Tarikh keramat yang dinantikan Si Fashionista setiap tahun 11.11, pelbagai tawaran hebat berada di mana sahaja laman sesawang. Apa yang menariknya 11.11 ini masa untuk hijabi hilangkan kekusutan untuk bergaya.
Tambahkan koleksi pakaian dan item suai padan anda dengan pembelian menarik pada 11.11 ini. Apa yang menarik Hijabista ingin kongsikan pada 11.11 ini lebih dari jenama antarabangsa menawarkan diskaun hebat.
Peluang dapat hadiah percuma dengan setiap pembelian
ZALORA, destinasi fesyen dan gaya hidup dalam talian Asia berkongsi risalah ringkas mengenai beberapa tawaran besar dan hadiah percuma menjelang kempennya yang berlansung dari 1 hingga 14 November di tapak e-dagang. Pelbagai tawaran dan diskaun sehingga 80% untuk semua kategori termasuk pakaian, aksesori, kasut, sukan, kanak-kanak dan gaya hidup.
“Jualan ZALORA 11.11 ini, kami meraikan pelanggan kami dengan bekerjasama dengan jenama terbaik untuk menganjurkan acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Nikmati diskaun dan tawaran dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Anda pasti teruja dengan inisiatif tambahan yang melengkapkan acara seperti permainan dan hadiah pada platform strim langsung Z-Live baharu. Jualan ZALORA 11.11 menghubungkan anda dengan lebih banyak produk yang tulen dan berkualiti tinggi.
Ads
Pembelia tak membosankan
Penambahan diskaun ialah baucar bersaiz besar dan tawaran pulangan tunai yang akan memberi ganjaran lagi kepada pembeli semasa Jualan ZALORA 11.11. Pemburu tawar-menawar yang bijak juga akan bergembira dengan banyak hadiah yang berlaku sepanjang minggu kempen dengan bermain permainan di zalora.com serta mengikuti kemas kini secara dekat pada akaun media sosial ZALORA.
Ads
Jualan ZALORA 11.11 juga akan menganjurkan satu siri program strim langsung di Z-Live, di mana jenama menawarkan tawaran baucar kilat, hadiah eksklusif dan sorotan istimewa mengenai produk, seperti jenama terbaik seperti Laneige, Adidas, Vans, Converse, Puma dan banyak lagi boleh menggunakan kod baucar yang berlaku secara langsung di rancangan Z-Live.
Pelbagai program di musim jualan dengan pemberi pengaruh dan pelanggan sama-sama berkongsi barangan yang mesti dimiliki dan penampilan terpilih melalui platform media sosial ZALORA. Jualan ZALORA 11.11 berlangsung dari 1 hingga 14 November di aplikasi dan laman web ZALORA www.zalora.com.my.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini pernah viral apabila hubungan baik antara YB Nurul Izzah dengan Founder Duck Group, Datin Vivy Yusof disalah ertikan apabila terbabit dalam satu kempen ‘IAMHOMEGROWN’ untuk KLFW17 dianjurkan syarikat berkenaan. Namun bagi Vivy Yusof, hubungan beliau tiada kaitan dengan politik kerana memang sudah lama mengenali Nurul Izzah dan keluarganya.
Sebagai seorang ahli perniagaan, Vivy cuba bersikap natural dan tidak memihak pada mana-mana pihak. Siapa sekali kerajaan yang memimpin sekarang, Vivy akan tetap menyokong.
Beliau juga sebenarnya mempunyai hubungan baik bukan sahaja dengan YB Nurul Izzah sekeluarga, malahan anak orang ternama di luar sana.
Viral tentang gaya tudung YB Nurul Izzah yang terkenal dengan gaya tudung bawal, Hijabista sempat menanya sendiri “sekiranya beliau diberi peluang mengeluarkan tudung untuk Pakatan Harapan, adakah beliau akan menolak tawaran ini dan berapakah harga yang patut dijual pada umum?”
Pernah menerima tawaran sebegini dari satu pihak lain, berbalik pada prinsip Vivy sebagai usahawan wanita yang berjaya tidak melibatkan perniagaannya dengan isu politik.
Walaupun beliau juga turut mempunyai hubungan baik dalam perniagaan sehingga peringkat antarabangsa, tetapi tidak akan mengambil kesempatan untuk mempromosi dan membabitkan perniagaan dengan isu semasa.
Umum mengetahui Duckscarves baru sahaja melancarkan tudung Limited Edition koleksi raya ‘The Doily Duck’, minggu lalu. Malah sejak dilancarkan, telah berjaya menjual sebanyak 10 ribu helai tudung edisi terhad ini dalam masa 3 jam di laman sesawang rasmi. Dan kini Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ ini boleh didapati di butik fizikal di Suria KLCC dan Pavillion.
Inspirasi kenangan Vivy Yusuf bersama Tok Ma semasa bulan Ramadan dibawa berkongsi bersama melalui rekaan tudung yang bercorak doily paper dan hadir dengan 8 rona warna menarik yang dijual pada harga RM300 sehelai.
Beliau menyatakan amat berbangga menjadi anak Malaysia. Oleh sebab itu beliau cuba membawa kesinambungan dengan mengetengah gambaran KLCC, kueh traditional pada rekaan tudung Duckscarves terdahulu bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Malah sumbangan beliau pada industri fesyen juga adalah bagi memartabatkan Malaysia Vivy Yusof di mata luar. Wanita yang sedang mengandung anak ketiganya ini juga pernah di nobatkan sebagai ‘Young Entreprenuers Award’ sebagai pengasas Fashionvalet.
Isu ini bukan berlaku pada jenama Duck sahaja, malahan isu ini dianggap Worldwide Issue. Sedangkan jenama besar seperti Hermes, Gucci, Prada dan banyak lagi juga menjadi ribuan barangan tiruan inikan pula Duck Scarves.
Vivy yang akui walaupun banyak keluaran tiruan tetapi tidak memberi efek kepada perniagaan beliau. Namun apa yang digeruni adalah kepercayaan pelanggan setia akan berkurangan.
Duckscarves tiruan ini boleh dikenali dari segi kualiti fabrik. Beliau sendiri tidak menyokong barangan tiruan kerana tahu kepayahan mengeluarkan idea dan proses sesuatu produk yang berkualiti, bukan mudah. Justeru beliau menyeru kepada rakyat Malaysia dan seluruh peminat setia Duckscarves agar membeli tudung yang original.
Mengembangkan sayap dalam perniagaan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama dengan pihak seperti SME dan MISC, Vivy juga pernah mengeluarkan tudung koporat tetapi tidak pernah dijual untuk umum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup. Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.
Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.
Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.
Jom kita cuba buat masker kunyit ini!
Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ujian datang tidak mengira usia muda ataupun tua dalam pelbagai cara termasuk soal kesihatan. Malah menurut Dr Hamid Arshat perkongsian di laman sosial facebooknya, tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas anat membimbangkan. Dikatakan dalam kalangan mereka menghidap sakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol tinggi. Semua ini boleh menyumbang kepada berlakunya serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, berkemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan juga komplikasi kesihatan.
Namun begitu menurut beliau, selain berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan, turut disaran amalkan tabiat gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga.
Tahap Kesihatan orang-orang dewasa Malayasia, berumur 18 tahun ke atas amat membimbangkan; 30% mengidap penyakit darah tinggi, 17.5% mengidap penyakit kencing manis Dan 50% mengalami tahap cholesterol tinggi. Lebih kurang 15% dalam kaedaan prediabetic dan berpotensi mengidap diabetes dalam tempoh beberapa tahun jika tiada kawalan.
Mereka ini terdedah kepada serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyuk, kemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan lain-lain komplikasi Kesihatan.
Bila umor meningkat 60 tahun satu dari 4 orang akan diancam penyakit kanser dan dalam umor 70 tahun keatas 10 – 15% akan dilanda nyanyok dan alzheimer.
Pada keseluruhan tahap kesihatan penduduk malaysia semakin meningkat; jangka hayat 75 tahun, 72 tahun untuk orang lelaki dan 77 tahun bagi wanita Malaysia.
Sambil kita berdoa setiap hari untuk mohon sihat serta kuat tubuh badan dan akal fikiran, kita perlu mengawal diri dengan mengamalkan tabiat-tabiat hidup sihat.
Segala fungsi-fungsi tubuh dikawal olih otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala-galanya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.
Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.
Orang-orang yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha’Allah akan lanjut usia.
Stres merupakan satu penyebab utama bagi berbagai-bagai penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stres jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.
Bila stres, hormon steroids meningkat dan saluran darah kuncup. Jika berterusan boleh merosakkan organ-organ terpenting saperti jantung, otak dan buah pinggang.
Ada bermacam-macam kaedah untuk mengawal stress, termasuk solat, puasa, baca quran, zikirullah, selawat, exercise, deep breathing exercises, yoga, Tai chi Dan lain-lain. Kita pilih yang mana sesuai untuk diri kita dan amalkan setiap hari.
Exercise yang paling mudah dilakukan ialah ‘deep breathing exercise’ , sambil duduk sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam yang bolih dan lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut. Ulang pernafasan selama 5 minit dan ulang exercise di mana-mana tempat bila berasa keletihan dan mental tertekan.
Amalkan berzikir dan selawat bila memandu kereta dan bila-bila masa lapang.
Walau pun menghadapi provokasi, cuba tahan marah, jangan simpan dendam.
Bila timbul perbalahan, pertengkaran, isteri berleter atau konflik tinggalkan tempat tersebut. Banyak beristighfar.
Bila ditimpa musibah, banyak bersabar, jangan terlalu sedih dan hampa menghadapi qada’ dan qadar Allah SWT.
Kenbanyakkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan makanan yang seimbang, bekhasiat dan berzat. Mereka terlebih makan gula dan manisan, karbohaidret dari makanan-makanan segera, junk foods, makanan-makanan diperoses , diawet dan dimaniskan. Kurangkan atau jauhi makanan-makanan tersebut.
Lebihkan makanan-makanan yang mentah dan segar; buahan-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulam dan sumber-sumber protein, daging, ayam, ikan-ikan dan makanan laut yang segar tanpa diperoses. Sepatutnya 70% daripada diet kita terdiri makanan-maknanan mentah dan segar.
Ulam raja dikatakan berkesan sebagai anti kanser. Peria boleh kawal kolestrol dan gula dalam darah.
Kurangkan makanan-makanan digoreng dan berlemak santan, susu atau lain-lain. Makanan-makanan yang distim atau diebus dan dicampur dengan ramuan-ramuan halia, kunyit, bawang putih dan merah adalah lebih berkhasiat.
Amalkan jus buah-buahan segar dari lemon, limau nipis, apel, carrot, jambu, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Jus-jus tersebut menjadi sumber vitamin, logam, anti oksidan dan serat.
Makanan sampingan : Bila lapar sebelum waktu makan, amalkan makan kacang badam, walnut, peanuts, gajus; biji-biji labu, sunflower, kismis, keroma, apricot dan cranberry kering. Semua boleh dibeli dari kedai arab.
Bersenam mudah diucapkan tapi sukar dilakukan. Jangan tangguh, terus lakukan setiap hari.
Hanya 30% penduduk Malaysia pernah bersenam buat dan hanya 14% yang betul-betul bersenam secara berkesan.
Paling mudah ialah berjalan kaki selama 30 minit khususnya lepas makan atau lepas solat subuh.
Bersenam dengan treadmill, angkat berat atau basikal spin lebih intensif dan berkesan.
Faedah bersenam ialah membakar lemak, mengawal gula dalam darah serta menguatkan otot-otot dan organ-organ.
Ia juga mengawal hormon steroids; mengeluarkan endorphins dalam otak yang memberi rasa tenang dan ceria.
Di peringkat dalaman sel-sel , senaman menjadikan telomere dalam DNA menjadi lebih panjang dan seterusnya meningkatkan kesihatan.
Saya berkebun di sekitar kawasan rumah untuk menggantikan senaman harian dan untuk tanam herba, ulam-ulam dan sayur-sayuran.
Vitamin-vitamin dan logam-logam adalah sangat penting bagi pembinaan dan pertumbuhan sel-sel, dan tisu. Percambahan sel-sel sangat penting untuk peroses baik pulih tisu-tisu dan organ-organ yang sentiasa terancam oleh trauma, serangan kuman-kuman dan pelbagai racun.
Seringkali pemakanan harian kita tidak mengandungi zat-zat dan vitamin yang cukup dan seimbang. Ada kala pula usus kita tidak dapat menyerap sepenuhnya vitamin-vitamin dan logam-logam. Kekurangan vitamin dan logam mengakibatkan berbagai penyakit dan kerosakkan tisu dan organ-organ terpenting.
Saya dan isteri mengamalkan makan multivitamin jenama obimin, calcium, fish oil dan vitamin C setiap hari sejak berpuluh tahun.
Bila kita keluar negara seperti pergi umrah kita makan lebih vitamin C sampai satu gram sehari. Alhamdulillah jarang diserang kuman virus.
Saya juga mengambil suplemen yang mengandungi resveraterol dan antioksidan lain dari biji anggur. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kerosakkan sel-sel dan tisu-tisu jantung dan otak.
Malaysia punyai jumlah tertinggi penduduk yang terlalu gemuk (obesity) , 13.3 % dan yang sederhana gemuk (overweight) 38.5%.
Kegemukan menimbulkan bermacam-macam penyakit termasuk diabetes, darah tinggi, sakit jantung, serta ketidak suburan dan gangguan haid di kalangan wanita.
Menang mudah naik berat badan khususnya selepas kahwin, tapi berbagai usaha menurunkan berat badan sering gagal.
Tiada punca lain bagi kegemukan melainkan makan berlebihan khususnya makanan-makanan karbohidrat dan manisan. Tapi orang-orang gemuk menafikan hakikat ini (denial).
Kawal dan kurangkan amoun makan, gantikan karbohaidret dengan sayur-sayuran dan lauk-laun protein.
Lakukan senaman untuk bakar lemak dan kuruskan badan.
Ada suplemen untuk kurus tetapi tidak boleh bergantung terlalu lama pada ubat-ubat tersebut.
Sebaiknya seseorang tidur selama 5 – 7 jam dalam sehari semalam. Badan perlu rehat untuk proses baik pulih sel-sel dan tisu-tisu dan organ-organ.
Saya amalkan tidur awal jam 10.00 malam dan bangun jam 5.00 pagi untuk solat tahajud diikuti solat subuh berjemaah di masjid.
Alhamdulillah dalam umur 73 tahun Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan untuk terus memberi khidmat perubatan kepada yang memerlukan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.