Pelakon Datin Lisa Surihani mengakui sukar untuk dia menerima apabila orang ramai memuji penghijrahannya.
Sejak mulai mengenakan hijab, Lisa menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
IKLAN
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
IKLAN
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
IKLAN
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berdepan masalah saraf sejak berumur 11 tahun bukan menjadi penghalang untuk Nurmelissa Mohd Yadi menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Kisah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) ini mampu menjadi inspirasi dan pencetus semangat pelajar di luar sana.
Nurmelissa Mohd Yadi, 24 tahun merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Hijabi ini mengalami masalah saraf sejak berusia 11 tahun dan menyebabkannya tidak dapat berjalan dan berkerusi roda sejak di Tingkatan Tiga.
Walaupun mempunyai kekurangan, Nurmelissa Mohd Yadi bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan mencabar diri untuk berjaya. Tambahan itu, dia jugaberbanggakerana mampu membuktikan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sepertinyabolehberjayawalaupun terpaksa bekerjaduakalilebihkuatdan membanting tulang lebih daripada orang lain.
Pada awalnya, gadis ini mengakui tidak mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan sedar akan kekurangan yang dimilikinya. Namun, dia berjaya bangkit dari perasaan itu dan tidak berputus asa untuk menamatkan pengajian. Melissa juga mengatakan bahawa keluarga, rakan dan para pensyarah merupakan pencetus motivasi dan tulang belakangnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Keluarga adalah pencetus motivasi untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi apa jua rintangan terutama ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
“Selain itu sokongan rakan dan para pensyarah juga amat dihargai kerana banyak membantu saya menyelesaikan masalah ketika ketiadaan keluarga di sisi,” ujarnya menurut laman Getaran.
Mahu memberikan kesenangan buat kedua ibu-bapanya…
Ketika ditanya mengenai cita-citanya, dia mengatakan bahawa dia berhasrat untuk menggapai impian sebagai penterjemah bahasa Arab dan ingin memberikan kesenangan kepada kedua-ibu bapanya itu.
“Bapa saya, Mohd Yadi Taib bekerja sebagai pemandu lori manakala ibu, Saripah Abu Bakar bekerja di kedai makan dekat rumah di Kampung Losong (Kuala Terengganu).
“Saya harap kejayaan kecil ini dapat membanggakan dan menyenangkan mereka selepas sekian lama kami hidup susah,” jelasnya lagi.
Hijabi ini juga berharap kejayaannya itu dapat dijadikan inspirasi dan pembakar semangat kepada semua golongan OKU untuksentiasaberusaha sehabis baik dantidakberputusasawalaupundalamkeadaanserbakekurangan. Anak kedua dari enam beradik itu kini sedang mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.
Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah. Sebenarnya, ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain kepada Allah SWT.
Selain itu, apabila dihadirkan ujian, antara perkara yang perlu disematkan dalam diri ialah perlunya untuk bersabar. Mungkin ia mudah untuk diungkap, namun sukar untuk dipraktikkan sekiranya tanpa adanya iman.
Rasulullah SAW pernah menjelaskan kehebatan orang yang beriman kerana mereka sentiasa bersyukur dan bersabar dalam menghadapi urusan kehidupan dunia.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Apabila melalui ujian dalam hidup, selain daripada perlunya bersabar, setiap Muslim juga perlu berikhtiar dan berusaha supaya ujian yang dihadapi itu berlalu dengan lancar.
Berikut perkongsian penuh makna Farah Lee.
Pejam celik dah genap 3 tahun rupanya Farah & Maream hidup berdua. Alhamdulillah. Bukan perjalanan yang mudah tetapi penuh dengan hikmah.
Tak pernah sekali pun Farah menyesal dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, Farah bersyukur dengan setiap liku dan bucu. Farah hargai mereka yang hadir dan pergi sepanjang itu.
What had happened has crafted who I am today. My history will always be a part of me. I won’t forget, what more regret. I do glimpse back sometimes, to avoid stepping into the same shit. Because that’s life; we learn and be better.
Jangan sesekali pandang dugaan sebagai ujian, tetapi pandang ia sebagai pengajaran. Pengajaran yang didatangkan dengan hadiah. Hadiah Syurga berkat kesabaran.
Kita tidak boleh rasa lemah dan putus asa tatkala menerima ujian dalam kehidupan. Jauh sekali menyalahkan takdir Ilahi. Yakinlah, setiap ujian itu akan hadir bersamanya hikmah yang besar sekiranya dilalui dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.
Setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah. Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan.
A post shared by FARAH LEE || F. L. (@farahlee_) on Nov 9, 2019 at 7:52am PST
Yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima. Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap ujian besar, namun orang yang melalui ujian itu yang lebih mengetahui.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya.
Diam-diam ubi berisi, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick,27, kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu, projek itu menelan kos kira-kira RM6 juta dan dia memilih lokasi tersebut kerana di situlah tempatnya membesar.
“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim.
“Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
“Saya memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di sini tempat saya membesar selain atas kepercayaan penuh AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga saya sendiri.
“Setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000meter persegi dan tambak tanah.
“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tambah Janna, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun sebaik sahaja sasaran kutipan dapat dicapai.
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan.
“Walaupun kos untuk menyiapkan pusat tahfiz ini agak besar, tapi saya percaya dengan kuasa sedekah. Insyaa-Allah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat,” katanya.
Alhamdulillah, memang murni sungguh hasrat Janna ini. Moga niat sucinya ini dipermudahkan Yang Maha Esa dan dapat mengumpul dana yang diperlukan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.