Memang manis sekali anak gadis Norman Hakim dan dan Abby Abadi. Marissa Dania Hakim yang akan menjengah usia 13 tahun menjelang bulan 7 nanti. Melihat perkongsian gambar yang selalu dimuat turun ibunya Abby Abadi memperlihatkan sisi kematangan Marissa walaupu usianya baru 12 tahun. Dia adalah pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan dan baru-baru ini mengikut Abby ke Turki untuk menghantar abang sulungnya, Mohamed Danish Hakim bagi menyambung pengajian di sana.
Ramai netizen memuji kecantikan anak gadis Abby ini yang tetap cantik walaupun mengenakan hijab labuh dan ada kalanya berjubah longgar. Senyuman yang terpancar pada wajahnya menyerlahkan sifat kelembutan sebagai seorang Muslimah sejati.
Walaupun usianya masih muda, tetapi Marrisa dilihat begitu bersemangat dalam setiap perkara dilakukan. Malah dalam setiap posting di laman instagram juga turut diberi caption yang begitu memotivasikan diri.
marissadania_never give up because great things take time
marissadania sometimes something hard make you learn how to live
Untungnya hijabi muda ini yang begitu bersemangat dan bercita-cita mencapai apa yang diimpikan tanpa mengenepikan soal akhirat. Malah ajaran diberikan kedua ibu bapanya yang telah mendidik untuk melahirkan dirinya sebagai generasi berilmu dan berwawasan.
Dalam hal ini Abby juga tidak membezakan kasih sayang antara ketiga-tiga anaknya yang dipanggil ‘kesayangan dunia akhirat’. Malah dia turut membawa sekali anak-anaknya bercuti ke Istanbul sambil mengambil kesempatan bermain salji.
Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal. Makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal kebersihan sumber makanan serta ianya selamat dimakan atau tidak.
Apabila kita meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama contohnya balik kampung atau bercuti, sudah tentulah kita akan tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran.
Kebiasaannya kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan selama 24 jam bagi menjamin kesegaran makanan yang ada dalam peti sejuk. Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa 5 hari kita tinggalkan rumah rupa-rupanya 3 hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi masa kita dah balik rumah suis dah ok.
Apa yang terjadi pada peti ais kita sepanjang takde elektrik tu?
Jom kita baca dan hayati perkongsian dari Rizzal Abdullah ini:
Bro,
Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.
Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar..
Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.
Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.
Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
Kalau terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?
Kalau semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.
Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.
Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..
Tapi apa kaitan syiling tu?
Ini tip untuk agak berapa lama freezer tu OFF. U perlu;
Syiling Gelas plastik yang lut sinar Air
APA NAK KENA BUAT:
*Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Lepas tu letak syiling atas ais tu.
*Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.
*Kalau syiling tu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling tu di lantai bekas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
*Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.
Moga perkongsian ini membantu kita memelihara kesihatan kerana Islam sendiri amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Sumber makanan yang baik juga mencerminkan keperibadiaan seseorang insan.
Sumber kredit: Rizzal Abdullah via sekkito.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Vicks VapoRub secara tradisinya diletakkan pada dada untuk membantu anda bernafas dengan lebih baik. Ia sangat berguna semasa selsema, seperti apabila kesesakan bronkial muncul.
Walau bagaimanapun, Vicks Vaporub mempunyai banyak faedah, termasuk beberapa kegunaan dan petua yang perlu anda ketahui tentang:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jika anda batuk pada waktu malam, urut bahagian bawah setiap kaki dengan sedikit Vicks Vaporub. Kemudian tutup dengan sepasang stokin.
Sapukan dan urut otot dengan Vicks untuk melegakan sakit.
Gosok beberapa Vicks pada dahi dan pelipis anda untuk melegakan sakit kepala yang cepat. Ia akan cepat membuat sakit kepala anda hilang.
Sapukan sedikit Vicks pada bola kapas dan letakkan di dalam telinga anda untuk melegakan sakit telinga jika ia tersumbat.
Sapukan Vicks pada wabak ekzema untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan.
Sapukan Vicks dua kali sehari pada tumit merekah dan tutupkannya dengan stokin untuk mengaktifkan kesannya.
Sapukan VapoRub pada kesan regangan. Anda sepatutnya mula melihat peningkatan yang ketara selepas 2 minggu. Pasti anda tak sabar melihat kesannya!
Letakkan sapuan Vicks di bawah setiap lubang hidung untuk mewujudkan penghalang bau kepada bau yang tidak menyenangkan yang mungkin anda hadapi pada siang hari di mana-mana sahaja.
Sesetengah pelembap mempunyai petak untuk menambah aromatik. Tambahkan Vicks pada petak ini dan hidupkan pelembap anda. Lakukan ini sebelum tidur untuk membantu membersihkan hidung dan tidur dengan lebih lena.
Sapukan Vicks pada bahagian kulit yang berlainan untuk menghalau nyamuk. Jika gigitan kutu berlaku, sapukan Vicks dengan segera ke kawasan yang terjejas. Baunya mampu memaksa kutu untuk pergi.
Penggunaan Vaporub pada muka memang mengejutkan tetapi berkesan. Sapukan Vicks pada jerawat berjerawat beberapa kali sehari untuk mengeringkannya dan lebih cepat susut.
Sapukan Vicks di kawasan kudis sebaik sahaja anda merasakan sakit sejuk yang menolak.
Sapukan Vicks terus ke luka anda. Ia menghalang jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.
Sapukan Vicks di kawasan yang terjejas. Ini menghalang jangkitan dan mengeluarkan serpihan kayu atau kaca dari kulit dengan lebih cepat.
Campurkan Vicks dengan garam dan sapukan campuran itu ke kawasan yang baru lebam. Campuran ini menggalakkan pemulihan peredaran darah yang membolehkan lebam berlalu dengan lebih cepat.
Gosok kuku dan kaki yang dijangkiti dengan Vicks. Ulang dua kali sehari. Disebabkan candidiasis, kuku boleh menjadi hitam. Kemudian potong kuku anda dengan kerap sehingga bahagian yang hitam hilang.
Kucing dan anjing benci bau Vicks. Jadi, jika terdapat sebarang perabot yang dicakar kucing anda, gosokkan beberapa Vicks pada kawasan yang terjejas. Kucing anda akan menjauhkan diri, percayalah!
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.