Setiap wanita pasti mempunyai cabaran dan pengalaman yang tersendiri sewaktu sedang hamil. Ada yang mengidam macam-macam, alami mual serta loya dan macam-macam lagi.
Bagi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah, pengalamannya mengandung anak kedua kali ini adalah berbeza seperti yang sebelumnya. Jika dahulu dia sering muntah, namun kali ini dia hanya merasa mual angin sahaja.
“Pregnancy kali ini beza betul. Memang betullah orang ckp, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kali ini tak ada muntah, just mual angin.
Dulu rasa nak melawa je…
Ads
“Cuma selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat. Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa.
“Kali ini rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
Ads
Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana. Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah.
Ads
“Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia. Dah macam-macam ragam. Doakan semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” coretnya di instagram.
Sempena musim konvokesyen menyaksikan pelbagai foto dimuat turun graduan saat serta momen terindah ketika menerima ijazah masing-masing. Pelbagai gaya dirakam bersama teman-teman meraikan kejayaan setelah berhempas pulas menamatkan pengajian.
Kegembiraan menerima ijazah oleh graduan ini juga turut dirasai oleh seorang hijabi Orang Kelainan Upaya (OKU), Nurain HairulHaizureen yang turut hadir di majlis konvokesyen dua hari lalu. Dia yang cacat penglihatan merupakan graduan Diploma Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat.
Ketika ditanya bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan keadaan serba kekurangan, Nurain menjelaskan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan bantuan dan sokongan berterusan yang diberikan oleh para pensyarah dan rakan-rakan.
Nurain yang mengalami cacat penglihatan sejak lahir lagi bersyukur hari ini dia berpeluang untuk naik ke pentas menerima diploma ketika berusia 21 tahun.
Ternyata posting yang dimuat turun di page facebook Unversiti Tun Hussein On Malaysia ini sempena Istiadat Konvokesyen ke 18 turut menarik perhatian netizen.
Netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Nurain HairulHaizureen yang tidak pernah berputus asa walaupun serba kekurangan demi untuk mendapatkan segulung ijazah.
Semangat gadis manis ini boleh dijadikan inspirasi buat hijabi di luar sana untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan tiada yang mustahil.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga apa jua urusan yang dilakukan oleh Nurain selepas ini dipermudahkan Tuhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehangatan bau rempah, kesegaran pudina yang mengujakan, aroma kopi baru dibru dan coklat panas yang menggoda, semerbak harum bau kek dan pastri yang baru dibakar… Apakah yang lebih menyenangkan hati daripada semua sajian ini dengan secawan kopi panas di tangan anda?
Apa sahaja hidangan yang enak, memang lebih seronok dinikmati bersama insan tersayang. Selepas lebih setahun terkurung di rumah dengan hanya bertemankan kaca layar, memang terasa seperti impian percutian menjadi kenyataan apabila membayangkan peluang meraikan musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil merasai kelazatan makanan dan minuman yang menyelerakan!
Pada tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® bertekad untuk memberikan anda lebih banyak sebab untuk meraikannya, dengan kembalinya barisan minuman klasik Double Chocolate Peppermint yang boleh dinikmati sebagai minuman panas, sejuk atau Ice Blended®, dan sajian istimewa Holiday Log dan Stollen, antara yang ditawarkan.
“Dalam sajian klasik ini, ada sesuatu yang menenangkan hati dan meyakinkan semangat, sama ada wajah yang dirindui atau hidangan yang digemari ramai. Apatah lagi, di The Coffee Bean & Tea Leaf®, kami percaya bahawa setiap minuman mempunyai kisah sendiri, kisah yang anda kongsikan ketika menikmati minuman kegemaran yang akan mengeratkan lagi perhubungan – inilah perkara-perkara kecil tetapi sangat bererti, dan kami berharap anda memanfaatkan setiap peluang untuk berhubung semula dengan insan tersayang selepas berbulan-bulan terpisah,” kata Fiona Rodrigues, Ketua Jualan & Pemasaran, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Sambil kami mengalu-alukan kembalinya minuman klasik ini, marilah kita raikan musim ini selayaknya, dengan mencipta detik-detik dan kenangan istimewa yang akan dihargai bertahun-tahun lamanya.”
Akhir sekali, musim perayaan tidak akan lengkap tanpa peluang untuk membantu orang lain. Anda boleh membantu menjadikan musim perayaan ini istimewa bagi golongan yang memerlukan dengan Tag Hadiah Caring Cup yang direka eksklusif untuk memberi sokongan kepada Assunta Integrated Social Services (ASSISS). Program bantuan anjuran Hospital Assunta ini menawarkan penjagaan kesihatan percuma untuk golongan miskin melalui klinik bergeraknya. Dengan setiap pembelian tag hadiah (berharga RM2 setiap satu, RM8 satu set), sumbangan anda akan membantu dalam penubuhan klinik bergerak baharu supaya lebih ramai dapat menerima penjagaan yang diperlukan.
Untuk keterangan lanjut, kunjungi akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY atau akaun Tiktok @coffeebeanMY, atau laman web www.coffeebean.com.my untuk menu penuh, selain beberapa tawaran hebat dan promosi ‘Holiday Bundle’. Nikmati sajian kegemaran anda di semua cawangan CB&TL yang beroperasi, anda boleh mengambilnya sendiri menggunakan platform pungutan ‘Leaf With Me’, atau dihantar ke rumah oleh penghantar Grabfood dan Foodpanda.
Pstt.. psttt… anda teringin nak menang hadiah bernilai RM96.90 daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®️? Jawab je soalan mudah di bawah ini. Senang-senang je boleh dapat minuman dan makanan percuma yang lazat daripada The Coffee Bean & Tea Leaf®️!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam merupakan detik paling bersejarah buat rakyat Malaysia apabila dapat sama-sama menyaksikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.
Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.
Jika selama ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilihat sangat dekat di hati rakyat. Apatah lagi sikap baginda yang begitu mesra di laman sosial memberitahu segala aktiviti terkini yang dilakukannya.
Namun siapa sebenarnya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah yang bukan saja cantik, tetapi sangat mesra, peramah, baik, hati, pandai memasak dan sangat mengambil berat perihal rakyat jelata.
Hijabista senaraikan 10 perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
1. Baginda diputerikan pada hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bharu, Johor. Merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
2. Berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada Mac 1986. Dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.
3. Diuji mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali keguguran. Namun baginda berusaha menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil. Hal ini memberi inspirasi kepada baginda untuk mengasaskan Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) dan dibangunkan pada Mac 2005 serta berjaya membantu ramai pasangan mendapat cahaya mata.
4. Tiga perkara menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini adalah cantik, Intelligent da pandai masak. Reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong ketika ditanya soalan dalam temubual Editor Eksklusif, Astro Awani, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng.
5. Baginda dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan adik beradik. Tunku Azizah ada muat turun mengenainya di laman twitter miliknya dengan memperlihatkan foto ketika baginda berdua masih kecil. Sangat comel.
6. Siapa sangka setelah 16 tahun, baginda berdua melalui detik bersejarah apabila ditabal menjadi Raja dan Permaisuri Agong yang seterusnya. Dalam kapsyen di laman twitter baginda, Tunku Azizah menulis ‘semoga diberkati Allah SWT’.
7. Baru menerima cucu ketiga baru-baru ini apabila Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan seorang putera. Status ini turut dimuat naik di laman twitter baginda.
8. Giat memperjuangkan Kain Tenun Diraja Pahang dan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan memakainya sebagai persalinan baginda. Istimewanya Kain Tenun ini diilhamkan baginda sendiri dan bertambah unik serta istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan membabitkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.
9. Baginda juga sangat merendah diri terutama ketika ‘balik kampung’. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dimuat naik dalam laman twitter milik baginda. Malah kehadiran baginda berdua juga sangat disenangi rakyat.
10. Baginda juga dilihat mempunyai hubungan baik dengan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Malah dilihat baginda turut mencemar duli memasak di kediamannya dengan menyediakan lima jenis hidangan dalam masa satu setengah jam.