Selalu Pakai Lip Balm Juga Beri Keburukan Buat Bibir…
Menurut HealthEssentials, setiap produk kosmetik sememangnya diperbuat hasil campuran bahan kimia. Tetapi sebenarnya tidak disarankan untuk selalu oleskan di bibir anda kerana beberapa sebab, antaranya:
Ads
Bibir Semakin Kering
Sumber dari Canva
Sememangnya ia di cipta untuk mengatasi masalah bibir yang kering tetapi ia juga berupaya buatkan bibir anda menjadi semakin kering. Mengikut kajian juga, kandungan bahan kimia itu juga boleh membuatkan bibir iritasi dan mengering.
Jadi Semakin Pucat dan Tampak Tidak Segar
Sumber dari Canva
Bibir juga boleh menjadi kurang menarik kerana ia akan bertukar pucat. Bibir yang lembap buat seketika juga boleh bertukar tidak segar dan mengerikan.
Bagi pengguna lip balm, mereka sering mempunyai pemikiran jika tidak oleskan sedikit produk itu, bibir mereka akan mulai pecah dan merekah. Tahukah anda, kajian ada menunjukkan sensasi nyaman itu boleh meningkatkan risiko ketagihan.
Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang.
Bagi umat islam bersama kita amalkan ayat 7 mubin ini, berhajat dan berdoa kepada Allah agar virus korona-19 hapus dengan izinNya. Mintalah pada Allah SWT supaya kita sentiasa dilindungi dari mara bahaya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Mukjizat dan hikmah dari Al Quran mempunyai pelbagai, yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
Kali ini kita fokuskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa),Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut. Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Banyak kes sihir dan pukau yang sering terjadi pada masyarakat kita kini. Penyanyi tanah air, Tomok, berkongsi di sosial medianya berkenaan pekerjanya yang terkena pukau sehinggakan memberikan wang kepada seseorang individu.
Ramai yang takut apabila melihat sendiri video yang dimuat naik olehnya itu. Kehidupan sekarang tidak lagi aman dengan adanya anasir jahat menggunakan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan ‘mata kasar’.
Pukau merupakan satu jenis sihir yang membuatkan seseorang individu itu tidak sedarkan diri dan dibawah kawalan pemukau itu sendiri.
Baru-baru ini, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, 38, berkongsi di laman media sosialnya berkenaan masalah yang berlaku kepada pekerjanya semalam.
Memuat naik satu video CCTV, Tomok menunjukkan seorang pekerjanya seolah-olah di pukau oleh satu lelaki yang menyamar menjadi pelanggan. Pada video itu kelihatan lelaki agak bersahaja dan meminta baki wang kepada cashier.
Tomok menyatakan niatnya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa namun ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Dia pula baru sahaja menceburi dunia perniagaan dan perkara ini pula terjadi kepadanya.
“bukan nak aibkan sesiapa..tapi saya taknak perkara ini jadi kat orang lain..kena hati hati,
“semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di chatime setia city mall..orang tu datang,dia order air,lepas tu dia mintak terus duit baki,padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air.” tulisnya di kapsyen.
Kerugian sebanyak RM87 diambil begitu sahaja oleh individu tersebut. Keadaan itu juga seolah-olah senang sahaja berlaku dan dia mendakwa pekerjanya di pukau oleh lelaki tersebut.
“kalau korang boleh tengok kat video ni..dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat..so staff saya bagi la duit baki yg dia mintak dalam RM 87 ringgit,
“lepas tu dia terus hilang,tak tau ke mana..macam kena pukau pun yer jugak..saya baru je nak meniaga..senang-senang je dia datang ambik duit..RM 87 ringgit tu banyak,itu baru satu kedai..kalau 10 kedai dia pegi..hati hati tau guys.” ujarnya lagi.
Perkongsiannya ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai kegiatan jenayah ini yang mudah sahaja berlaku. Meski pun jumlah itu sedikit, individu tersebut boleh lakukannya kepada 10 buah kedai yang lain. Tomok berharap agar semua orang lebih berhati-hati.
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.