Lemon adalah salah satu buahan yang mempunyai banyak khasiat lebih-lebih lagi jika diamalkan setiap hari.

Ia memberi manfaat buat tubuh badan bukan hanya dari luaran tetapi, ia sangat bagus untuk dalaman seseorang.

Halia pula membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

Ini perkongsian Sarifa Redzuan II

MINUM TEH HALIA LEMON SETIAP PAGI TINGKATKAN IMUNISASI PESAN Dr Eliaz

IKLAN

“Salah satu cadangan utama saya untuk imuniti dan kesihatan keseluruhan adalah untuk memulakan pagi anda dengan secawan air panas dengan lemon segar dan halia,” – Dr Eliaz

Teh ni menawarkan dos antioksidan yang kuat, vitamin C, dan sebatian meningkatkan imuniti.

IKLAN

Dengan mendapatkan dos antioksidan, vitamin, dan mineral dalam bentuk cecair, anda akan memudahkan sistem anda untuk mencerna dan menyerapnya.

IKLAN

Cecair tambahan dapat membantu anda terhidrasi, meningkatkan komunikasi antara sel-sel imun, dan menyingkirkan penceroboh asing dalam tubuh badan.

Cara cara;

1️⃣ Halia seketul sebesar ibu jari di sagat halus dan diambil jusnya sahaja
2️⃣ Masukkan jus halia tu dalam 1 cawan air panas
3️⃣ Perah 1-2 hirisan lemon
4️⃣ Minum suam suam. Jika hendak rasa sedap sedikit tambah sedikit madu asli.
5️⃣ Minum setiap pagi

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI