista mengucapkan syabas kepada seluruh team produksi Ku Ikhlaskan kerana berani mempersembahkan sesuatu yang berani, berbeza dan unik! Syabas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mahalini, penyanyi muda berbakat besar menarik perhatian ramai berkat penampilannya yang manis berhijab ketika menunaikan ibadah umrah. Terserlah aura Islamik. Perjalanan kerohanian pertama ini...