Rutin pagi memainkan peranan penting kerana ia akan memberikan ‘impak’ buat keseluruhan hari anda. Ada yang pergi berjoging di awal pagi, bersenam dan juga mengambil sarapan. Kalau anda nak tahu, minuman juga memainkan peranan penting di awal pagi kerana ia membantu dalam proses pembersihan perut. 

Segelas minuman yang sihat dan menyegarkan boleh menjadi cara yang ideal untuk memberikan permulaan hari yang baik. Selain kaya dengan nutrien, minuman sihat juga boleh memberikan rupa ‘glowing’ pada muka dan tubuh anda serta merangsang imuniti sendiri.

Bukan itu sahaja, minuman yang sihat juga terbukti bermanfaat dalam menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu, berikut ialah senarai 5 minuman pagi untuk kesihatan yang anda boleh cuba untuk dapatkan kulit glowing dan sihat.

#1  Air Kosong

Air kosong yang bersih adalah pilihan yang terbaik sebagai minuman pagi. Air kosong merupakan air semula jadi yang melalui pembersihan multilapis yang dimasak. Dalam proses tersebut, semua mikroorganisma dalam air itu telah musnah dalam suhu yang tinggi, manakala zat seperti kalsium, magnesium yang sangat bermanfaat kepada kesihatan kita masih ditinggalkan dalam air kosong itu.

Tubuh manusia terdiri daripada 75% air dalam bentuk cecair, dan mempunyai keupayaan tersendiri untuk memastikan kulit bersih dan sihat. Apabila dehidrasi, kulit menjadi kering dan gatal. Maka menurut Eh!, pengambilan purata 4.5 hingga 5.5 liter air setiap hari membantu meningkatkan imuniti badan, membebaskan semua toksin dalam badan serta mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit dan mencegah jerawat.

#2 Air Buah

Manfaat buah-buahan untuk kecantikan dan kesihatan amatlah banyak. Di antaranya, buah-buahan kaya dengan vitamin dan mikronutrien. Untuk minum pagi yang sihat, anda boleh mengamalkan minuman buah-buahan seperti lobak merah, bit, delima, dan sayur-sayuran seperti ubi keledek. Buah-buahan ini padat dengan mineral dan vitamin yang membantu melawan jerawat dan menggalakkan kulit yang sihat. Selain itu, anda juga boleh mencuba minuman salad, tomato, dan timun kerana ia membantu mencegah jerawat.

IKLAN

#3 Air Madu Dan Lemon

Semua orang pasti mengetahui bahawa madu mempunyai banyak khasiat, antaranya mengandungi khasiat anti penuaan yang mengekalkan kelembapan kulit. Tambahan itu, lemon pula mengandungi vitamin C, yang membantu membina sel kulit baru dan meremajakan kulit.

Caranya, anda perlu tambahkan 2-3 sudu madu dan 1 sudu jus lemon atau hirisan lemon ke dalam air sejuk. Air madu dan lemon apabila ‘digabungkan’ akan membantu menyahtoksik dan menghasilkan bahan antioksida serta anti penuaan. Ia juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dalam badan dan penurunan berat badan.

Artikel berkaitan: Minum Teh Halia Lemon Setiap Pagi, Imunisasi Tubuh Makin Meningkat

IKLAN

#4 Teh Hijau

Teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat dalam dunia ini. Kelebihan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak dan menurunkan risiko kanser. Malahan, teh hijau juga memberi banyak manfaat untuk kecantikan kulit seperti melambatkan proses penuaan, mencegah kedutan, melindungi kulit dari sinaran matahari, mengatasi jerawat, dan lain-lain.

Bagi penggemar teh, anda boleh amalkan teh hijau ke dalam minuman pagi anda. Ia menghalang pertumbuhan jerawat dan mengandungi vitamin C. Kedua-duanya manfaat ini membantu memastikan kulit anda kekal sihat dan berseri secara jadi.

#5 Susu Kunyit

IKLAN

Kunyit mempunyai pelbagai nutrisi, merupakan ubat tradisional dan bertindak sebagai agen antibiotik dan antivirus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Secara tradisionalnya, susu kunyit pula sangat popular dalam budaya dan pemakanan orang India. Dalam bentuknya yang paling simple, susu ini mengandungi 2 bahan sahaja iaitu susu dan kunyit.

Susu kunyit sering diminum hangat sebelum tidur kerana membantu anda tidur dengan lebih lena. Namun, jangan fikir susu ini boleh diminum pada waktu malam sahaja! Ia juga boleh dijadikan minuman pada waktu pagi, sesuai untuk mereka yang ingin mulakan hari dengan minuman penuh nutrisi! Caranya, anda hanya perlu tambahkan satu sudu kunyit ke dalam susu atau air panas setiap pagi dan anda akan melihat hasil yang positif serta kulit yang sihat!

Artikel berkaitan: Wajah ‘Pinkish’ & Usia Macam 19 Tahun, Wanita Ini Dedah Rahsianya Lepas Minum Susu Kunyit Badam Madu

Sumber info dan gambar: Eh! dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI