Genting Highlands, sebuah kota keriangan dan lokasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta pemandangan yang indah, ia sering menjadi pilihan anak muda untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan BFF anda.

Boleh dikatakan ia merupakan satu tempat menarik di Pahang yang wajib anda kunjungi. Anda boleh ke Genting Highlands dengan memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam seperti bas. Buat anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk naik ke atas.

Hujung minggu ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk melupakan segala penat lelah serta kesibukan kerja dengan bercuti ke Genting Highlands. Bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur kan? Hijabista kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Rugi kalau tak pergi!

1. Alive Museum

Muzium ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar! Alive Museum mempamerkan trick art, object art dan karya seni lain yang sangat menakjubkan. Karya seni melalui pengalaman 3 dimensi pasti membuatkan anda terpegun dan teruja. Setiap gambar yang diambil akan nampak macam ‘real’. Tentu akan mendapat banyak likes di media sosial.

2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium

Jangan terkejut bila anda masuk ke dalam muzium ini kerana terdapat pelbagai koleksi yang tidak masuk akal dipaparkan di sini. Anda tentu akan terkejut melihat kesabaran yang dimiliki oleh manusia dalam usaha mewujudkan perkara-perkara tersebut. Barangan yang dimiliki memang ‘gila’ dan pelik.

IKLAN

IKLAN

3. Zombie Outbreak

Kalau anda suka pergi ke tempat yang seram, cuba jejakkan kaki di Zombie Outbreak dan rasai sendiri pengalaman dikejar zombie di sini. Secara jujur, Hijabista sendiri terasa seram memasuki rumah zombie ini. Dengan suasana yang gelap serta bunyi zombie yang bermain-main di telinga anda, anda pasti akan lari seperti tidak cukup kaki.

4. Snow World

Sekiranya anda mahu merasai suasana sejuk seperti berada di negara bersalji, jom singgah ke Snow World. Tak tipu, memang sejuk habis! Dengan salji yang turun membuatkan anda terasa betul-betul berada di luar negara. Sejuk sampai ke tulang!

IKLAN

5. Medan Selera Berkonsep Moden Mewah

Terbaru di Genting Highlands, medan selera ini telah dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting. Pelbagai pilihan makanan serta masakan menanti para pengunjung di medan selera ini. Apa yang pasti, ia sangat selesa dengan persekitaran yang santai dan mudah diakses. Anda sendiri boleh membuat pilihan makanan yang terdiri daripada Nasi & Rempah-Ratus, aneka mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng rangup. Medan Selera ini terletak di Aras G, SkyAvenue dan dibuka bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Hijabista sudah rasai sendiri hidangan makanan di sini dan tidak dinafikan memang sedap belaka!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI