Nama selebriti terkenal, Nur Fazura menjadi bualan ramai selepas tular videonya di media sosial berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit di akaun TikTok DJ Sonic Hussien, Fazura dilihat berada di butik mewah tersebut sambil ditemani suami tersayang, Fattah Amin.
Pelakon Langit Cinta juga dilihat sibuk menyusun puluhan beg tersebut sambil mengagihkan kepada semua stafnya yang terdiri daripada kaum wanita dan lelaki.
Menghargai pemberian yang diberikan, salah seorang stafnya mengucapkan terima kasih kepada Fazura.
“Terima kasih kepada Kak Faz kerana memberi pemberian seindah ini. Alhamdulillah,” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai warganet yang terharu dengan tindakan aktres itu dan turut mengidamkan untuk mendapat majikan yang baik sepertinya.
“Macam mana nak kerja dengan Fazura? Best dapat majikan macam ni. Hargai staf, terasa dihargai betul dapat macam ni.
Ads
“Takde pun dia tunjuk dalam socmed. Humble dia memang dari dulu minat Fazura!
“She has such a big heart! There’s a reason why I have liked her since I was in school. Moga Faz terus istiqomah menuju redha Allah amin,” antara komen-komen warganet di video tersebut.
Sebelum ini, hijab jenamanya, Tudung Fazura telah tular selepas 80 ribu helai habis terjual dalam masa dua jam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Filem TOMBIRUO karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid ini memang sangat ditunggu oleh pencinta novelnya. Bukan sahaja kerana watak utama Zul Ariffin yang memegang watak Ejim atau TOMBIRUO, tetapi juga setiap aksi dan lagak ngeri yang dilakonkan sepanjang 115 minit filem ini. Tapi admin nak ingatkan jangan SESEKALI buat 8 perkara ini kalau tak nak hilang TUMPUAN sepanjang menontonnya.
Tetapi admin nak ingatkan kalau sedang menonton janganlah sesekali buat beberapa perkara ini yang boleh spoil mood kita. Daripada rasa nak enjoy terus hilang mood gara-gara ada yang melakukan beberapa perkara tertentu dalam panggung.
Jadi selepas ini kalau pergi tengok wayang, TOLONG jangan lakukan 8 perkara ini yer
Ini larangan paling utama kerana boleh ganggu tumpuan menonton cerita kegemaran. Kalau boleh untuk dua jam masa tontonan itu, elakkan bercakap dengan rakan sebelah walaupun ada hal penting. Kalau urgent sangat hanya bisik sahaja sudah memadai.
Ini memang larangan paling keras. Tak salah berenggang sekejap dengan telefon anda. Bukan matikan sebaliknya buat dalam mood silent. Elakkan juga curi-ciri melihat pesanan ‘WhatsApp’ dalam telefon kerana cahaya dari telefon akan mengganggu tumpuan. Sekiranya panggilan itu sangat urgent, keluar sahaja dari panggung tanpa mengganggu orang lain.
Perlu diingatkan juga jangan kerap kali bangun kerana memang boleh mengganggu bukan sahaja tumpuan anda, tetapi juga penonton lain. Oleh itu, sebelum masuk panggung pastikan pergi toilet dahulu dan jangan minum terlalu banyak air.
Boleh kalau nak makan kudapan dalam panggung, tetapi carilah makanan yang kalau dikunyah tidak mengganggu tumpuan. Lebih elok tak payah makan apa-apa, terutama bila menonton filem yang berbentuk ‘heavy’ dan memerlukan tumpuan penuh. Satu lagi elakkan juga makan makanan yang berbau terlalu kuat hingga boleh menjejaskan tumpuan.
Jika datang dengan pasangan terutama suami isteri, simpan-simpan dulu rasa ‘mesra’ itu di rumah sahaja. Kalau boleh gurau senda juga tak boleh dipertontonkan dalam panggung wayang kerana cerita di ‘wayang’ lebih seronok untuk dihayati bersama.
Macam biasalah kalau kita duduk selama dua jam di dalam panggung, memang lenguh kalau tanpa ada pergerakan lain yang menyelesakan. Memang lebih seronok jika dapat bersila dan membuka stoking. Cuma diingatkan jangan sesekali memakai stoking yang telah seharian digunakan. Hormati privasi orang kerana bau stoking kurang menyenangkan akan mengganggu tumpuan.
Satu lagi yang perlu diingatkan adalah jangan sesekali anda tolak atau sepak kerusi di depan anda. Jaga kelakuan anda kerana perbuatan itu dianggap tidak menghormati hak orang lain. Kalau tidak sengaja cepat-cepat minta maaf pada pemilik kerusi berkenaan kerana boleh menyebabkan situasi tegang.
Sangat rugi sekiranya anda alihkan tumpuan walau sesaat untuk menonton tayangan filem Tombiruo- Penunggu Hutan. Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid yang dibawa ke layar perak secara eksklusif dengan kerjasama empat penerbit Astrow Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi Seth Larney.
Sepanjang 115 minit berada dalam panggung, terasa debaran jantung yang sangat laju menyaksikan setiap aksi hebat dilakonkan oleh pelakon terkenal. Penonton juga turut dibuai perasaan pabila disajikan pemandangan indah menyaksikan penggambaran yang dilakukan hampir 70% di Hutan Keningau Sabah. Penonton pasti terkesan dengan babak di mana seorang anak kehilangan ayahnya dan kesedihan dirasai sang suami yang hilang isteri dan ayah dalam masa sama. Serta keterujaan seorang wartawan dari Sinar TV, Wan Suraya dilakonkan Nabila Huda yang begitu berani membongkar misteri di sebalik semua yang terjadi.
Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Tombiruo dibintang gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin yang memegang watak Tombiruo, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dato’ M. Nasir dan beberapa pelakon lain. Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, ini kali pertama mereka menerbitkan filem daripada adaptasi novel yang telah diterbitkan pada tahun 1998. Karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.
Jadi bagi peminat novel ini jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem yang diangkat ke layar perak menemui penonton 12 Oktober ini. Rasai dan alami sendiri perjalanan karya hebat, bak kata penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid yang tidak menyangka Tombiruo yang ditulis 19 tahun lalu itu betul-betul wujud dan berada di depan matanya itu.
KREDIT FOTO: FB GRUP BUKU KARANGKRAF & TOMBIRUOMOVIE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris sering menjadi tumpuan ramai.
Sentiasa mendapat pujian saban minggu, namun tidak kurang ramai juga netizen yang mengkritik prestasi persembahannya biarpun juri menyukainya.
Tenang menghadapi segala cacian, beliau yang lebih mesra disapa Kak Ani menganggap komen-komen tersebut sebagai pembakar semangat untuknya dan juga sebagai penghilang stres sewaktu menjadi peserta GV7 ini.
Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sangat, seronok baca. Thank you sangat-sangat tau sebab korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & banyak masa memberi komen & menjuri.
Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak untuk hilang-hilang stress kat #GV7 ni. Teruskan lagi pleaseeee.. 🤣😍
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap positifnya itu yang mengabaikan segala kecaman daripada haters. Semangat beginilah yang kita mahukan. All the best Kak Ani!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Semoga semangat ini menjadi inspirasi buat anak-anak” itu harapan pelakon senior Lisdawati terhadap suaminya, Fauzi Nawawi yang berjaya menggenggam segulung diploma baru-baru ini. Besar harapan Lisdawati mengharapkan semoga semangat dan kejayaan itu menjadi inspirasi buat anak-anak mereka.
Bergelar pengarah, penerbit serta pelakon bukanlah penghalang bagi Fauzi Nawawi menyambung pengajiannya ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Lisdawati berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadinya detik-detik bermakna ketika Fauzi menerima skrol diploma di pentas majlis konvokesyen Meatech Creative Academy.
“Alhamdulillah… Congratulations suami atas usahamu @onlyfauzinawawi. Semoga semangat ini akan menjadi inspirasi buat semua anak2.”
Kegembiraan itu turut disaksikan oleh anak-anak, menantu serta cucu pasangan bahagia ini.
Usia Lewat Bukan Penghalang Genggam Diploma
Berjaya menggenggam diploma pada usia 51 tahun bukanlah sesuatu yang pelik zaman kini.
Selagi ada semangat dan usaha untuk merubah kehidupan ke arah lebih baik, segalanya akan menjadi mudah.
Meninjau ke akaun Instagram milik Fauzi Nawawi, dia menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada isteri serta anak-anak atas segala doa yang dititipkan.
“Alhamdulillah terima kasih Allah.. terima kasih Isteriku dan anak-anak di atas segala doa.”
Dalam hantaran sama, Fauzi turut meluahkan rasa terharu terhadap isterinya itu yang sentiasa memberi semangat sekaligus menjadi contoh terbaik buat anak-anak mereka.
“Saya menyambung pengajian kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.”
Bapa kepada lapan cahaya mata ini berharap keputusannya menyambung pengajian dapat menepis persepsi segelintir pihak yang menganggap selebriti tidak mementingkan akademik.
“Saya mahu perbetulkan tanggapan itu seterusnya membuktikan bahawa golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.