Apabila umur menjengah 30, mulalah pelbagai masalah datang mengetuk. Sebaiknya, pada usia ini anda perlu fokus untuk mencegah garis-garis halus dan ketidaksamaan rona kulit akibat pancaran matahari, begitu juga merawat jerawat orang dewasa (masalah yang melanda hampir 50% mereka yang berumur 30-an).
Walaupun anda tidak mengalami masalah jerawat orang dewasa, namun anda akan bermanafaat dengan menggunakan produk yang ‘deep-cleaning’ memandangkan kulit anda akan menjadi lebih berminyak pada usia begini.
Selalunya pada usia ini, kulit anda berada di dalam kategori ‘normal’ namun pada zaman kini ia lebih cenderung kepada ‘kombinasi’. Hal ini kerana faktor stress, ketidak seimbangan hormon dan juga peningkatan pencemaran pada sekeliling.
Jadi bagaimana mahu menghalang dari kulit cepat menua sebelum waktunya? Mari Hijabista berikan strateginya:
Waktu Siang
Pembersih wajah yang lembut
Ads
Gunakan pembersih yang lembut dan berubat untuk mengelakkan kulit anda semakin menipis (yang merupakan pelindung kepada iritasi luaran). Asas krim atau tanpa buih adalah pilihan terbaik.
Gunakan pencuci wajah jenis krim atau tanpa buih.
Serum antioksida
Di samping dapat menghalang garis-garis halus dan kedutan, kegunaan serum yang memiliki sekurang-kurangnya SPF30 setiap hari akan mengelakkan parut jerawat anda menggelap terutamanya pada mereka yang memiliki tona kulit yang lebih gelap.
Ads
Pemakaian serum untuk halang garis kedutan.
Waktu Malam
Pembersih wajah yang lembut
Hijabista sarankan anda menggunakan pencuci wajah yang sama untuk pagi dan malam. Jangan tambahkan lagi bilangan produk anda.
Ads
Jika anda terlalu letih atau tidak larat untuk mencuci wajah, lap wajah anda dengan tisu basah khas untuk wajah untuk memastikan pori anda bersih.
Ini Hijabista sarankan kepada mereka yang tidak berkulit sensitif. Ini adalah untuk merawat jerawat yang ada pada wajah. Produk retinoid mampu memudarkan kesan parut jerawat pada wajah tetapi jika kulit anda sensitif, pastikan ia ada bahan tambahan iaitu asid ‘glycolic’.
Untuk yang Tidak berkulit sensitif.
Semoga tip ini bermanafaat kepada anda semua yang berada di dalam 30-an ataupun bakal menjengah 30.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi serta pelakon popular, Siti Nordiana menunaikan ibadah umrahbersama anak lelakinya Rayyan pada Mac yang lalu. Menyingkap perasaan dan momen-momen indah saat dia berada di tanah suci, Hijabista menemu bual secara eksklusif penyanyi ini yang mesra dengan panggilan Nana.
Menurut Nana, pengalamannya sepanjang di sana merupakan sebuah momen yang tidak bisa dilupakan. Perasaanya bercampur-baur apabila dapat melihat sendiri Kaabah di depan mata, dan airmatanya seringkali jatuh rasa syukur atas peluang yang diberikan kepadanya.
“Apa yang terlintas di hati, saya terus berdoa..”
Kongsinya lagi, disana, segala masalah seperti hilang di minda dan hanya fokus mengerjakan ibadah.
“Semestinya bila di sana, semuanya berlumba-lumba mengerjakan ibadah sehingga terlupa tentang masalah yang ada. Jujurnya, masa saya banyak di masjid.Saya suka luangkan masa lebih lama di masjid, bukan saja untuk solat tetapi berdoa kepada Allah SWT. Apa sahaja yang terlindah di hati dan fikiran saya, saya terus memohon doa kepada-Nya.
Antara momen yang tidak dapat dilupakan juga apabila saya dan yang lain-lain diberikan tazkirah oleh ustaz yang bertanggungjawab membawa kami menunaikan umrah iaitu Ustaz Shahrizan. Jadi waktu lapang kami biarpun di hotel diisi dengan aktiviti yang bermanfaat,” kongsi Nana.
Tambahnya lagi, airmatanya seringkali mengalir apabila ke tempat-tempat yang penuh dengan peristiwa bermakna seperti makam Rasulullah.
“Kalau dahulu kita hanya dengar cerita sahaja mengenai perjalanan Rasulullah menyebarkan Islam. Tetapi apabila sudah berada di sana contohnya di Madinah, hati mula rasa sayu melihat setiap lokasi yang pernah dilewati oleh Rasulullah sendiri.
Apabila melihat Kaabah di hadapan mata, hati terus jadi tenang dan sayu. Jujur, airmata saya mudah benar mengalir di sana,” ujarnya.
“Solat Tarawih pengubat rindu saya di Mekah..”
Pastinya sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah dapat melihat perubahan dalam diri mereka sama ada besar ataupun kecil. Seperti Nana, dia mahu memperbanyakkan ibadah yang dikerjakan dan banyak melakukan amalan sunat untuk memperbaiki dirinya menjadi muslimah yang lebih baik.
“Saya lebih memfokuskan kepada amalan-amalan saya dan menambahkan lagi ibadah saya selepas pulang dari umrah. Jika dahulu, selawat ke atas nabi saya lakukan 100 kali, sekarang, saya ingin memperbanyakkan menjadi 500 kali. Itu yang saya inginkan.
Sungguh, hati rasa begitu rindu di sana. Walaupun sudah di Malaysia, saya terbawa-bawa rutin di sana seperti solat berjemaah. Mujur, selepas pulang dari umrah, kita meraikan kedatangan bulan Ramadan. Sekurang-kurangnya rasa rindu terubat apabila dapat mengerjakan solat tarawih beramai-ramai di masjid,” tambah Nana mengakhiri sesi temu-bual.
Nana bakal hadir dengan single terbaru ciptaan dari komposer dan penyanyi popular, Dato’ M. Nasir dalam masa terdekat ini.
Berkecimpung dalam dunia perniagaan perkahwinan dalam 4 tahun sebelum pendemik yang berlaku pada tahun 2020. Pelbagai cabaran telah ditempuh semasa perintah kawalan pergerakan, JV Craft & Gifts mengorak langkah untuk terus menapa nama di dunia perniagaan barangan perkahwinan.
“Semasa pengumuman PKP, saya dan suami Alvin rasa tak selamat dan tidak nampak hala tuju perniagaan. Saya masih ingat dengan jelas dan masih bersyukur sehingga hari ini apabila Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKP, Alvin berjalan ke arah komputer di bilik kami lalu mendaftar JV Craft & Gifts di Shopee dan Lazada,” kongsi Janice.
“Selepas berbulan-bulan menerima tempahan, akhirnya kami kembali beroperasi. Mujurlah, JV bangkit semula dengan mempelbagaikan barangan dan perkhimatan perkahwinan. Bermula dari kedai yang kecil sehinggalah kami memperkembangkan sampai mempunyai kedai yang luas supaya pelanggan lebih selesa dan kami dapat menambah lebih banyak pilihan,” ujarnya lagi.
Kami melancarkan one stop center ini sejurus selepas berkahwin, selepas menjadi pasangan selama 6 tahun. Idea kami ialah perniagaan tentang perkahwinan yang melibatkan cinta dan kepercayaan. Kami memikirkan banyak nama untuk jenama ini tetapi masih bersetuju bahawa parap kami adalah cara yang betul untuk bermula, jadi kami bersetuju mengabungkan nama kami dan wujudlah JV Craft & Gifts.
Syarikat JV Craft & Gifts turut menawarkan perkhimatan untuk gubahan hantaran, bunga tangan pengantin, bunga pasu dan mas kahwin. Dulang Sireh Junjung, Bunga Tangan Pengantin, Gubahan Pasu Bunga dan Frame Mas Kahwin. Selain dari pilihan barangan perkahwinan yang JV tawarkan, pelanggan JV dapat juga menikamati harga yang berpatutan dan berbaloi.
Salah satu daripada persiapan yang menjadi tumpuan dalam majlis perkahwinan adalah gubahan hantaran. Gubahan Hantaran diibaratkan sebagai hadiah kepada pasangan bagi menghargai ikatan yang bakal terjalin dan mengeratkan hubungan keluargaan sesama pihak. Mempunyai pelanggan dari masyarakat melayu, Janice faham dan sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat ini.
“JV Craft & Gifts sedia maklum menjadi tumpuan masyarakat melayu, jadi kami juga mempunyai tempahan seperti Al Quran ,telekung dan pelbagai lagi. Jadi di situ kami perlu faham adab menjaga barangan yang berkaitan agama. Di sini juga kami mempunyai JV team yang dikalangan orang melayu dan untuk memudahkannya, saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya lagi pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
“Saya mula benar-benar berminat untuk mencipta kategori gubahan, setelah membuat kajian, lalu saya memulakan gubahan mengikut gambar dan video yang saya lihat dan ia berkesan. Sepanjang perjalanan, saya cukup bertuah kerana dapat merekrut ramai kakitangan untuk memulakan perjalanan ini bersama saya. Tujuan kami adalah untuk mempermudahkan urusan perkahwinan bakal pengantin,” ujarnya lagi.
Pengasas JV Alvin dan isteri adalah legasi kedua perniagaan ini, mempunyai pengalaman dalam bidang pegiklannan dan pemasaran, pasangan ini menyertai syarikat ayahnya, melakukan import dan borong barangan perkahwinan. Secara tidak langsungnya mereka terlibat dalam bidang perkahwinan melayu dan ingin membawa lebih banyak variasi ke dalam industri.
Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini dilamar oleh syarikat JV Craft & Gifts menjadi duta julung kalinya bagi syarikat tersebut. Ini merupakan kolaboratif pertama Ryan Deedat dan JV Craft & Gifts. Ryan yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni berkata “Beliau tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertamanya beliau semenjak 13 tahun bertapak dalam dunia seni.
Ryan sangat bersyukur diberi peluang oleh JV Craft & Gifts dan akan mengalas tugas sebagai Duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya”. Selain itu, Ryan juga berkata, dengan kolaboratif ini dapat mewujudkan kerjasama yang lebih akrab antara kedua belah pihak.
Janice Mok selaku Pengarah Urusan JV Craft & Gifts berkata “Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama ini, kami yakin akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya”
Dalam pada itu, Janice berkata projek pertama antara mereka adalah mengeluarkan lagu raya yang berjudul “Hantaran Raya”. “Kami baru sahaja selesai pengambaran musik video untuk lagu Hantaran Raya, pihak kami sangat teruja dengan projek ini dan tidak sabar untuk mengeluarkan lagu ini pada Ramadan akan datang”. Apabila ditanyakan pada Ryan. Ryan Berkata “ Ini merupakan usaha sama antara kedua belah pihak. JV Craft & Gifts yang memulakan idea ini untuk pembuatan lagu Hantaran Raya.
Lagu ini telah dicipta oleh Adam Armin, Yusuff khan selaku komposer dan lirik oleh Adam Armin, Yusuff Khan dan Ryan Deedat. Yang menarik tentang lagu ini, ia turut menampilkan perkerja dan pihak pengurusan dalam sesi rakaman serta Nisha Que sebagai penyanyi perempuan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah sekian lama pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan pada beberapa tempat mengikut syarat yang tertentu. Ramai juga yang tidak lagi menggunakan pelitup muka dan hanya memakainya jika perlu.
Kini penguatkuasaan semula akan berlaku mulai Januari 2023 di Selangor hanya pada pengendali makanan serta minuman. Makluman ini di buat oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Menurut laporan dari Berita Harian, penguatkuasaan penggunaan pelitup muka hanya berkuatkuasa dalam kalangan penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor secara berperingkat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam tempoh satu hingga tiga bulan pertama, pemakaian itu menjurus kepada proses pendidikan sebelum ia diwajibkan secara menyeluruh.
“(Belum dikuatkuasakan) ..sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT…jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan,
“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka,
“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan ..mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” katanya.
Datuk Seri Amirudin Shari juga mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang ingin melaksanakan peraturan ini bermula 1 Januari. Ianya atas usaha untuk menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan dalam pengendalian makanan.
“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka.. keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.” ujarnya.
Tambahan lagi, pendekatan yang dilakukan oleh PBT ini juga dalam usaha menangani pendemik COvid-19 serta ingin menyakinkan pelanggan dalam proses menyedia dan menghidang makanan yang dilakukan.
“Pandemik Covid-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab tu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan,
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.