Ria Ricis adalah pencipta kandungan yang telah memberi impak besar di Indonesia. Auranya terus menarik perhatian ramai sehingga kini. Dia bukan sahaja terkenal dengan karya menarik bahkan gaya fesyennya juga sentiasa mencerminkan keperibadiannya yang unik.
Salah satu tema fesyen yang sering diperagakannya ialah pakaian serba hitam. Pakaian hitam pilihan Ria Ricis bukan sahaja memberikan kesan elegan, malah sangat fleksibel untuk pelbagai acara.
Daripada aktiviti kasual sehinggalah ke perayaan istimewa, YouTuber ini membuktikan hitam boleh menjadi pilihan yang tepat. Berikut gaya ouitfit Ria Ricis yang kelihatan menawan dengan pakaian hitam.
Sedondon Dengan Anak Perempuan
Ria Rici baru-baru ini berkongsi detik manis bersama anak perempuannya, Moana, dalam salah satu muat naik.
Ibu dan anak ini kelihatan serasi memakai gaun hitam rekaan pereka @skybutikofficial. Pakaian ini menggabungkan elemen kesederhanaan dengan sentuhan perincian yang elegan.
Ads
Gaya Kasual Di Pantai
Ketika berkunjung ke sebuah pantai di Batam, Ricis mempamerkan penampilan yang ringkas namun tetap kelihatan bergaya. Dia memilih untuk memakai jubah hitam digabungkan dengan tudung coklat dan cermin mata, mencipta kesan menarik. Gabungan pakaian yang dipakai Ricis membuktikan “pakaian ringkas pun boleh tampil bergaya walau hanya di pantai.
‘Outfit’ Ikonik
Ria Ricis tampil dengan gaun hitam digabungkan dengan sayap putih.
Pada hari istimewa meraikan ulang tahunnya yang ke-29, Ricis memakai pakaian hitam dari @mazulabel dan selendang bertemakan Palestin daripada @mazuscarf ditambah dengan solekan yang menawan. Gabungan pakaian dan aksesori pilihannya bukan sahaja menyerlahkan gaya ibu muda ini.
Glamor Dengan Gaun Merah
Ricis juga kelihatan memukau saat mengenakan dress hitam mewah hasil karya @kursien.karzai
Penampilannya yang anggun dalam busana tersebut mencerminkan sisi glamor yang tetap elegan dan tidak berlebihan.
Sederhana Namun Menawan Ketika Umrah
Semasa umrah, Ricis memilih pakaian kelabu kehitaman yang ringkas namun tetap anggun. Biarpun dalam aktiviti kerohanian namun Ricis tetap menjaga penampilannya walaupun ringkas.
Mengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam dan wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Betapa indahnya dapat melihat keindahan bumi Mekah dan Madinah serta merasai suasana tempat kelahiran Rasulullah dan Kota penghijrahan Baginda.
Buat individu yang kurang berkemampuan, mereka membanting tulang demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Ada juga yang sanggup berniaga di mana sahaja demi mencapai hasrat itu.
Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini; mengenai kegigihan seorang pakcik yang berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah.
Pemilik akaun TikTok @vitaminbae_ telah memuat naik video tersebut yang telah mendapat perhatian serta ‘menjentik’ hati masyarakat. Difahamkan, pakcik yang ditemui itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an dan menjual di hadapan sebuah pasaraya di Tawau, Sabah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik akaun tersebut mendekati serta menghulurkan sedikit bantuan. Apa yang lebih sebak adalah pakcik tersebut hanya mengira dengan menulis pada tapak tangannya.
Setelah itu, lelaki tersebut telah menghulurkan duit melalui polisterin makanan. Dia juga sempat bersembang dengan pakcik tersebut sehingga pakcik tersebut menyatakan bahawa dia ‘memasang niat’ untuk mengerjakan umrah.
Tulis @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.
Sebak mendengar hasrat pakcik ini, lelaki tersebut terus menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut. Bersyukur atas pemberian yang diberkan, pakcik ini terus mengangkat tangan untuk berdoa.
“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.
“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta mendoakan agar suatu hari nanti hasrat pakcik tersebut akan tercapai. Video tersebut kini telah tular dan mendapat lebih 360.7K tontonan dan 34.2K kesukaan.
“Saya berdoa Ya Allah semoga rezekinya dpt pergi umrah…”
“Alhamdulillah syukur mudah2an doa pakcik t’makbul amin….”
“Semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik tuk menunaikan ibadah Umrah..aamiin”
“Mahal tuh doa dari Pakciknya.. semoga makbul”
“Moga murah rezeki dan dipermudah urusan saudara dunia akhirat…”
“Alhamdulilah. tkasih hamba Allah yg mulia hatinya..memudahkn urusan org lain..semoga pakcik juga dijemput menjadi tetamu Allah”
Hot mommy and real superwoman! Itulah ungkapan paling tepat layak diberikan kepada pelakon jelita Puteri Sarah Liyana.
Nama Puteri Sarah mula menjadi perhatian ramai apabila kisah kemelut rumahtangganya dengan pengarah tersohor Samsul Yusof menjadi perbualan hangat suatu ketika dulu.
Namun kini, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat semakin bahagia bersama kehidupan barunya. Kerjaya pun semakin berkembang dan rezeki kian mencurah-curah!
WANITA BERDIKARI
Melihat kepada keperibadian dan perwatakannya, Puteri Sarah tidak hanya cantik bahkan seorang wanita bijak serta pandai berdikari.
Gaduan Ijazah Pengurusan Hotel dari UiTM Shah Alam ini dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur.
Selain berlakon, Puteri Sarah pernah bergelar model serta duta produk untuk beberapa jenama terkenal.
KELUARGA BUKAN CALANG-CALANG
Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat adik beradik di mana dia memiliki dua adik perempuan serta seorang adik lelaki.
Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bukan calang-calang.
Ibu bapanya terlibat dalam bidang kerjaya profesional.
Adik perempuan keduanya, Puteri Sofea merupakan seorang doktor manakala adik lelakinya, Megat Imran pula bertugas sebagai konsultan pengurusan material.
Puteri Sarah juga dianggap sangat bertuah kerana walaupun sudah bergelar ibu tunggal dia masih menjadi kesayangan mentuanya, Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.
Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik Puteri Sarah dan anak-anaknya yang sangat comel iaitu Syaikhul Islam (6 tahun) dan Sumayyah (4 tahun).
Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan kaji selidik, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ia juga turut membabitkan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pengurangan jumlah pelajar melanjutkan pengajian dalam jurusan sains amat ketara. Pengaruh rakan sebaya yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui platform media sosial, walaupun ketika di bangku sekolah dikenal pasti antara faktor masalah ini berlaku.
Di samping itu ‘influencer’ yang dilihat menjana pendapatan jauh lebih besar daripada seseorang memiliki kelulusan universiti atau bekerja dalam sektor awam menyebabkan
universiti dilihat tidak lagi relevan untuk dijadikan sasaran cita-cita untuk menuntut ilmu.
Berikut perkongsian padu Mohd Nizam menyentuh tentang golongan anak muda yang enggan melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar. Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.
3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia. Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.
6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah. Sebab itulah, education itu penting.
9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.
12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?
Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran. Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
***************
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua.
Sumber kredit: Mohd Nizam Top image: Photo by pixabay from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di