Setelah Sebulan Bergelar IBU, Nina Jovian DEDAH Pengalaman Lahirkan Anak Secara PEMBEDAHAN Yang ‘Tidak Menakutkan’

Share

Tahun ini ramai selebriti atau ‘public fugure’ yang hamil dan melahirkan anak mereka. Dan kehadiran si kecil ini pastinya memang dinanti peminat-peminat mereka yang tidak sabar mahu melihat wajah si comel yang jadi pengikat kasih antara mereka. Antara yang selamat melahirkan anak tahun ini adalah pasangan Amyra Rosli dan Amar Bahrin, Tilla dan Shahiezy Sam, Lisa dan Yusri dan juga tidak ketinggalan designer popular Jovian Mandagie dan isterinya Nina Ismail Sabri.

Sebagai pereka popular, pastinya, mereka mahukan persediaan yang cukup sempurna untuk si kecil itu. Malah Jovian dan isterinya Nina telah mereka beberapa baju untuk bayi sulung yang dilahirkan untuk majlis aqiqah. Ini kerana keterujaan Jovian yang tidak sabar menanti kehadiran bayi mereka sebelum itu.

Kehadiran si kecil yang diberi nama Jeanella Nika Mandagie Awal November lalu ini ternyata memberi kegembiraan berganda buat pasangan ini. Dan sebagai ibu Nina pastinya orang yang paling gembira melalui fasa baru sebagai seorang ibu.

Dan seperti ibu yang lain, Nina turut berkongsi pengalaman cukup berharga buat Nina Ismail Sabri. Dia kemudiannya mencoret pengalaman melahirkan anak mereka di laman sosialnya. Posting ini telah dikongsi hampir 30 ribu followernya.

Dalam posting itu Nina memberitahu yang dia terpaksa melalui proses pembedahan saat akhir sebelum melahirkan puteri kesayangannya itu. Dia juga sebelum itu telah dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan kerana bayinya terlalu besar dan tulang pelviknya tidak dapat menampung saiz anaknya.

Walaupun Nina memberitahu pada awalnya dia sangat takut untuk melalui proses tersebut tetapi selepas melahirkan ia tidak seperti yang disangka. Selain itu Nina turut berpesan supaya patuh di luar sana supaya patut kepada nasihat doktor kerana apa yang penting ibu dan bayi selamat selepas proses kelahiran.

Nina turut memberitahu ibu yang melalui proses pembedahan tidak perlu kecewa dan sepatutnya berbangga dengan parut pada perut yang dimiliki akibat pembedahan itu. Apa yang penting menurutnya Nina berkata ibu-ibu perlu menjaga kesihatan

dan sentiasa gembira selepas melahirkan supaya dapat melalui proses selepas bersalin dengan baik.

Jika dilihat di laman IGnya juga pasangan ini begitu teruja sekali dengan kehadiran si kecil ini. Semua aktiviti bersama Jeanella dikongsi dalam laman sosial masing-masing dan juga akaun di kecil ini dengan menggunakan nama @princessmandagie. Kegembiraan dengan adanya si kecil ini turut dikongsi bersama keluarga kedua belah pihak dan rakan artis lain.

Malah pasangan ini yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke 4 baru-baru ini dan dalam tempoh 1460 ini menjadi hari paling bermakna mereka berdua. Tahun ini lebih terasa indah dan istimewa kerana ulang tahun perkahwinan kali ini disambut dengan kehadiran si kecil mereka ini. Nina turut menzahirkan dia dan Jeanelle sangat bertuah memiliki Jovian dan akan menyayanginya selama-lamanya.

Jom kita lihat beberapa aksi menariksi kecil ini yang dikatakan bakal jadi supermodel dewasa nanti.

#1. Nervous kena timbang

#2. Smiley & kisses

#3. Bedtime

#4. Cute

#5. Look like my uncle

#6. Sama macam daddy

#7. Princess Mandagie

#8. Morning sunshine

#9. Welcoming baby Ayrton

#10. Our princess

 

 

 

 

 

IKLAN