Setiap individu memerlukan terapi setelah kepenatan bekerja. Bercuti merupakan salah satu terapi untuk anda melupakan kerja untuk seketika. Tidak kiralah bercuti di dalam atau luar Malaysia, yang penting anda jauh dari kesibukan kerja yang memang tidak akan pernah habis. Lagi pun, cuti sekolah sudah tiba. Inilah masa untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Hijabista cadangkan anda pergi yang dekat-dekat sahaja seperti ke Sabah. Tidak dapat dinafikan bahawa Sabah punya tarikannya yang tersendiri. Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh pergi ke Sabah dengan bajet di bawah RM400 tetapi ia tidak termasuk harga tiket penerbangan dan duit membeli ole-ole untuk keluarga anda.

Murah kan? Harga tiket penerbangan sebenarnya berbeza-beza mengikut waktu dan tarikh yang anda pilih. Seperti perkongsian Qa Atiqa, dia membeli tiket penerbangan pada harga RM250. Jadi, ikut pada nasib anda. Rajin-rajinkan diri untuk check harga ya! Ikuti perkongsian Qa Atiqa. Harap bermanfaat untuk anda.

=====================================

Trip To Sabah 
#triotoborneo
Budget < RM400person (tak termasuk tiket flight & ole-ole)

Ada yang tanya pergi Sabah ambil agent ke? Tak pun, semua kitorang usha sendiri je. Ni baru free nak karang panjang-panjang.

Kalau nak ke Sabah, boleh la rujuk ni ya.

Kitorang pergi bertiga, jadi semua bahagi 3 la. Serius best! Wajib pergi.

Foto: FB Qa Atiqa

KOS PERBELANJAAN PERJALANAN

Flight Tiket Return

– RM250/pax (KL – KK)  *kalau booking lebih awal, boleh dapat murah lagi*

IKLAN
Kereta Sewa Untuk 3 Hari – MYVi SE

– RM300/3

*banyak kereta sewa kat sana, booking awal dan pastikan kereta yang okay la. Kang tak lepas naik Kundasang*

Minyak Kereta Untuk 3 Hari

<RM60/3

=====================================

DAY 1

– KLIA to KKIA

– Ambil kereta kat airport terus pergi ke Kundasang

IKLAN
Kos Perbelanjaan Di Kundasang
  • Hotel di Kundasang (1 malam) – RM120/3

Dalam perjalanan tu, singgah:

  • Makan lokan kat gerai menghala ke Kundasang. (okay la, sedap, kena pandai cari kedai)
National Kinabalu Park

– RM3/pax

– Tak nampak gunung pun sebab hujan. So ambil gambar je.

– Makan chicken wing dan dinner kat tempat yang famous tu. Nasi Ayam Antarabangsa rasanya nama kedai.

Check In – Rocky Mountain Lodge

– Better naik awal sebab gelap, susah nak cari nanti.

IKLAN
Makanan wajib makan di Kundasang. Sejuk-sejuk sedap makan maggi.

=====================================

DAY 2

Desa Dairy Farm
  • RM5.00/pax
  • Kat sini view serius cantik. Boleh ambil gambar banyak-banyak
  • Bagi makan lembu
  • Aiskrim dan susu dia wajib try
Foto: FB Qa Atiqa
Foto: FB Qa Atiqa
Hot Spring
  • RM5.00/pax
  • Kat sini ada canopy walk, boleh tahan tinggi.
  • Lepas tu boleh mandi air panas
Foto: FB Qa Atiqa
Fish Spa Massage
  • RM5.30/pax
  • Yang ni best tapi kejap je. Dalam 15 minit.
Foto: FB Qa Atiqa
Sabah Tea Garden
  • Free
  • Tak pergi pun. Haha
Kundasang Memorial Park
  • RM2.00/pax

** Turun balik KK

Rumah Terbalik
  • RM10/pax
  • Kitorang tak pergi
Rabbit Farm
  • Masa otw turun nampak tepi jalan tapi tak pergi pun
Check In Hotel kat Bandar KK
  • RM150/2 malam (family room)
  • Masa booking kena tanya betul-betul, kitorang tingkat 3 takde lift.
Dinner Sekitar Pasar Filipine & Welcome Seafod
  • RM130 malam pertama
  • RM90 malam kedua
  • Lobster tengok musim tapi ada je

=====================================

DAY 3

Snorkeling
  • RM55/pax, include equipment
  • 3 Pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik
  • RM3/pax: cukai masuk taman laut
  • Parasailing: RM50/pax
  • Satu hari memang kat pulau je.
  • Bawa roti untuk ikan (tak sure boleh ke tak sebenarnya)
  • Banyak lagi aktiviti air ada.

 

 

Foto: FB Qa Atiqa
Foto: FB Qa Atiqa

– Balik tu boleh pergi tengok sunset dekat Tanjung Aru. Kitorang tengok kat jeti je. Nak ambil gambar dengan I Love KK.

Foto: FB Qa Atiqa

=====================================

LAST DAY

Shopping Time
  • Last day kitorang naik uber je pergi Pasar Kraft dekat dengan jeti tu – RM3
  • Macam-macam ada, siap tolong pack dan boleh hantar ke hotel lagi tau.
  • Check out dan naik uber ke KKIA – RM6
  • Bye-bye Sabah. Nanti jumpa lagi!
Foto: FB Qa Atiqa
  • Korang yang nak pergi tu boleh dah tengok-tengok tiket. Serius best, tak rugi pergi. Hihihi
  • Yang mana tempat kitorang tak sempat pergi tu, korang pergi la nanti ya.
  • Gambar geng korang nanti minta tolong la orang kat sana ambilkan.

Sumber: FB Qa Atiqa

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI