Sentiasa tampil lain daripada yang lain, penyanyi hebat iaitu Aina Abdul kini tampil dengan lagu Sepi dalam versi bahasa Korea yang sudah pun dapat didengarkan di laman YouTube miliknya.
Sudah mengumpul peminat dari negara tersebut, duta produk Truskin ini menganggap ini adalah langkah permulaan untuk dia mencipta nama di tahap antarabangsa.
“Seperti yang semua sedia maklum, Aina selalu cover lagu Korea. Alhamdulillah semua suka bila Aina baca komen dan banyak yang memberi maklum balas minta Aina keluarkan original sound track (OST). So dalam masa singkat ini, Aina rasa ini adalah baby step Aina.”
Ads
Bagaimana Aina kuasai bahasa Korea?
“Tengok K-dramalah! (ketawa) Sebenarnya Aina pada mengajuk sesuatu bahasa itu. Selain itu, Aina juga ada seorang rakan berbangsa cina iaitu Alice yang bekerja di Korea sebagai penulis lagu.
Masa itu Aina hubungi dia minta terjemahkan lirik lagu Sepi ke bahasa Korea. And then jadi!”
Ads
Takut tak dikecam kerana salah sebutan tatabahasa?
“Aina rasa Aina tak takut sebab bila orang Korea nyanyi lagu mereka yang terselit beberapa ayat Inggeris juga tak perfect tapi semua terima sebab mereka jujur dan mereka apa yang dilakukan itu bukan hanya suka-suka kerana ia memang kena dengan lagu tersebut.
Ads
Pada Aina sendiri, Aina nampak bahasa Korea ini bukanlah bahasa kedua Aina tetapi pada suatu tahap ia bagus untuk Aina terokai sebab Aina sendiri peminat muzik Korea dan sudah pun mengumpul peminat-peminat dari Korea yang selalu buat video reaksi terhadap persembahan Aina. Jadi sekarang ini Aina nak beri sesuatu untuk mereka.”
Tidak semua orang dikurniakan dalam keadaan atau suasana yang baik seperti orang lain. Ada orang yang terpaksa menempuh kehidupan dengan cara yang agak sukar yang tidak dapat kita bayangi.
Menjadi impian pelakon tanah air, Fauzi Nawawi, untuk membantu ramai orang bagi meringankan beban mereka. Kini, dia bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti amal yang sudah lebih setahun lalu dilakukannya.
Fauzi Nawawi akui sudah lama menyertai sebuah projek jihad anak seni bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Katanya lagi, ini merupakan satu impian buat dirinya untuk berjasa sebagai anak seni.
Menurutnya sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, sepanjang melakukan aktiviti amal itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi, jelas setiap pengalaman itu mengajar dia untuk lebih merendah diri. Bahkan, dia juga memahami erti untuk bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT .
“Pengalaman dapat mendekati masyarakat mendidik hati untuk lebih merendah diri. Untuk sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sedangkan lebih ramai orang susah dalam masyarakat,
“Saya mahu suatu hari nanti diingati sebagai seorang insan seni berjasa. Kalau diizinkan dapat rezeki lebih kelak, saya memang merancang untuk adakan projek amal kebajikan sendiri,” katanya.
Pelakon itu juga berkata hasratnya sudah lama tersimpan unyuk menyertai projek amal seperti ini. Niatnya juga pada awalnya untuk membantu warga seni yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Projek itu memfokuskan kepada pekerja seni, baik artis mahupun yang di belakang tabir. Kami bantu mereka yang terbabit dalam kemalangan, rumah terbakar dan kesulitan lain dihadapi,
“Kebanyakan warga seni tidak memiliki perlindungan insuran selain tiada pendapatan tetap. Jadi kami mahu ringankan beban mereka setakat yang yang kami mampu membantu,” ujarnya.
Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada warga seni, malah dia juga membantu masyarakat biasa yang memerlukan. Fauzi juga berkata mereka juga memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti banjir.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tak dinafikan dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang muka sama seperti kita. Jika ‘kembar’ kita itu popular pasti akan menerima tempias. Seperti penyanyi muda yang popular masa ini, Wany Hasrita yang dikatakan seiras wajah YB Nuru Izzah. Sekali pandang memang ada irasnya terutama di bahagian hidung dan bentuk wajah. Bagi Wany Hasrita dia sebenarnya cukup berbangga apabila ramai memberitahu wajahnya mereka adalah seiras. ini kerana setiap kali orang memandang YB Nurul Izzah pasti akan teringat dirinya juga.
Menurutnya juga dia telah menyedari hal ini dari tahun lepas dan ia dianggap sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi setelah beliau menang dalam pilihan raya lalu.
“Saya ada terjumpa YB tahun lepas dan sempat bergambar bersama. Bezanya YB berkulit putih dan saya gelap. Tetapi ada juga yang cakap muka saya seperti beberapa artis lain dan saya anggap itu sebagai bonus.
“Sebaik YB Nurul Izzah menang dalam pilian raya tempohari memang ramai juga yang ucap tahniah padanya dan mereka juga turut tag nama Wany di Twitter. Wani anggap itu sekadar main-main dan gurauan sahaja,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Wany, memamg ramai yang cakap muka mereka sama, tetapi apabila berjumpa YB sendiri, beliau seorang yang cukup humble orangnya.
“YB sendiri bagi tahu dia minat lagu saya. Tetapi ketika itu pertemuan kami singkat dan tidak berpeluang berbual panjang. Insya-Allah kalau ada masa saya berminat untuk bertemu dengan beliau lagi. Mungkin ada perancangan yang boleh kami jalin bersama.
“Sebenarnya Wany sendiri melihat YB Nurul Izzah sebagai seorang wanita yang sangat-sangat berani berjuang untuk keluarga, berjuang untuk orang yang berada di belakangnya dan sememangnya beliau adalah seorang wanita pejuang. Sama seperti bondanya Datin Seri Wan Azizah,” tambahnya lagi.
Menurut Wany dia memang kagum dengan wanita yang ada semangat begini. Ini membolehkan dia belajar bagaimana cara mereka membawa diri, bercakap dan YB Nurul Izzah juga dilihat begitu lantang bersuara.
“Walaupun saya melihat beliau lantang menyuarakan sesuatu isu, tetapi masih terlihat kelembutannya lagi di situ.
“Jika wanita lain pula saya melihat Neelofa sebagai seorang wanita yang dilihat begitu berjaya dalam bidang usahawan yang diceburinya,” jelasnya.
Bagi Wany juga tidak akan menolak jika satu hari nanti diberi peluang untuk bekerjasama dengan YB Nurul Izzah terutama bab menaikkan martabat wanita. Juga dalam soal memberi kesedaran kepada wanita di luar sana yang rasa diri tertindas.
Persamaan wajah mereka juga turut menarik dan diakui oleh netizen. Malah ada yang berkata kedua-duanya seperti adik beradik dan juga kembar.
Siapa tidak kenal Maryan Younarae, wanita Korea yang juga isteri kepada Youtuber terkemuka Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim yang telah memeluk Islam dan memutuskan untuk berjinak-jinak mengenakan Hijab setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rina.
Terbaharu, Maryam menzahirkan rasa kesal apabila dia disuruh membuka tudung dan bakal menerima bayaran lumayan, bagi tujuan menjayakan sebuah ‘photoshoot’ untuk jenama terkemuka di Malaysia.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, beberapa jam lepas.
Dalam hantaran berkenaan memaparkan gambar dirinya sedang menjalani sebuah pengambaran bagi sebuah produk minuman sambil tersenyum bahagia mengenakan hijab.
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap, kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung.
“Allahuakhbar saya tak sanggup buat macam tu so saya reject terus,” tegas Maryam menerusi kapsyen pada hantaran tersebut.
Jelas Maryam lagi, dirinya tidak menyangka bahawa jenama berkenaan langsung tidak mempunyai rasa hormat kepada dirinya yang sudah memeluk agama Islam dan berniat mahu menutup aurat dengan sempurna sepenuhnya.
“Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu. Walaupun jenama terkemuka di Malaysia. Mana rasa hormat? Awak ingat duit boleh beli segalanya?
“Awak suruh saya buka tudung sebab jenama besar? Awak nak bayar seratus ribu ke sejuta ke, itu bukan alasan untuk suruh saya buka tudung!,” tegas Maryam.
Malah, Maryam seolah tidak percaya perkara seperti ini berlaku kepada dirinya, walhan sekarang sudah tahun 2023.
Bagaimanapun, Maryam tidak mendedahkan dengan jelas jenama mana yang berani memberi tawaran sedemikian rupa kepadanya.