Ada orang mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan kulit wajah yang berjerawat. Tetapi ada juga yang mengambil masa tak sampai sebulan untuk menyelasaikan masalah kulit wajah ini.
Perkongsian wanita ini Sabrina Shuhaimi di laman sosial memberitahu cara serta produk digunakan sebagai rutin penjagaan wajah dan berjaya menghilangkan jerawat tak sampai sebulan.
Menurutnya sebelum itu jerawat naik agak teruk ketika dirinya berada di awal kehamilan hingga waktunya untuk bersalin. Keadaan ini menyebabkan dirinya rasa down hingga rasa hilang keyakinan untuk berjumpa orang lain.
Akhirnya setelah mengkaji semua penyakit kulit yang dialami terdahulu, dia berjaya menemukan produk bersesuaian dengan rutin penjagaan yang betul.
INI PRODUK & RUTIN PENJAGAAN MUKA YANG SAB GUNA UTK HILANGKAN #JERAWAT TAK SAMPAI SEBULAN!
Kalau korang tak pernah ikut status Sab, meh nak cerita. Jerawat Sab naik teruk yakmat sejak awal trimester preknen last year dan jadi makin teruk sampai ke hujung nak bersalin.
Kalini, bukan sebab salah produk macam 3 tahun lepas. Ok, malas nk cerita panjang bab down tahap cemana sumpah insecure gila nak jumpa orang. Dengan hidung kembang, jerawat penuh.
Tapi jauh lebih baik dari zaman breakout sebab produk dulu. Bila orang nampak takde pun yang hina ke apa. Ayat biasa,
“Alah takpe masa preknen je tu. Nanti lepas bersalin elok lah muka tu balik..,”
Terlalu di momok kan dengan ayat ‘NANTI LEPAS HABIS BERSALIN ELOK LAH!,’ maka Sab bayangkan lepas je baby keluar kulit akan terus ploles, leher akan terus putih.
Ala, macam cerita dayang senandung yang transform jadi putih melepak lepas bersalin tu. Malangnya, makin teruk!
Jadi, Sab study semula mengenai kulit dan susun semula rutin skincare. Hasilnya? Nahhhh jerawat timbul semua tak muncul dannnn parut makin pudar!
Ini rutin & produk yang Sab gunakan (produk dalam gambar). Ohhh ya. Kulit Sab jenis kombinasi tau! Ingat, apa pun yang serasi dengan orang lain tak semestinya serasi dengan kita.
Banyak kena bakar duit. Rezeki Sab first trial alhamdulilah semua bagi kesan positif!
So far kesan dia minimum. Yang ni harga agak mahal tapiii helpful untuk pudarkan dark circle! Suami Sab yang beli sebab dia kesian masa awal pantang Sab tak cukup tidur mata lebam gilaaa.
Korang pernah dengar double cleasing? Apa yang Sab dapati, bila start buat double cleansing ni muka memang rasa sangat bersih!
Pakai makeup atau tak, memang Sab akan buat double cleansing. Heimish ni, dia dalam bentuk solid. Nak guna amik sikit apply kat muka. Dia akan jadi minyak yang bersihkan muka kita.
Sumpah best!
Untuk malam, Sab ulang semua step yang sama macam siang dari cleanser sampai lahhh ke eye cream. Tak perlu sunblock ya malam! Kemudian, Sab gantikan yang di bawah
#SpotCream (Malam)
Brand : Mario Badescue Kat mana nak beli : Sephora
Benda ni mahal. Sebotol RM90. Tapiiiiiii memang serius membantu gila kecutkan jerawat tanpa tinggalkan kesan dengan SANGAT PANTAS!
2-3 hari dah kecut. Seriussss tak tipu. Tolong lah cuba. Benda ni tahan berbulan bulan. Kalau tahan 6 bulan lebih kurang berapa je spend kan?
Untuk yang ada masalah kulit muka, ikut je rutin skincare Sab cadangkan. Produk tu yang korang boleh adjust ikut kesesuaian. Apa pun memang kena study dan yang pasti keluar duit sikit.
Namunnn bagi Sab masih berbaloi sebab Sab tak perlu tunggu jumpa doktor jerawat dah hampir 90% pulih. Tinggal parut nipis je lagi.
Korang boleh follow jugak Syahira Farzana sebab Sab study jugak info info yang kak Shiro share! Ada certain produk yang Sab guna pun dari recomendation kak Shiro.
Thank you kak!
Oh yaa jangan lupa doa! Semua ni kehendak dan izin Allah. Sab doa setiap hari tak henti. Alhamdulilah Allah makbulkan.
+ Jaga makan. No oily food + Kurang kan makanan berasaskan susu + Air minimum 3 liter
Try lah ada masa sebelum ni raya ni. #Share & #Tag kengkawan korang. Ikut next posting, sebab Sab nak share banyak lagi tipsss untuk pulihkan kulit dengan pantas!
Baru lahhh selesa nak makeup bila kulit dan cantik. Road to glass skin! Ayuhhhh!
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
Sekiranya anda selalu mempunyai tisu penghilang solekan untuk pembersihan pasca yang cepat, penyegaran wajah separuh hari, atau pembaikan semasa dalam perjalanan. Anda pasti menyedari betapa senang, mudah dan kebiasanya mesra dompet mesti ada di dalam tas tangan.
Tetapi seorang doktor kosmetik berkongsi video Instagram yang menunjukkan realiti kotor menggunakan tisu solek. Video tersebut menunjukkan Tijion Esho, MBChB, MRCS, MRCGP, pengasas Esho Clinic, perubatan estetik di UK. Menerapkan foundation pada kulit limau yang digunakannya untuk mewakili liang pada kulit anda kemudian berusaha membersihkannya dan gagal untuk mengeluarkan produk dengan lap solek.
Daripada menghilangkan foundation, lap hanya melumurkan solekan pada dasarnya menyumbat apa yang disebut “liang” kulit buah. “Inilah mengapa saya terus memberitahukan kepada anda semua mengenai tisu solekan,” Esho menuliskan video tersebut di laman instagram.
Melalui artikel diterbitkan laman sesawang Insider, Esho mengatakan bahawa tisu pembersih solekan bukan sahaja merosakkan alam sekitar kerana kebanyakannya tidak boleh terurai secara biodegradasi yang bermaksud akhirnya menyumbang kepada lebih banyak sampah di tempat pembuangan sampah.
Sekiranya maklumat itu membuat anda benar-benar khuatir akan kebiasaan menyapu solekan anda sendiri, jangan takut produk ini tidak selalunya tidak baik untuk kulit anda atau persekitaran. Dalam hal ini, jika anda tetap menggunakan tisu solek yang boleh digunakan semula. Tetapi jika anda menggunakannya secara berkala, anda mungkin ingin mengubah cara penggunakannya,
Pendapat pakar lain dalam isu ini, “tidak ada perbandingan saintifik antara kulit jeruk dengan kulit manusia.” Oleh itu, walaupun meletakan persamaan permukaan kulit anda dengan buah sitrus, pakar mengesahkan bahawa agen pembersih yang digunakan pada kebanyakan tisu penghilang solekan memang boleh menjadi kasar pada kulit anda.
Lap solekan sering mengandungi agen pembersih dan pembersih seperti surfaktan, yang melarutkan solek dan pengemulsi yang membantu melarutkan dan menghilangkan solekan. Kedua-dua bahan pembersih boleh merengsakan kulit dan mengeringkan kulit, apatah lagi pengemulsi mengeluarkan minyak dari kulit anda semasa ia berfungsi.
Selain dari kulit yang berpotensi menghilangkan minyak semula jadi, tisu penghilang solekan juga boleh duduk di permukaan kulit yang boleh menyebabkan kerengsaan lebih lanjut jika anda tidak mencuci sisa bahan kimia dari tisu terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif. Di samping itu, banyak tisu solekan mempunyai wangian, yang boleh menyebabkan kerengsaan dan juga dermatitis alahan iaitu merah ruam yang gatal.
Untuk menyokong pendekatan alternatif yang dicadangkan oleh Esho dalam catatan Instagramnya, pembersihan dua kali dengan pembersih muka atau air misel selama 60 saat.
Air misel menjebak kotoran, minyak, dan alat solek ke dalam misel bola kecil minyak yang menarik kotoran. Air misel ini bersifat lembut dan umumnya mengandung surfaktan ringan untuk dibersihkan, selain bahan penghidratan.
Pembersih lembut juga mengandungi surfaktan dan pengemulsi, tetapi ketika membilas wajah, ia melakukan tugas pembersihan dan tidak kekal pada kulit setelah dibilas. Umumnya bertoleransi dengan baik dan tidak menimbulkan masalah. Pakar kulit juga mengesyorkan menggunakan serum dan pelembap setelah mencuci dan mengeringkan dengan teliti untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi dengan betul. Dan ya, anda mesti selalu menanggalkan solek sebelum tidur.
Figura yang satu ini memang cukup dikenali ramai. Kejayaannya menjadi usahawan dalam usia masih muda memang cukup dibanggakan rakyat Malaysia. Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 28 tahun adalah seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada dua cahaya mata.
Bukan itu sahaja, Vivy juga antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia. Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular.
Ceburi Bidang Perniagaan Di Usia Muda! Kejayaan Vivy Cetus Fenomena Hingga Kini
Dia juga turut mengusahakan hijab label dUCkscarves yang sering mencetus fenomena dan jadi dambaan hijabi.
Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka. Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Blog itu Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
Sebenarnya Vivy tidak mempunya latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Sebaliknya wanita kecil molek ini mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala suaminya pula adalah lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suaminya mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara.
FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi. Vivy mengakui bahawa harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal tetapi mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Sumbangan Sebagai Muslimah, dUCkscarves ‘Buah Tangan’ Vivy Untuk Hijabi
Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.
Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita. Selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.
Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.3 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan. Wanita ini cukup bijak bergaya dan istimewanya dia memperasa busana yang dijualnya sendiri.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan diraih dan ia menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang memang menjadikan Vivy sebagai idola mereka.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...