Walaupun Nabila Razali dikecam teruk selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), namun tak kurang ramai juga yang tampil memberikan kata-kata positif dan semangat buat dirinya termasuklah artis terkenal, Siti Sarah.
Menulis di laman Instagram, Sarah menyuarakan sokongannya buat Nabila dan memberi nasihat artis lain juga turut menjaga adab ketika menyuarakan apa-apa komen.
Ads
“Adab sebagai penyanyi kena sentiasa ingat, jangan perlekeh persembahan orang lain.”
Bagi Sarah, semua bende ada adab, lagi lagi kita ni, orang Malaysia yang kaye dgn budi bahasa & sopan santun. Penyanyi pun ada adab tersendiri. Sarah belajar dari setiap persembahan yang kite lakukan & Sarah belajar dari semua persembahan yang kite lihat.
Every performance adalah ruang utk jadi yang terbaik dan terbaik. Setiap bende ade baik buruknye dan kena ingat tau, semua berlaku atas izin Allah. Bg Sarah, Adab sebagai penyanyi tu kena sentiasa ingat… jangan perlekeh persembahan orng lain. Kite hormati & belajar dari ape yg kita lihat.
Ads
Ads
Pernah merasa berada di tempat Nabila selepas persembahannya di AJL34 melalui lagu Semakin dikrtik netizen, Sarah berharap pelantun lagu Vroom Vroom itu tidak patah semangat malah meneruskan usahanya untuk menjadi lebih baik lagi di masa hadapan.
Apa yg baik kite kene ambik, utk kita sendiri guna. Sesuatu yg buruk tu pulak kita jadikan pengajaran & jangan pulak kite kutuk. kadang2 takut ek sebab boleh jadi kat diri kita semula. Janganlah kita mendabik dada, lebih baik doakan yng baik-baik je. Ye tak? Sarah pun pernah kena kecam, dan percayelah, benda tu sangatlah tak best.
Berbuat baiklah sesama kita, saling membantu utk memajukan diri sendiri & org lain. Tak susah pun tau nak buat camtu. Persembahan Nabila malam tadi Sarah nmpk die dh usaha bg sehabis baik dan pergi kelas vokal. Xpe Nabila keep learning dan jgn putus ase. Tahniah juge Sarah ucpkn kpd semua 12 finalis dan pemenang AJL35. ❤️
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Kelaziman buat kebanyakan orang untuk membuang sisa makanan yang tersekat pada gigi menggunakan pencungkil gigi. Peralatan yang mudah kerana ia tidak memerlukan apa-apa kaedah untuk mengeluarkan makanan yang ada pada celah-celah gigi.
Namun begitu, ia bukanlah satu cara yang bagus untuk diamalkan selalu. Ianya sama sekali tidak disarankan oleh mana-mana doktor gigi jika anda seorang yang suka menggunakan pencungkil gigi.
Dilaporkan oleh Hellodoktor, Academy of General Dentistry ada membuat kajian yang menunjukkan penggunaan pencungkil gigi baik tetapi perlu berhati-hati. Tetapi, kebanyakan doktor gigi tidak menyarankan pengunaannya dalam kehidupan harian.
Ini kerana tisu gusi boleh tertembus dan mengakibatkan bakteria mudah masuk dan berlakunya jangkitan. Jika anda pengguna pencungkil gigi, sudah pasti doktor gigi akan mendapati kerosakan pada gusi semasa pemereksaan gigi.
Gunakan floss adalah cara yang terbaik kerana ia boleh mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan plak berbahaya yang tersembunyi pada gigi. Ia juga membantu mencegah kerosakan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau.
Bagi mereka yang alami artritis atau kesukaran mengendalikan floss di sekitar mulut bolehlah menggunakan pemegang. Ikut keselesaan anda, seseorang doktor gigi mungkin boleh cadang peralatan khas seperti:
Masalah gusi atau gigi yang agak teruk perlulah segera dapat rawatan pada doktor. Baik cegah sebelum dirawat kerana anda mungkin sudah terlambat ketika itu!
Tidak dinafikan kehebatan setiap aktiviti yang dilakukan pelakon serta pengacara popular Neelofa. Apa sahaja dibuat pastinya menarik perhatian. Dari berfesyen yang pelik, melakukan aktiviti kebajikan ataupun apa gosip mengenainya. Namun itu semua tidak dipedulikan oleh Ratu Trend ini kerana apa yang penting dia puas hati dengan aktiviti dilakukan.
Terbaru usahawan muda ini telah muat turun sebuah video posting di laman sosial instagramnya yang mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris popular, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen yang disertainya ini bertujuan untuk menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedikasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Justeru, si jelita yang bijak bergaya serta mempunyai 6 juta pengikut di instagram ini telah mendedikasikan penghormatan buat anak saudaranya yang lahir tahun lalu, Jebat Jayden.
Dalam mesejnya itu, Neelofa mahu anak saudaranya itu merasakan sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika membesar kelak.
Selain dirinya, selebriti antarabangsa lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mweujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antaranya bintang Hollywood yang turut serta adalah selebriti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Hijabista ucapkan syabas atas usaha yang dilakukan oleh Neelofa dan diharapkan hijabi di luar sana turut mencintai alam sekitar serta memastikan kehidupan hijau sentiasa terjaga untuk kesenangan generasi akan datang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.