Beberapa tahun lalu pengacara dan pelakon cantik berusia 30an, Uyaina Arshad pernah disahkan menghidap komplikasi jantung.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak.
“Saya seorang workaholic and enjoy working. Saya juga suka aktiviti berlari. Ketika di sekolah dulu saya aktif sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
“Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
Ads
“Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor, ia terjadi kerana jantung ‘dipaksa’ bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan ketika itu saya terlalu workaholic, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan,” kongsi Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini.
Doktor turut menasihatkan Uyaina agar mengamalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan.
Ads
Sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan.
Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.
“Badan kita bukan mesin. Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia.
“Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
Ads
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.”
Kesimpulannya, hargailah kesihatan kerana ia harta paling berharga selagi kita diberi nikmat untuk bernafas.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tirai program realiti Pencarian Nona Superwoman melabuhkan tirainya semalam. Tepukan gemuruh bergema di setiap penjuru studio apabila nama finalis, Norfazlina Mohd Faozi, atau Fazs Faozi diumumkan sebagai Juara, sekaligus mengatasi empat ‘seteru’ akhir yang bersaing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pada setiap episod, Fazs sering menampilkan prestasi yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek. Faktor kestabilan adalah asas berniaga yang sebenar, yang menjamin ‘kekuatan’ sesuatu perniagaan agar terus kekal dan bertahan lama. Ciri-ciri itulah yang membuatkan juri sebulat suara menobatkan usahawan kosmetik ini sebagai pemenang utama.
Menjelang malam finale Pencarian Nona Superwoman, wanita berusia 35 tahun dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri itu berjaya memikat juri dengan pembentangan perniagaan syarikatnya, Fazsbeauty. Beliau bijak mengadaptasi segala ilmu sepanjang menyertai Pencarian Nona Superwoman, sekaligus mengukuhkan kedudukan di peringkat Top 3.
Turut bertanding di pentas akhir adalah usahawan bakeri Ana Najia dan Ayu Omar, usahawan sambal iaitu Syu Ramli serta usahawan percetakan gambar, Linda Roos. Juri-juri sepakat memilih Ana Najia sebagai pemenang ‘Most Favourite’ dan Syu Ramli sebagai pemenang ‘Most Inspiring’ dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Setiap pemenang juga menerima sebuah trofi dan selempang serta sejambak bunga tajaan Aleeya Florist & Gifts.
SOKONGAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun menunjukkan sokongan penuh terhadap acara finale program realiti Pencarian Nona Superwoman yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan secara langsung di Astro Prima saluran 105.
Turut hadir mengiringi Datuk Seri Rina ke PICC adalah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis yang berjaya melangkah ke final. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan.
Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang – Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli bakal bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir. Masing-masing memburu ganjaran lumayan berupa wang tunai RM50,000 (Juara), RM10,000 (Most Favourite) dan RM10,000 (Most Inspiring).
Episod finale selama 1 jam, bermula 9.00 – 10.00 malam ini turut menyaksikan penampilan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama juri-juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Ia turut dihoskan oleh pengacara jelita iaitu Uyaina Arshad. Program realiti ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, program Pencarian Nona Superwoman ini berjaya menggilap nilai keusahawanan yang tinggi serta bermanfaat untuk wanita yang menceburi bidang perniagaan.
“Saya bersyukur kerana program realiti ini berjaya mencapai tujuannya untuk memperkasakan kaum wanita berniaga. Kami di Majalah Nona sentiasa fokus terhadap usaha menjadi media utama yang memberi inspirasi kepada wanita bangkit dalam kerjaya dan gaya hidup.
Platform Pencarian Nona Superwoman anjuran Majalah Nona yang diperkasakan oleh USANITA selari dalam membantu wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19. Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada USANITA yang sentiasa mewujudkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan, bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi serta pendidikan yang berterusan kepada golongan memerlukan.”
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang rakaman berlangsung, acara finale bertemakan ‘Smart Elegant’ ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain kanser, terdapat juga penyakit lain yang wajar ditakuti oleh kaum wanita. Antaranya adalah Endometriosis dan Adenomyosis yang mana dianggap penyakit tidak berkesudahan. Menurut Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Datuk Dr Hamid Arshat berkata penyakit ini biasanya menyerang wanita muda yang berusia sekitar empat puluhan.
Tambahnya lagi suatu ketika dulu beliau jarang menemui penyakit tumbuhan fibroids dan Adenomyosis yang menyerang wanita muda. Dan kemungkinan juga faktor seperti lambat kahwin, tangguh kehamilan, stress dan tabiat kurang makanan sayuran serta buahan menjadi penyebab kepada penyakit berkenaan.
Menurut beliau lagi Adenomyosis ini adalah disebabkan oleh Endometriosis dan tanda utamanya apabila mengalami senggugut pada waktu remajanya.
Beliau turut menasihatkan remaja kini menjalani gaya hidup sihat termasuk pengambila tabiat pemakanan berzat dan berkhasiat, mengawal stress dan juga melakukan senaman.
Dan untuk mengawal pertumbuhan penyakit Endometriosis yang boleh membawa kepada Adenomyosis adalah dengan cara melakukan pembedahan laparoscopy dan minilaparotomy di kalangan gadis-gadis remaja. Dan hasilnya Dr Hamid Arshad mendapati kaedah ini berkesan.
Endometriosis dan Adenomyosis penyakit tak berkesudahan.
Penyakit umur empat puluhan menimpa wanita muda.
Pada suatu ketika dulu jarang saya temui penyakit tumbuhan fibroids dan adenomyosis berlaku pada wanita muda.
Faktor lambat kahwin, tangguh hamil, stress dan tabiat kurang makan sayur dan buah2 adalah diantara banyak faktor penyebab penyakit.
Adenomyosis sering disebabkan olih endometriosis dan tanda utama ialah senggugut pada waktu remaja.
Sebaiknya remaja saperti ini menjalani scan peranakkan. Sering saya kesan rahim mereka retroverted. Dalam peringkat awal penyakit endometriosis tiada tanda2 lain dapat dikesan ketika scan.
Penting bagi remaja berkenaan mengubah caragaya hidup untuk mengawal pertumbuhan penyakit endometriosis dan seterusnya jadi adenomyosis. Amalan cara gaya hidup sehat termasuk tabiat makan bahan2 berzat dan berkhasiat, kawal stress dan amalkan exercise.
Penyakit tersebut memang akan berterusan tanpa kesudahan sehingga merosakkan keseluruhan rahim. Peroses inflamasi terus berlaku dan hormon estrogen berlebihan, sedangkan progesterone kurang. Hanya kehamilan sahaja bolih mengawal pertumbuhannya.
Dalam usaha untuk mengawal pertumbuhan penyakit endometriosis dan seterusnya jadi adenomyosis, saya kadang kala melakukan pembedahan laparoscopy dan minilaparotomy pada gadis2 remaja. Saya dapati kaedah ini berkesan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam, tular di Facebook tentang perkongsian seorang wanita yang melecur pada bahagian mukanya akibat ‘pressure cooker’ yang dipegangnya meletup dan sup panas itu terkena seluruh muka dan badannya. Hanya kerana kesilapan yang kecil, wanita ini akhirnya menanggung sakit yang tidak terperi. Sudahlah hanya sebulan sahaja lagi mahu melangsungkan perkahwinan. Memang hebat dugaan yang ditanggung oleh wanita ini.
Sejurus terkena sup panas itu, wanita bernama Siti Salmian ini terus menadah mukanya di bawah air yang mengalir untuk mengelakkan daripada timbul ‘gelembung-gelembung’. Walau bagaimanapun, wanita ini tidak menyalahkan ‘pressure cooker’ tersebut, sebaliknya menyalahkan dirinya yang tidak ambil tahu tentang cara penggunaannya hingga menyebabkan kejadian ini berlaku.
Siti Salmian redha dengan apa yang terjadi pada dirinya dan berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan lebih berhati-hati. Nasihatnya, sebelum menggunakan ‘pressure cooker’, lebih baik Google atau tonton tutorial di YouTube. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
TRAGEDI 20 Mac 2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin. Nampak mudah tapi sangat bahaya.
Nak cerita sikit ape yang terjadi sebenarnya. Okay, actually tetiba haritu tekak ni teringin sangat-sangat nak makan sup tulang. Kebetulan pergi TF Supermarket ternampak la tulang-tulang tu. So memang terus grab.
Balik rumah macam biasa lah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak ni. Cakap dekat mak, “mak adik nak makan sup tulang”. Mak pon balas, “nak kahwin kan? kena la belajar masak sup tulang”. Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk pressure cooker tu. Memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup, kite ni intai-intai je kat dapur. Nampak tak betapa rajinnya haritu pergilah dapur masak semua. Kite pon rebus la tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bongok sangat diri ni, kita pon kunci periuk tu.
Dan tetiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu. Usik la pemegangnya, entah macam mana sekali meletup habis kena satu muka dan badan. Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak Google cara guna macam mana. Dan nasib pejam mata masa tu, kalau tak pejam mungkin mata pon kena sekali.
Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnyaaa muka, tangan danbadan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pon sebab kakak kita ni nurse. Dia la yang suruh letak temapt kene air panas tu dekat air yang mengalir. Sebab taknak ada gelembung-gelembung. Yela muka kan, sebulan lagi nak kawin siapa tak frust kan? Mak lagilah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini?”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kita boleh elak. Ni semua dugaan. Tanda Allah sayangkan kita.
Masa kena tu terus terbayang macam mana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kene air panas sikit je dah macam apa je rupa. Allahuakbar. And nasib la doktor kata dekat part muka kene gred 1 and 5% burn.
Okay actually, sis nak pesan pada semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, please ambil ikhtibar apa yang jadi pada sis ni. Sis nak pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Better korang Google atau buka YouTube tentang cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh Google di hujung jari je kan? Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak Google.
Ya, memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker. Tapi sebaik-baiknya Google ke YouTube la dulu sebelum guna. Kalau dah kena macam diri saya ni, nak menyesal pun tak guna. Biar lambar empuk, asalkan selamat.
Ya, orang boleh gelak je bila tengok kita kena macam nie. Tak semua orang boleh positif. Alhamdulillah sis dikelilingi kawan-kawan yang positif especially family dgn incik tunang yang always support, jangan give up dan jangan down.
Ambil iktibar tau korang! Be positive okay. Periuk tak salah, yang salahnya saya.
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.