Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris.
Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian.
Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan.
Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak.
Selepas harta-harta tersebut dicairkan dan diperoleh, maka waris-waris yang ada atau pentadbir yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menunaikan beberapa perkara/hak yang berikut:
#1 Membiayai pengurusan jenazah
Pengurusan jenazah melibatkan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan si mati, dan semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan wang dengan segera, waris-waris bolehlah menggunakan wang tunai yang ditinggalkan si mati, atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan si mati menerusi mesin ATM atau perbankan internet (sebelum akaun tersebut dibekukan pihak bank) untuk menampung kos pengurusan jenazah si mati.
Jika si mati ada menyertai khairat kematian sama ada di tempat kerja atau di kawasan kariah (kampung/taman perumahan/masjid/surau), bolehlah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Sebab itulah penting untuk bergaul dengan masyarakat setempat dan menyertai khairat kematian yang dianjurkan agar nanti pengurusan jenazah boleh diuruskan dengan baik. Boleh juga semak sama ada si mati ada mencarum polisi insurans/takaful yang membayar manfaat khairat kematian, jika ada maka bolehlah dihubungi agen terlibat untuk menuntut manfaat yang sepatutnya.
Andai kata si mati tidak meninggalkan sebarang wang tunai dan tidak menyertai mana-mana skim khairat kematian, maka waris-warislah yang perlu bersepakat dan keluarkan kos untuk menampung kos pengurusan jenazah tersebut. Kos ini boleh dituntut semula selepas harta pusaka si mati dicairkan semula. Jika tiada waris atau waris pun tidak mampu (fakir), maka tanggungjawab pengurusan jenazah tersebut patut disempurnakan pihak Baitulmal atau masyarakat setempat yang kaya.
#2 Menyelesaikan hutang si mati
Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati. Oleh itu, pentadbir harta pusaka atau waris-waris perlulah mengenalpasti hutang-hutang si mati dan berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.
Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah. Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot.
Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya. Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.
Penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukan supaya memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.
Malah, digalakkan untuk menyediakan dana khas samaada dalam bentuk wang simpanan atau polisi insurans/takaful untuk membayar hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.
#3 Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian dan hibah
Selepas hutang-hutang si mati diselesaikan, harta pusaka si mati hendaklah disempurnakan dahulu tuntutan harta sepencarian dan pemberian hibah ke atasnya. Harta sepencarian melibatkan hak pasangan yang sah, manakala hibah adalah pemberian yang dilakukan si mati kepada pihak lain yang dibuat semasa masih hidup.
Pembahagian harta sepencarian boleh dilakukan mengikut pengisytiharan harta sepencarian yang dilakukan secara bersama-sama dan mengikut persetujuan pasangan semasa masih hidup.
Jika tiada pengisytiharan dibuat, tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan pasangan dan mahkamah akan menentukan jumlah yang layak dituntut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan dan sumbangan yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hibah merupakan pemberian atau hadiah yang diisytiharkan oleh si mati kepada penerima dengan tujuan kasih sayang atau tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, bergantung kepada siapa yang ditentukan si mati, namun beberapa syarat perlu dipenuhi seperti pemberi, penerima, akad dan harta yang dihibahkan.
Harta pusaka yang terlibat dalam kategori harta sepencarian dan hibah tidak termasuk dalam bahagian harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris secara faraid.
#4 Melaksanakan wasiat yang ditinggalkan
Wasiat adalah amanat pemberian kepada bukan waris dengan syarat jumlahnya tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika si mati ada meninggalkan wasiat yang sah, maka jumlah yang diperuntukkan untuk wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.
Wasiat kebiasaannya diberi kepada waris yang bukan faraid, seperti ahli keluarga terhalang waris, ahli keluarga angkat, ahli keluarga bukan Islam dan badan kebajikan. Waris-waris perlulah menerima dengan hati yang terbuka atas wasiat yang telah dibuat si mati.
#5 Pembahagian harta pusaka secara faraid
Selepas dilaksanakan semua perkara #1 hingga #4 di atas, barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut kiraan faraid yang ditetapkan. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah adil dan memberi jaminan bahawa setiap waris yang layak akan menerima bahagian masing-masing.
Jumlah bahagian yang ditentukan pula adalah berbeza, dan semuanya ditentukan olah Allah yang mana mempunyai hikmah dan manfaat di sebaliknya. Sebaik-baiknya, setiap orang wajar mempunyai asas pengetahuan berkenaan pembahagian secara faraid seperti jenis-jenis waris yang layak, bahagian yang layak diterima dan kiraan pembahagian yang sepatutnya.
Dalam pembahagian harta pusaka secara faraid, yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka setiap waris supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sesungguhnya, faraid merupakan instrumen terbaik dan adil untuk memastikan semua waris mendapat bahagian harta pusaka yang sewajarnya.
Adik Adam Rayqal kelmarin telah selamat dikebumikan di kampung kedua ibu bapanya di Kuala Terengganu. Namun perjalanan kisah anak syurga ini masih lagi menjadi bualan. Terbaru polis memberitahu hasil bedah siasat menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan juga terdapat pendarahan di bahagian kanan otaknya. Ini yang membuatkan netizen marah terhadap pelakunya yang bertindak begitu kejam pada kanak-kanak yang baru berusia 5 bulan.
Menurut Harian Metro, Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36 tahun, salah seorang bapa kepada anak asuhan lain yang turut berada dalam jagaan pengasuh, memberitahu anaknya berkata dia melihat pengasuh mengoncang badan dan ketuk kepala Adam kerana asyik menangis sebelum senyap beberapa minit kemudian.
Kedua-dua anaknya, Ahmad Hayyan Putra 5 tahun dan Nur Imanina Arisa Putri, 3 tahun dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu. Menurutnya lagi ketika isterinya mengambil anak mereka, pengasuh berkenaan tidak nampak gelisah atau bingung.
Dan ketika dia pulang kira-kira jam 10 malam isterinya memaklumklan dia terlihat status di facebook berkenaan kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan berita cukup menyayat hati itu.
“Sebaik bangun dari tidur jam 9 pagi, saya bertanya pada anak sulung sekiranya ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.
“Hayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana Adam asyik menaangis sejak pagi lagi sebelum tiba-tiba senyap,” katanya yang menetap di Bandar Baru Selayang, Gombak kepada HarianMetro ketika dihubungi. Dia juga terkejut dan dalam masa sama takut berlaku kepada anak-anaknya itu.
SUMBER FOTO: FB HISHAMUDDIN ABDULLAH
Ternyata pelaku yang sangat kejam itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen. malah ramai yang mahu pengasuh berkenaan dijatuhi hukuman yang setimpal. Ada juga yang mengandaikan mereka seperti Zionis yang membunuh anak-anak Palestin tanpa belas kasihan.
Konsert Jelajah Shila Amzah yang dinanti-nantikan, “Journey To The Future”, bakal membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023. Kolaburasi bersama IMC Live Global bakal merantau ke beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, dan Kuala lumpur, turut ke negara Singapura dan Indonesia.
Tampilkan ‘Shila’ yang baru…
Sumber gambar dari IMC Live Global
Lagu ‘Path Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19). Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20).
Kehebatan Shila dalam pertandingan realiti nyanyian terbukti selepas beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).
Sumber gambar dari IMC Live Global
Dengan bakat mempersembahkan lagu dalam 10 bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, Shila berhasil memukau penonton dengan kelantangan dan versatiliti vokalnya. Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China.
“Journey to The Future” mencipta sejarah baharu dalam karier Buah Hati Asia itu kerana ia adalah konsert jelajah pertamanya selepas bergelar ibu pada 2019. Penyanvi berbakat besar itu bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyanyi dalam lebin banyak bahasa asing dan menyelitkan tarian dalam persembahannya.
Tiket bole didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kebelakangan ini seluruh negara digemparkan dengan berita yang membuatkan para isteri tak senang duduk dan ‘panas hati’ apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh TikTok, yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sudah berbini dua.
Lebih membuatkan wargamaya tidak puas hati khususnya kaum hawa apabila, isu poligami ini seolah dijadikan sebagai kandungan (content) di aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pempengaruh itu yang dilihat seakan ‘bangga’ meskipun berjaya mendapat restu dari isteri pertamanya, tiga jam sebelum menikah satu lagi.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula satu potongan video berhubung poligami yang di sampaikan oleh penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan isu ini menurut perspektif Islam.
Poligami Adalah Perkara ‘Harus’ Yang Dibenarkan Tertakluk Beberapa Syarat!
Mengulas berhubung isu ini, Dr Robiah dalam ceramah berkenaan menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah diharuskan dengan beberapa syarat di dalam Islam. Namun, ia bukanlah satu perkara yang digalakkan.
“Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.
“Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar,” katanya.
Poligami Harus Bagi Lelaki Mampu Harta, Dan Mampu Bimbing Para Isteri Ke Syurga!
Jelasnya lagi, Poligami tidak hanya bersangkut paut dengan kemampuan dari segi harta, nafkah zahir dan batin sahaja, tetapi seorang suami haruslah mampu serta mempunyai keupayaan untuk membimbing kesemua isterinya menuju syurga Allah.
“Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?
Selain itu, Dr. Robiah berkata, kaum adam yang mengamalkan poligami ini juga tidak akan terlepas dari dihisab dan dipersoalkan di akhirat kelak, jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.
“Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.
“Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.
“Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami,” tegasnya.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...