Prinsip asas jenama FashionValet (FV) adalah berkomited untuk memberikan kembali kepada masyarakat. Bersempena dengan ulang tahun ke-10 FV, jenama itu akan menyumbangkan RM100,000 kepada dana IMAM Response & Relief Team (IMARET) bagi pihak pekerjanya untuk menyertai usaha memerangi wabak COVID-19.
Menjelang ulang tahun ke-10 mereka, FV telah memperjuangkan pelbagai inisiatif khalayak ramai dan berjaya mengumpulkan lebih dari RM2 juta dalam 6 bulan terakhir.
Pada bulan Ramadan 2020, FV membuat bazar dalam talian yang disebut FVBazaar di mana ia berjaya menghubungkan lebih daripada 5,000 penjual dan pelanggan makanan tempatan. Inisiatif ini dijalankan dari April hingga Jun 2020 dimana semua pesanan dibuat secara langsung antara vendor dan pelanggan, manakala FV bertindak sebagai laman interaktif tanpa komisen dikenakan kepada vendor.
Ads
“Ketika pertama kali bermula 10 tahun yang lalu, kami harus melakukan semuanya sendiri. Dari pengambilan stok, kemas barang, mengurus perkhidmatan pelanggan dan menjalankan perniagaan! Kami mempunyai pasukan yang sangat kecil pada masa itu, dengan hanya 3 orang, dan hari ini saya dengan bangga berkongsi bahawa kami mempunyai lebih dari 180 pekerja yang menjadi sebahagian penting dalam perkembangan syarikat.
“Memasuki dekad baharu, kami komited untuk mendorong lebih banyak nilai untuk pelanggan kami dan kami mempunyai harapan untuk terus mengembangkan platform dan kehadiran kami di ruang fesyen yang sederhana di seluruh dunia.
Ads
“Kami akan secara aktif menerapkan langkah-langkah kelestarian di semua operasi kami dan ke dalam produk dan pembungkusan yang kami tawarkan dan terus mencari teknologi terkini untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan.
Ads
“Sebagai contoh, kotak ungu dUCk kami dibuat dari 100% bahan kitar semula dan dicetak dengan dakwat berasaskan soya dan kami mempunyai kotak pos ungu di kedai KLCC kami untuk mendorong pelanggan mengitar semula kotak mereka. Kami juga sedang berusaha untuk membuat semua kotak FV kami dengan bahan yang boleh dikitar semula. Poly mailer yang kami guna boleh terbiodegradasi seperti tisu yang digunakan.
Walaupun tahun 2020 telah menjadi tahun yang mencabar, kami tidak akan berada di sini hari ini tanpa sokongan daripada pelanggan, rakan kongsi dan pekerja kami, kami yakin bahawa kami hanya dapat bergerak ke atas dari sini. Jadi, terima kasih. ” jelas Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bergelar selebriti terkenal, pastinya setiap aktiviti dan gerak geri kita menjadi tumpuan ramai. Walaupun sering diasak dengan gosip dan kontroversi, namun Neelofa tetap kekal tenang menghadapinya dan tidak mudah melatah.
Sedang mengerjakan umrah, adiknya yang tercinta iaitu Athisha Khan berkongsi di twitter mengenai keperibadian baik kakaknya itu yang ramai orang tidak sedar selain berasa beruntung dikurniakan kakak seperti Neelofa.
“Apa yang orang tidak nampak atau memilih untuk tidak melihat. Pembantu peribadi Kak Neelofa yang memuat naik ini. Dia mempunyai hati yang sangat mulia, ya Allah. Saya tahu mungkin sesetengah orang sukar menerima ini tapi saya hanya begitu bangga menjadi adiknya.”
Masyaallah. Cantik sekali akhlaknya seperti wajahnya. Moga Neelofa dikurniakan umrah yang mabrur dan terus berada dalam rahmat Allah. Amin.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY
Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.
Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.
Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan idaman. Lebih-lebih lagi mahu mengekang hawa nafsu melihat makanan yang serba melazatkan. Godaan melawan hawa nafsu (pada makanan) itu perlu ditentang sebelum beralih kepada perkara lain.
Namun tidak ada yang mustahil. Bagi lelaki ini berkat usaha dan disiplin berterusan siapa sangka Ahmad Zulzaidi Zulkarnain berjaya mengurangkan berat badannya dari 97 kg kepada 60 kg. Lenyap 37 kg hanya dalam masa 6 bulan. April ini genap 3 tahun dia mengamalkan diet kalori.
Terkejut melihat perbezaannya dulu dan sekarang, dia memesan bagi mereka yang mengurangkan brat badan apa yang paling penting adalah kena jaga pemakanan. Baginya senaman itu adalah perkara kedua. Kena jaga mental dan fizikal dan paling penting sekali adalah disiplin. Hasilnya penampilannya kini jadi lebih menarik dan berkeyakinan.
Dia berkongsi 21 tip diet yang diambil melalui perkongsian page Kelab Diet Kalori Malaysia. Bagi yang sedang berusaha untuk mendapat berat badan idaman, boleh ikuti langkah yang disarankan.
Assalamualaikum!
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt.
1.4.2015-1.4.2018, genap 3 tahun saya mengamalkan diet kalori. Pelbagai halangan, rintangan serta perlian yang saya terima sepanjang saya berdiet sebelum saya berjaya turunkan berat badan dari 97kg ke 60kg dan buang 37kg dalam masa 6 bulan. Disini saya ingin kongsikan khas buat warga KDK tips dan cara saya berdiet. Semoga bermanfaat
Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan.
1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yg terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita bole bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu. kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, xyah la nk berkira sgt dgn 0.23L tu
6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau bole elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.
7. Ramai org diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia tak boleh tinggalkan nasi . So nasi sy makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebi sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal. So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT
8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yg hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun da 154 kcal.
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tp jgn dibantai bihun goreng pulak . bihun sup ye atau tom yam.
10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan segera (fast food) McD, KFC & sewaktu dgnnya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yg telah diproses spt daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu
11. PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring . Yang goreng2 elak ye.
12. DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang
14. Ramai yg bertanya, ubat apa yg saya ambil utk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa2 ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15. PUASA. Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yg terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet utk kurus. Puasa juga bagus utk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau bole buat semua puasa2 sunat yg ada lg bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!
16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari utk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda bole check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yg kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Bole install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal utk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress bole jejaskan program diet kita. Macam sy dulu klu sy stress sy suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah
19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa2 pun semuanya dengan keizinan dari Nya
20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu
21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu org ye menipu diet anda. So hari tu kita bole makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yg terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Diharap dgn sedikit tips dan pengalaman yang saya kongsikan ini dapat memberi motivasi kepada anda yang ingin kurus secara sihat, in shaa Allah.
Sekian, terima kasih
SUMBER: FACEBOOK KELAB DIET KALORI MALAYSIA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di