Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.
Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.
“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.
TERKEJUT RASAI TENDANGAN BAYI BUAT KALI PERTAMA
Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.
“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.
IKLAN
Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.
“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.
“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.
“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.
“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.
ADA TENGOK PROSES KELAHIRAN DI YOUTUBE
“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.
“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.
“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.
“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.
Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.
Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.
Dato Seri Siti Nurhaliza sememangnya nama yang sangat gah dalam industri hiburan dan tidak perlu diperkenalkan lagi namanya. Sebut sahaja namanya, pasti semua terbayangkan suaranya yang lunak merdu, rupa paras yang indah dan personalitinya yang cukup menawan. Tidak hairanlah jika dia sentiasa dijadikan idola oleh semua yang meminatinya.
Bukan sahaja di Malaysia, Dato Seri Siti juga telah memukau jutaan hati peminat di Indonesia. Seorang peminatnya di sana iaitu Khusnul Khotimah berasa amat bertuah kerana tidak menyangka idola yang dikaguminya sejak tahun 1997 sudi membuat kejutan untuk dirinya.
Dalam rancangan yang bertajuk Hitam Putih Kehidupan, Khusnul Khotimah yang menghidap penyakit Polio itu dikejutkan dengan kehadiran Dato Seri Siti yang telah tampil menyanyikan lagu khas buatnya iaitu Bukan Cinta Biasa.
Khusnul yang berasal dari Jawa Timur telah menjadikan Siti sebagai sumber kekuatan dalam hidupnya…
Netizen yang melihatnya juga turut tersentuh hati hingga menitiskan air mata…
Ternyata sikap rendah diri yang ada dalam diri Dato Seri Siti Nurhaliza ini membuatkan dirinya sentiasa disayangi ramai. Untung sekali Khusnul Khotimah apabila dapat bertemu dengan beliau. Semoga Khusnul berada dalam keadaan yang baik selalu dan buat hijabi di luar sana, ambillah iktibar daripada video ini ya!
Semenjak Covid-19 menyerang negara, kini ramai yang sudah mula mengambil vaksin atas langkah berjaga-jaga dan juga antara salah satu usaha untuk menurunkan kadar peratusan Covid-19.
Majoriti dari masyarakat kita sudahpun berjaya mengambil vaksin dari pelbagai jenis, dan tidak kurang juga, ramai yang masih menunggu giliran untuk disuntik vaksin yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan.
Usaha ini juga nampaknya disambut baik bukan sahaja dari netizen, malah juga selebriti tempatan. Salah satunya ialah Nurheliza Helmi atau lebih dikenali sebagai Heliza. Baru-baru ini Heliza, yang sememangnya sudah dikenali umum terutamanya cara pemakaiannya yang sopan dan melambangkan wanita muslimah, berkongsi pengalamannya mengambil vaksin Astra Zeneca (AZ) di laman Instagram dalam bentuk video. Video yang berdurasi pendek itu sangat menarik apabila Heliza mengambil semua babak perjalannya mengambil vaksin dari mula hingga ke akhir.
Warga net juga turut memberi komen positif dan menzahirkan rasa keterujaan mereka melihat selebriti kesayangan ramai ini selesai menerima vaksin untuk mencegah Covid-19. Ada juga yang berkongsi pengalaman disuntik menjadikan ruang komen begitu meriah!
Apa yang menariknya lagi, Heliza juga turut berkongsi cara pemakaian yang sesuai dan sopan untuk mengambil vaksin. Pertanyaan dari peminatnya di ruang komen itu dijawab mesra dan sangat jelas.
Mesra, ringkas dan jelas kan jawapan Heliza kepada pertanyaan peminatnya? Sungguh peribadinya melambangkan wanita muslimah yang patut kita contohi! Jadi, pada pembaca Hijabista yang masih menunggu giliran untuk mengambil vaksin, jangan lupa gayakan gaya muslimah yang disarankan oleh Heliza okay?
Selalunya sambutan hari jadi akan disambut dengan insan tersayang. Barulah terasa istimewa sambutan hari berkenaan. Namun ada juga antara insan yang ingin merasai sambutan hari jadi secara keseorangan. Mungkin kemeriahan tidak sama, tetapi keseronokan hanya empunya diri yang merasainya. Seperti perkongsian gadis ini d laman twitter di mana dia meraikan harijadinya seorang diri dengan cara tersendiri. Caranya ‘me time’ cukup berbeza dengan orang lain dan yang pasti kos digunakan tidak sampai RM100.
Gadis yang menamakan dirinya di twitter sebagai E.Geller atau @alyssazainal ini mengambil keputusan untuk sambut hari jadinya seorang diri di Kuala Lumpur. Menurutnya, ada beberapa perkara menarik boleh dilakukan. Perkara pertama dilakukan adalah membeli bunga untuk diri sendiri di Petaling Street. Boleh pilih sendiri bunga yang diingini dan ia pasti memberi lebih kepuasan.
Perkara kedua yang dibuatnya adalah pergike Central Market. Di mana di sini dia dapat melihat peniaga menjual batuan yang cantik dan juga deretan kedai dan kafe yang menarik. Juga jangan lupa untuk abadikan foto menarik di sini. Keadaan Central Market atau CM tidak seperti di awal 90an, tapak seni ini sudah diperbaharui dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.
Untuk melengkapkan sambutan hari jadinya, gadis ini turut membelanja dirinya sendiri makan di sebuah kafe yang boleh menawarkan desert secara percuma. Caranya adalah hanya dengan menunjukkan kad pengenalan kepada petugas di kafe berkenaan. Dan anda akan mendapat kelebihan sempena sambutan hari jadi.
Perkara keempat yang dilakukannya adalah dengan melawat beberapa tempat menarik sekitar Kl. Antaranya adalah Balai Seni Lukis Negara yang menawarkan kemasukan secara percuma. Banyak kawasan menarik dan interaktiif zone boleh dilakukan dan paling pending juga boleh abadikan foto di tempat seni ini.
Satu lagi pilihan untuk sambutan hari jadinya adalah dengan mengunjungi KLPAC atau Istana Budaya ataupun panggung teater lain. Hanya dengan membayar tiket sebanyak RM50 atau lebih murah (jika tunjukkan kad pelajar), gadis ini boleh menyaksikan persembahan teater yang sedang berlangsung. Ia sangat berbaloi kerana boleh menonton persembahan mereka secara live.
Jadi pada hijabi di luar sana, jika terasa bosan melakukan sambutan yang sama setiap tahun, apa kata contohi apa yang gadis ini dilakukan. Bukan sahaja murah, tetapi juga berbaloi. Inilah yang dikatakan ‘me time’ lebih-lebih pada hari jadi anda. Tak rugi mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.