Khasiat buah kurma memang diakui seantero dunia. Dan buah kecil ini memang sangat disunatkan untuk makan sebelum berbuka puasa.

Selain untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa, rupa-rupanya terdapat 20 lagi rahsia perubatan tradisi di sebalik buah kurma.

Tak kisahlah beli yang mahal atau murah, apa yang penting sebelum jamah kena kopek dulu. Bimbang ada pula serangga kecil di dalamnya seperti yang viral satu masa dahulu.

Nah, ini dia 20 petua amalan tradisi menggunakan kurma. InsyaAllah hasilnya berkesan.

 1. Denggi berdarah 

Ambil 500 gm kurma dan 5 gelas air. Kisar sehingga hancur. Kemudian minum segelas bagi setiap satu jam selama sehari.

 2. Cirit birit 

Celur beberapa biji kurma dengan sedikit air mendidih. Lumatkan dengan cara menekannya menggunakan sudu. Campurkan sedikit madu kemudian minum tiga kali sehari.

 3. Insomnia 

Buat jus kurma kemudian minum setiap kali sebelum tidur.

 4. Meningkatkan stamina 

Celur kurma dalam segelas air sehingga mendidih. Kemudian tambahkan susu dan madu secukup rasa. Minum setiap kali hendak tidur.

 5. Menghilangkan rasa mual 

Cincang atau lumatkan buah kurma. Rebus dalam air mendidih. Kemudian minum air tersebut ketika masih panas.

 6. Mengelakkan cacing dalam perut 

Makan beberapa biji kurma pada waktu pagi ketika perut masih kosong.

 7. Radang usus 

Ambil Sembilan biji kurma gred A dan buah bijinya. Rendam dalam air panas. Kemudian kisar dengan 500 ml susu berkalsium tinggi dan diminum. Amalkannya sehingga sembuh.

 8. Sakit perut 

Rebus beberapa biji kurma. Kemudian hancurkan dan campur dengan susu kambing atau susu lembu asli segar. Minum dua kali sehari.

 9. Sembelit 

Rendam beberapa biji kurma semalaman. Kemudian minum air rendaman itu pada waktu pagi.

 10. Bengkak kaki 

Tumbuk kurma berserta bijinya. Kemudian campurkan resin sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada kaki bengkak.

 

 11. Batuk pada kanak-kanak 

Hancurkan kurma kering. Kemudian campurkan dengan susu dan beri minum kepada kanak-kanak.

 12. Bersin 

Sapukan jus kurma pada hidung.

 13. Lemah tenaga batin 

Tiga kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu.

 14. Badan letih 

Buah kurma dicampurkan susu kambing asli atau susu lembu asli. Dimasak lalu diminum.

 15. Melebatkan bulu mata 

Ambil beberapa biji kurma kering kemudian bakar sehingga hangus dan tumbuk hingga hancur. Kemudian dijadikan celak.

 16. Angin dalam perut 

Hancurkan beberapa biji kurma kemudian gaulkan dengan biji Habbatus Sauda yang ditumbuk hancur. Amalkan setiap hari.

 17. Sukar bersalin 

Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian minum air rebusan tersebut.

 18. Mendapatkan tenaga sebelum bersalin 

Makan beberapa biji buah kurma (sebaik-baiknya bilangan ganjil). Kemudian minum segelas air kosong.

 19. Selepas bersalin 

Ambil sekurangnya-kurangnya tujuh biji kurma kemudian rebus dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga menjadi segelas atau segelas setengah. Amalkan meminumnya sekurang-kurangnya dua gelas sehari.

 20. Dispepsia (sakit seolah-olah terdapat gas, sakit dan terbakar di bahagian perut) 

Makan bawang merah dengan kurma, kacang dhal pahot, Habbatus Sauda, thyme dan keju.