Seronok melangkah ke alam pengajian tinggi, pastinya bertemu dengan rakan yang baharu, namun berbeza dengan hijabi ini.

Selalunya rakan sekuliah adalah mereka yang seusia atau mempunyai jurang umur yang dekat, berbeza pula bagi Siti Zulaika Mohamad Sakroji, 20, apabila berpeluang berada sekelas dengan ayahnya sendiri, Mohamad Sakroji Abbas, 61.

Tak sedar punyai minat yang sama

Kedua-dua anak beranak tersebut mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual bersama-sama di GiatMara Kota Raja. Mohamad Sakroji turut berkongsi kisah awal tercetusnya idea untuk mendaftarkan dirinya bersama anak perempuannya itu pada tahun 2019 di institusi tersebut.

“Mulanya saya nak hantar anak saya untuk mengambil kursus ini.

“Entah macam mana saya pun berminat dengan jurusan tersebut, jadi saya bertanya dengan pihak pejabat GiatMara, bolehkah umur macam saya ini memohon untuk jadi pelatih juga.

IKLAN

“Setelah mereka memaklumkan tiada halangan untuk berbuat demikian, itu yang saya masuk sekali,” katanya ketika sidang akbar sempena Majlis Graduasi GiatMara Selangor di Management and Science University (MSU) pada Sabtu yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebanggaan Rakyat Malaysia, Hijabi Tajaan MARA Ini Pelajar Cemerlang Di The University Of Edinburgh.

Giat berkongsi kisah agama

Dalam pada itu, Mohamad Sakroji yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong itu turut mempunyai akaun YouTube sendiri untuk memuat naik video berkaitan kuliah agama. Katanya, buat masa sekarang, pesara tersebut bekerja sendiri, malah ada ketikanya turut membuat kerja sambilan menjadi juruvideo di majlis perkahwinan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana banyak mengajar saya yang sudah berumur ini. Proses pembelajaran itu agak memakan masa tapi dengan adanya pelajar yang berusia muda, mereka bantu saya,” ujarnya.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Siti Zulaika memaklumkan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang animasi selepas tamat pengajiannya di GiatMara. Bagaimanapun, dia mempertimbangkan berbuat demikian selepas memohon keizinan daripada ayahnya terlebih dahulu.

“Saya memang terfikir untuk sambung belajar, tapi perlu minta izin kepada ayah dulu,” katanya.

Seramai 834 graduan dari GiatMara Malaysia di Selangor berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di sini pada Sabtu. Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Datuk Azman Azman Jaafar berkata, seramai 2,380 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Selangor bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Terima Hadiah Lamborghini RM1.5 Juta Sempena Hari Jadi Ke-23. Berkat Usaha!

Seronok punyai minat bersama orang tersayang, malah usaha Siti Zulaika boleh jadi inspirasi di luar sana. Tak kekok sekuliah bersama malah tambah seronok hari graduasi sambut bersama.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: SINAR HARIAN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI