
Tak nafikan ketika ini kita perlu berhati-hati kerana jumlah angka jangkitan Covid-19 kian meningkat. Apa yang boleh kita lakukan, keluar rumah bila ada perkara penting sahaja. Jika tidak, lebih baik duduk diam-diam di rumah.
Berikut perkongsian Syafiq Shukri
“PREVENTION IS BETTER THAN CURE” Beribu orang akan guna Bank & Stesen Minyak setiap hari.
Amalkan Hand Sanitizer sebelum & selepas pakai glove.
p/s : Corona Virus hanya merebak melalui sentuhan
Abg skang mmg ON mood ‘Paranoid’ sebab hakak korg tgh mengandung 8 bulan ni.. Doakan kami semua selamat ya.. Take care gais‼️
Note : Ramai tanya kenapa pegang duit guna tangan kosong??
>>> Sebab aku dah pegang pintu bank, keyboard atm & screen atm guna tangan glove.. jadi selepas selesai semua boleh cuci dan sanitized tangan serta duit ya..
Sumber kredit: Syafiq Shukri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Syeriv Hari-Hari Cium Perut’- Alami Keguguran, Syatilla Melvin Reda Ketentuan Ilahi

Perasaan sedih menyelubungi diri pelakon, Syatilla Melvin apabila dia memaklumkan bahawa baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungannya itu berusia lapan minggu.
Luah Syatilla atu lebih mesra disapa Tilla, dia dan suami, Shaheizy Sam sedih dengan keadaan ini namun akur dengan ketentuan Ilahi.
“Tilla mengandung anak ketiga tapi tiada rezeki untuk anak ini kerana keadaannya tidak berkembang dan tidak sempurna. Dia masih ada di dalam kandungan dan Tilla sedang menunggu untuknya keluar secara semula jadi. Jika tidak, terpaksalah lakukan proses dilation and curettage (DNC),” katanya.
Jelas Tilla, anak sulungnya iaitu Syeriv Samheizy juga sudah begitu teruja menantikan kelahiran adiknya ini dan saban hari tidak jemu mencium perutnya.
“Sebenarnya Tilla baru berniat untuk berpuasa penuh tapi mungkin tidak dapatlah pada kali ini. Sepatutnya kelmarin Tilla buat check up untuk dengar degupan jantung dan perkembangannya tapi bila doktor periksa dia kata memang tak jadi.
“Pada awalnya Tilla memang tidak merancang kandungan ini tapi bila dapat tahu hamil semestinya kami semua gembira. Syeriv pun hari-hari cium perut Tilla. Tapi bila dapat tahu mengenai perkara ini sedih jugaklah sebab baru sahaja rasa seronok dan bersedia untuk menantikan kelahiran ini Namun, tiada rezeki dan ini sebenarnya ada keguguran Tilla yang ketiga,” tambah Tilla,30.
Terdahulu, pengasas produk kosmetik Kekasih ini telah bernikah bersama Shaheizy Sam pada tahun 2016. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy,4, dan Sarima Samheizy,2.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dato Sri Siti Nurhaliza Sepentas Bersama Penerbit Terkenal David Foster

Penyanyi popular Malaysia Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi akan berkongsi pentas dengan penerbit muzik terkenal dan penulis lagu David Foster pada konsert eksklusif Hitman: David Foster And Friends Asia Tour 2023, yang diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di Kuala Lumpur akan diadakan pada 7 Ogos.
Konsert yang menampilkan tokoh-tokoh hebat antarabangsa lain seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee itu dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin).
Artikel Berkaitan : “Satu Pengalaman Baru Dan Saya Akui Gementar Dato Sri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Filem Anwar!
Sebagai satu-satunya artis Malaysia yang membuat persembahan dengan mahir muzik pop, Siti Nurhaliza berkata dia berazam untuk melakukan yang terbaik.
“Kali pertama saya berkolaborasi dengan David Foster dalam persembahan eksklusif adalah sembilan tahun lalu…saya kemudian dijemput untuk membuat persembahan bersama-sama dengannya beberapa kali di Indonesia, tetapi ia tidak dimaksudkan.
“Saya bersyukur dan berasa bertuah serta percaya inilah platform terbaik untuk menunjukkan bakat saya…dengan kemunculan ramai penyanyi muda yang bagus dan berbakat, pihak pengurusan David tetap memilih saya,” katanya pada sidang media yang diadakan sempena dengan konsert itu, di Kuala Lumpur pada Rabu (7 Jun)
Organisasi konsert eksklusif David Foster and Friends dijangka menerima sambutan luar biasa daripada peminat tempatan dan antarabangsa apabila ia berlangsung pada 7 Ogos 2023 (Isnin) di Mega Star Arena Kuala Lumpur buat pertama kali dalam beberapa bulan.
Persembahan istimewa dan eksklusif penyanyi nombor 1 negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkolaborasi dengan David Foster dijangka bakal beraksi di Mega Star Arena.
Turut bersama Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine Hope McPhee dan Loren Allred adalah rakan-rakan David Foster, yang juga akan mengiringi pemuzik terkenal David Foster di konsertnya.
Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Kasih PRIHATIN untuk tujuan pendidikan dan faedah kepada pelajar di Menara Gading yang tidak mampu membayar dalam kategori Asnaf dan B40.
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) ialah sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik ke arah kehidupan yang lebih baik, merangkumi tiga bidang tumpuan utama: Pendidikan, Kepimpinan dan Keusahawanan.
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) juga merupakan pendokong utama dalam menyokong kerajaan dalam melaksanakan program kemasyarakatan di seluruh pelusuk negara bagi menyalurkan bantuan secara telus dan sistematik.
Sementara itu, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN berkata: “Pementasan konsert David Foster & Friends, termasuk persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akan memberi manfaat kepada anak-anak Madani Malaysia di Menara Gading yang paling kurang dalam dapat menghadiri kumpulan Asnaf.”
Tiket berharga RM288, RM688, RM788 dan RM988 dan boleh dibeli di www.myticket.asia.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempurnakan Bulan Ramadan, Elak 17 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan.

Isi Kandungan
ToggleBulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya. Bulan penuh keberkatan, lalu bagaimana caranya kita harus sempurnakan bulan ini.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih.
Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
Berbuka dengan merokok atau selain makan minum.
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa.
Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak berjemaah solat 5 waktu
Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak Subuh berjemaah.
Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI