Seperti Memanggil Kuntilanak, Da’i Wan Seru Semua Hentikan Lathi Challenge

Share

Sekarang ini sedang tular mengenai Lathi Challenge yang mendapat perhatian ramai di media sosial. Cabaran Lathi ini menarik minat warganet kerana ia menggunakan teknik solekan khas yang menyeramkan.

Meskipun ramai yang sedang berlumba-lumba menghasilkan cabaran tersebut, namun sebenarnya ia boleh jadi bahan hiburan yang merbahayakan buat umat Islam. Mari kita ikuti penerangan daripada Wan Dazrin ini atau lebih dikenali sebagai Da’i Wan.

Jelasnya, ia berbahaya kerana tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat.

Hati-hatilah kalian kerana makruh itu termasuk dalam perbuatan yang patut dielakkan.

Pendapat Da’i Wan ini juga turut disokong oleh beberapa pengguna laman twitter yang menyifatkan ia mengandungi unsur pemujaan.

Kesimpulannya, kita haruslah sedar akan kesannya terhadap diri kita. Janganlah mufah terpengaruh hanya kerana sesuatu perkara itu nampak menarik dan menghiburkan. Renung-renungkanlah.

kredit: twitter @wandazrin

IKLAN