Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Ads
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
Ads
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Menjelang Syawal ini, pastinya selain baju, pemilihan tudung juga turut diberi perhatian. Lambakan hijab pelbagai jenama menyebabkan kita rasa keliru yang mana satu sesuai untuk digayakan di pagi lebaran. Namun, sebenarnya 15 jenama hijab yang ada di pasaran ini boleh melengkapi gaya BETUL-BETUL RAYA yang akan datang tak lama lagi.
Mendominasi hijab kekinian sama ada instan atau long shawl.
Paling awal bertapak dalam industri hijab sejak 9 tahun lalu. Mempunyai signature sendiri dengan mengeluarkan selendang panjang yang ditambah batuan atau flora mengikut keadaan semasa.
Harganya memang mahal dan cukup eksklusif buat penggemarnya. Mempertaruhkan duta seperti Bella Dally dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan koleksi Ariani sangat istimewa.
Apa sahaja limited edition pasti jadi dambaan hijabi. Misalnya tema kuih tradisional, rama-rama atau travel around the world. Peminatnya memang sering tertunggu-tunggu koleksi terbaru brand ini. Terbaru keluar dengan edisi khas bertemakan Doily Duck.
Mencetus fenomena apabila ramai yang sanggup beratur untuk mendapat koleksi terkini. Harganya memang mahal tetapi tetap menjadi pilihan penggemarnya hingga kini.
Mendominasi hijab bawal yang cukup mudah digayakan. Harganya memang berpatutan dan mampu milik. Juga sering hadir dengan rekaan terkini yang cantik dan menarik.
Antara yang mendapat tempat di hati hijabi hingga kini. Mengetengahkan selendang panjang dengan pelbagai rona menarik. Juga menjual inner yang sangat selesa dan juga menjadi signature Alhumaira.
Tidak kalah untuk bersaing dalam industri hijabi. Pemliknya bersaudara dengan Sugarscarf hijab. Koleksi tudung bercorak dan kosong yang dihasilkan menarik minat ramai penggemar hijab.
Diperkenalkan oleh Anis atau nama di media sosial Nonones. Pernah viral kerana tudung rekaannya lain dengan mengetengahkan elemen ruffle. Namun kini, semakin banyak rekaan yang menarik boleh dijadikan pilihan menjelang Syawal nanti.
Hadir dengan pelbagai rekaan dan warna yang menarik. Menggunakan fabrik satin lembut menjadikan hijab Sofearose antara pilihan terkini penggemarnya. Turut digayakan oleh pelakon Siti Saleha dan juga Aida Khaleeda dalam drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Ria.
Rekaan hijab ini punya keunikan tersendiri. Datang dengan pilihan warna pastel dan terang membuatkan hijab ini menarik untuk digayakan. Diperkenalkan oleh pelakon Sherry Ibrahim yang memang cantik sejak berhiijab dua tahun lalu.
Pemiliknya adalah pelakon, pengacara Hanis Zalikha. Memperkenalkan hijab tanpa pin yang pertama seumpamanya di sini. Amat selesa di pakai kerana hijab akan selamat tanpa tercarik.
Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Meski sudah bertahun-tahun berlalu, drama Diari Ramadan Rafique masih melekat di ingatan orang ramai. Bila tibanya bulan Ramadan, sudah tentu kenangan dan nostalgia kita bersama keluarga dan rakan-rakan tergamit.
Walau apa pun yang berlaku, kisah drama dan lakonan pelakon tetap diingati. Beberapa orang yang menonton Diari Ramadan Rafique sudah tentu menyukai lagu yang OST drama tersebut.
Ramai orang tidak sangka, ternyata penyanyi yang menyanyikan OST drama itu ialah Bella Astillah. Menerusi perkongsian video Bella menyanyi lagu OST itu adalah memenuhi permintaan peminat drama tersebut.
Bella Astillah turut memenuhi permintaan tersebut dengan membuat perkongsian video nyanyiannya selama 2 minit di TikTok.
“Ramai betul permintaan lagu ni ya, Okay saya tunaikan. Tapi ni suara dah besar dah,” tulis Bella Astillah.
Komen-komen netizen membanjiri video Bella. Ramai yang tidak menyangka Bella merupakan penyanyi OST drama popular tersebut.
Sekadar info, pada tahun 2006, siri televisyen Malaysia Diari Ramadhan Rafique telah dicipta untuk menceritakan kisah orang ramai pada bulan Ramadan. Drama ini disiarkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan dengan tayangan perdana bermula pada 9 Oktober 2006 hingga 11 Oktober 2007.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dulang girls Muslim dalam majlis bukan Islam mencetuskan persoalan. Mufti menjelaskan hukum perlu dilihat berdasarkan tujuan, konteks dan unsur ritual.