Seri Ibu Hamil! Make-Up ‘Simple’ Pun Lawa, Kecantikan Semulajadi Farah Nabila Jadi Sorotan

Share

Nama pelakon jelita, Farah Nabilah mulai menyepi apabila dia kini jarang menghiasi kaca televisyen setelah menempuh alam rumahtangga dan berkeluarga.

Menerusi hantaran instagram miliknya baru-baru ini, Farah ada berkongsikan perkembangan terkini dirinya yang kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua dan usia kandungan sudahpun mencecah enam bulan.

Sarat Hamil Enam Bulan, Kulit ‘Glowing’ Farah Raih Perhatian!

“#bismillahimasyaallah. Chapter 2, InsyaAllah. #25weeks #6monthpregnancy,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Menerusi satu hantaran lain, Farah turut memuat naik video dirinya sedang bersolek di dalam kereta. Namun apa yang meraih perhatian pengikut dan para peminatnya adalah seri ‘ibu hamil’ serta kemulusan kulit wajah Farah yang begitu menonjol!

Artikel berkaitan: Bermula Dengan Berselendang, Farah Nabilah Kini Berhijab Sepenuhnya

“While waiting for my next appointment. A quick make up Sebab foundation pun malas pakai.. Saja je nak try the new eyeshadow palettes from #NarsMalaysia,” tulisnya.

Meskipun hanya mengenakan solakan asas, tetapi kecantikan hasil solekan pelakon itu, berjaya memukau wargamaya sekaligus membuatkan perkongsian itu dibanjiri dengan pelbagai pujian peminat, menerusi ruangan komen.

Selain itu, rata-rata peminatnya turut menyifatkan bahawa Farah sememangnya mempunyai kecantikan semulajadi, dan kulit yang sihat, meskipun tanpa sebarang solekan atau ketika mengenakan solekan minimalis.

Sumber: Instagram Farah Nabilah

Artikel berkaitan: 6 Rahsia Kalau Nak Berhijab Cantik, Kemas & Tak Senget Macam Aisy Dalam Titian Cinta

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN