Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu kebaikan dan pahala ditawarkan di dalam bulan ini. Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah? Wanita yang datang haid dan uzur yang lain di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama-sama dapat meraih pahala.
Di dalam Islam wanita yang datang haid, tidak ada batasan untuk menambah pahala walaupun di bulan Ramadan. Bersedekah, Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
IKLAN
Antara adab – adab bersedekah adalah:
Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)
Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)
Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)
Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil
Tidak mengungkit -ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)
Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih
Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)
Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
IKLAN
IKLAN
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Sekiranya bulan ini permulaan untuk buat kebaikaan maka cubalah untuk bersedekah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Inovasi pembersih wajah selembut air dari yang mampu hapus 99% solekan ringan dan solekan waterproof hingga tak bersisa. Ramai yang tak sedar micellar cleansing water ini bagai air magis yang membersihkan wajah dari solekan.
Micellar Water dibuat dari micelles, iaitu molekul kecil cleansing oil yang dicampur dalam air. Bentuknya nampak seperti air biasa, namun saat anda menyentuhnya dengan jari, anda akan merasakan tekstur yang berbeza. Micellar water ini mampu menyahkan kotoran dan sebum berlebih tanpa membuat kulit menjadi kering. Micellar water dipercaya dapat digunakan sebagai pembersih wajah, make up remover dan pelembap sekaligus.
Efektif Dan Efisien Micellar Water?
Tidak seperti remover wipe pada umumnya, micellar water direka untuk menyapu bersih sisa kotoran dan solekan dengan bersih. Micellar water ini tidak mengandung alkohol.
Kini terdapat banyak jenama mengeluarkan micellar water sebagai rangkaian produk kecantikan. micellar water sebagai produk kecantikan yang wajib dibawa kemana sahaja dan ini senarai micellar water terbaik di pasaran.
1. Garnier Micellar Cleansing Water Biru
Untuk jenis kulit berminyak dan berjerawat
Sebagai salah satu brand perawatan wajah yang menjadi pilihan hijabi, Garnier juga menawarkan produk cleansing water-nya. Menggunakan cleansing water ini terasa seperti membilas wajah dengan air kerana tidak meninggalkan kesan berat di wajah. Produk ini taidak mempunyai bahan alkohol dan wangian.
Formula dalam produk ini mampu menanggalkan kotoran dan mengawal minyak di wajah, sesuai digunakan untuk hijabis yang memiliki jenis kulit berminyak dan berjerawat. Selain itu, cleansing water dari Garnier ini juga sudah teruji secara dermatologi sehingga sesuai untuk kegunaan harian.
2. Wardah Nature Daily Seaweed Cleansing Micellar Water
Kandungan di dalamnya mampu meremajakan kulit!
Cleansing water keluaran Wardah ini menjadikan wajah bersih dan segar tanpa meninggalkan rasa meleket. Pilihan tepat bagi hijabis yang ingin mendapatkan produk berkuali dengan harga terjangkau. Kandungan minyak zaitun sebagai bahan utama formula bio cleansing aktifnya tidak hanya berfungsi membersihkan, tetapi juga melembapkan.
Kandungan ini juga berfungsi sebagai antioksidan yang akan mengangkat sel-sel kulit mati. Sementara itu, ekstrak rumput laut dan ekstrak mentimun mampu meremajakan kulit sekaligus membantu menghilangkan noda bekas jerawat di wajah. Cleansing water ini sesuai untuk hijabis yang memiliki masalah dengan bintik dan flek hitam di wajah.
3. Innisfree Green Tea Cleansing Water
Ekstrak daun green tea organik menjadikan kulit selalu lembap, lembut, dan anjal. Cleansing water ini diperkaya dengan khasiat dari daun green tea dan daun Jeju green tea organik yang kaya asam amino dan mineral. Bahan-bahan tersebut berfungsi membersihkan dan menghidrasi kulit wajah sehingga membuatnya tetap segar. Jeju green tea organik yang dipakai sebagai formula dalam produk ini ditanam dan dirawat secara khusus untuk mendapatkan khasiat terbaik.
Ekstrak daun green tea organik akan memberi kelembapan serta membuat kulit menjadi lembut dan anjal sesuai digunakan untuk jenis kulit kering. Tidak hanya membersihkan solekan tipis, produk ini juga boleh membersihkan riasan solekan yang tebal seperti foundation atau BB cream.
4. Maybelline Micellar Water
Teknologi 4-in-1 dalam satu produk!
Siapa yang tak kenal brand satu ini? Maybelline adalah salah satu brand kosmetik yang popular baik di Malaysia mahupun di negara lain. Produk cleansing water ini mampu membersihkan wajah secara lembut dengan bahan asas air. Dengan teknologi 4-in-1, produk ini mampu mengeyahkan solekan, membersihkan wajah, memperkecil pori-pori, dan melembapkan kulit wajah.
Tanpa kandungan minyak, alkohol, dan parfum, produk ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Kandungan surfaktan dari produk ini berupa cocoamphodiacetate yang merupakan surfaktan sintetis dari minyak kelapa. Melalui ujikaji ophthalmology, produk ini dinyatakan boleh digunakan di sekitar mata dan tidak akan menimbulkan iritasi. Maybelline Micellar Water sesuai untuk hijabis yang menggunakan pembayang mata yang tebal pada solekan.
5. Hada Labo 3-IN-1 Miccelar Cleansing Water
Membersihkan solekan dengan segera, mengunci penghidratan & melindungi kulit daripada pencemaran.
Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water yang baharu ini dirumuskan dengan Teknologi Pembersih Micellar Tinggi yang cepat larut dan menghilangkan solekan kalis air, minyak yang berlebihan dan kotoran pada kulit. Selain itu, ia bergabung dengan Hyaluronic Acid (HA) dan HA penyerap yang berfungsi serentak untuk mengunci molekul air ke sel-sel kulit bagi memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan tidak terasa ketat sepanjang masa. Bukan sahaja kulit berasa bersih tetapi juga lembut dan licin.
Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water adalah bebas daripada 7 perengsa – wangian, pewarna, alkohol, minyak mineral, paraben, Methylisothiazolinone (MIT) dan silikon. Lembut pada kulit, ia sesuai walaupun untuk kulit sensitif. Dengan kerengsaan yang rendah, ia sesuai digunakan di sekitar kawasan mata dan bibir. Pam jumlah yang sesuai ke pad kapas dan sapu perlahan-lahan untuk menanggalkan kesan solekan hanya dalam beberapa saat. Tidak perlu dibilas.
6. Keihl’s Herbal Infused Micellar Cleansing Water
Campuran Herba dan Essential Oil menyahkan solekan degil dengan penghidrasi 24 jam.
Membersihkan kulit dan hidrat dengan micellar water yang sangat lembut. Air herba yang berkuasa ini menggunakan teknologi micellar untuk menghapuskan solekan, kotoran dan minyak secara berkesan dengan pad kapas. Selain pembersihan, micellar water berkhasiat kami memberi manfaat kepada kulit dengan penghidrasi 24 jam. Dirumuskan dengan Thyme Essential Oil dan Lemon Balm Floral Water, micellar water ini diformulasikan dengan 99.8% bahan semulajadi yang diperolehi. * Dengan aroma herba segar, air mellell all-in-one ini meninggalkan kulit dibersihkan, lembut dan segar.
7. Caudalie’ Micellar Cleansing Water
Campuran aroma segar dan daun-daun herba Membersih dan menenangkan kulit sepanjang hari.
Rahsia Perancis yang sebenar, air Caudalie Micellar perlahan-lahan membersihkan dan menghilangkan solekan dari mata dan muka dalam satu langkah. Formula terdiri daripada micellar water yang menghilangkan kekotoran yang terperangkap dalam kulit (sebum, pencemaran, minyak & solekan). Membersihkan dan menenangkan kulit bersih & lembut. Bauan wangi dengan aroma segar jeruk dan limau bunga, tembikai dan daun pudina. Gunakan pada pagi dan petang di seluruh muka dan mata, dengan pad kapas. Tidak perlu bilas. Hypo-allergenic & non-irritating. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Tip Penggunaan
Pada dasarnya, setelah menggunakan cleansing water anda tidak perlu membilasnya. Namun, jika merasa zat aktif atau minyak yang tertinggal di wajah terlalu berlebihan, anda perlu membilasnya dengan air sedikit demi sedikit sama seperti ketika menggunakan pembersih jenis foam, krim, atau gel. Manfaat lain dalam menggunakan produk cleansing water adalah mengurangi jumlah gosokan yang biasanya dilakukan dengan sabun pembersih wajah.
Ketika menggunakan cleansing water buat pertama kali, sebaiknya anda memeriksa jenis kulit terlebih dahulu. Sekiranyang memiliki jenis kulit sensitif, hijabista sarankan untuk tetap menggunakan produk pembersih jenis lain sebelum menggunakan cleansing water. Kemudian, dapat mengurangi penggunaan produk pembersih jenis lain secara berperingkat sehingga sesuai menggunakan cleansing water sahaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memiliki kulit yang kusam bukan sahaja membuatkan anda nampak lebih berusia dari umur sebenar anda, malah ia juga menghilangkan aura seri wajah. Kesannya, wajah anda nampak tidak bermaya dan pucat!
Justeru, Hijabista berkesempatan menemui pelakon jelita, Yana Samsudin untuk bertanyakan apakah amalan yang dilakukan Yana, agar kulit wajahnya sentiasa kelihatan ‘glowing’ dan berseri.
Jelas Yana, selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, dia mengelakkan diri daripada melakukan satu perkara ini!
Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya Hijabi kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Tambahnya, fungsi solekan sememangnya bertujuan untuk menaikkan seri wajah, tetapi jika kerapkali dilakukan seri wajah akan hilang jika anda tidak lagi ‘rajin’ untuk mengenakan solekan.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Jangan Buat Perkara Ini Kalau Tak Nak Muka kelihatan ‘Dull’ – Yana Samsudin
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Hijabi jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Yana tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen.
Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan!
Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter.
“Macam muntah kucing…”
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @mijiiiiiiiiitersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.
Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.
Resepi ayam buttermilk yang sedap
Sumber gambar dari Google
Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Bahan-bahan lain:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Cara Penyediaannya:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.