Ditubuhkan pada 1970, Sephora adalah sebuah konsep peruncit kecantikan yang berwawasan diasaskan di Perancis oleh Dominique Mandonnaud. Kini terdapat beberapa buah telah dibuka di Malaysia menjadikan stor ini menjadi kegemaran hijabi si beauty junkies.
Kedai Flagship Terbesar Sephora Dibuka Di Fahrenheit88
Sephora membuka “The Largest Beauty Playground” untuk memberi pengkhidmatan tiada bandingan bagi komuniti kecantikan
Sephora membuka kedai flagship terbesarnya di Malaysia di Fahrenheit88 yang berlokasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kedai flagship ini akan menawarkan portfolio jenama yang menarik & beberapa perkhidmatan baharu. Dengan keluasan lebih dari 17,000 kaki per segi, Sephora Fahrenheit88 akan menawarkan lebih daripada 100 pilihan jenama dan produk kecantikan dengan konsep reka bentuk kedai yang baharu dan ikonik. “The Largest Beauty Playground” ini memaparkan inovasi melalui perkhidmatan khusus bagi ahli-ahlinya dengan tujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah omnichannelyang tiada bandingan.
Peneraju Peruncit Kecantikan
Beauty Studio
“Pembukaan Sephora Fahrenheit88 adalah bukti usaha berterusan kami untuk menjadikan Sephora sebagai destinasi nombor satu bagi komuniti kecantikan di Malaysia dan juga meneguhkan Sephora sebagai peneraju peruncit kecantikan di dunia. Kedai flagship adalah “The Largest Beauty Playground” di Malaysia dan bakal menjadi hab kecantikan utama di negara ini,’’ kata Valerie Foong, Pengurus Besar Negara Sephora Malaysia.
Ads
Susunan yang menarik dan memudahkan pembeli
Bersempena dengan pembukaan kedai tersebut, Sephora akan menawarkan sebilangan jenama eksklusif yang hanya boleh didapati di Sephora Fahrenheit88 iaitu Drunk Elephant dan Tatcha. Selain dua jenama itu, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin dan Maison Margiela juga boleh didapati di Sephora Fahrenheit88.
Keunikan Perkhimatan Kecantikan
Ads
Perkhidmatan personalisasi adalah salah satu keunikan yang boleh didapati di Sephora Fahrenheit88. Kedai ini memaparkan integrasi teknologi dengan Kiosk Interaksi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk bernavigasi di kedai; menyemak promosi terbaru, maklumat perkhidmatan dan acara-acara di Sephora; membaca Sephora Buying Guide dan katalog Rewards Boutique; dan memain permainan yang mengujakan.
Ads
Sephora Lounge
Selain itu, terdapat perkhidmatan kecantikan kulit untuk semua pengunjung seperti Perk Treatment by Hydrafacial & Perk Lips — suatu rawatan khusus yang menyegarkan untuk wajah dan bibir yang menggabungkan teknik pembersihan, pengelupasan, dan hidrasi secara serentak; dan Skincredible, by Sephora — suatu khidmat analisis kulit yang menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan kulit. Perkhidmatan lima belas minit ini adalah percuma dan pengguna boleh mendapat cadangan produk yang paling sesuai berdasarkan keadaan kulit.
Layanan Istimewa Eksklusif Yang Pertama Di Malaysia
Beauty Loft – lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia
Di tingkat satu, ahli Gold Member boleh menikmati layanan istimewa seperti perkhidmatan membeli-belah peribadi (personal shopper) dan khidmat ukiran (engraving service) di Beauty Loft,suatu lounge peribadi eksklusif yang pertama di Sephora Malaysia. Juga di tingkat satu, Sephora Fahrenheit88 akan menyediakan ruang seperti Sephora Lounge — sebuah ruang acara, dan The Studio — sebuah studio fotografi, untuk digunakan oleh rakan dagangan untuk berinteraksi dengan pelanggan mereka di Malaysia.
Dari kiri – Benjamin Vuchot, Valerie Foong and Alia Gogi
Kedai flagship ini telah dibuka kepada orang ramai pada 18 Januari 2020. Untuk mendapatkan maklumat dan promosi di masa hadapan mengenai Sephora Fahrenheit88, kunjungi Facebook, Instagramatau laman webSephora Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biasanya ramai yang mencari tip di alam maya bagaimana mahu menguruskan berat badan. Tetapi jarang kita membaca perkongsian mereka yang mahu menaikkan berat badan. Baru-baru ini pengusaha Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nononess, berkongsi di laman instagramnya bagaimana dia menambah berat badan. Pemilik tudung ini memang memiliki tubuh yang sangat slim dan dia memang bercita-cita mahu menambah berat badan dari sebelumnya.
Hi semua, this post khas pada yang dm tanya anis tentang tips naikkan berat badan. Sebelum plan untuk naikkan berat badan, korang kena tahu dulu berapa metabolisme rate badan kita. Dari situ kita boleh agak agak macam mana cara nak makan and juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam anis. Naik turun naik turun
Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada
Metabolism rate anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 calorie sehari. Jadi untuk anis, naikkan berat badan, anis kena amik kuantiti makanan paling kurang 2000 calorie sehari
Dari makanan anis amik tu, 2000 – 1600(badan bakar tenaga), anis tinggal 400 calorie dalam badan, hopefully, 400 calorie tu simpan boleh jadi lemak and otot
Cane nak kira calorie intake ni, just agak, setiap satu pinggan (contoh nasi lauk ayam) dalam 500 calorie. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi(4 x 500calorie). Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena amik weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pn cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah calorie dalam badan
Exercise pun penting jugak untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan, sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan(bagi effect badan tebal). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh
Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba. Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around
Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6kg. Wish me luck tau
Setakat ni je pengetahuan anis tentang cara naikkan berat badan yg anis belajar dari personal trainer. If anis salah bagi info tolong betulkan ye.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun cepat atau lambat bergantung kepada qadak dan qadar Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya. Perkongsian di laman sosial facebook oleh Nur Syuhada cukup memberi kesan kepada jiwa. Dia dan suami sama-sama berusaha untuk mendapatkan anak melalui kaedah rawatan IUI dan IVF. Perjalanan itu cukup mendebarkan dan akhirnya Allah masih belum mengurniakan anak kepada mereka. Tidak berputus asa sebaliknya akan terus berusaha memulakan perjalanan yang baru.
Ikuti perkongsiannya.
Alhamdulillah diberi peluang menjalani rawatan IVF sebulan yang lalu. Perjalanan dari Ipoh ke PPUM 2, 3 kali seminggu kami tempuhi demi usaha ini. Kepenatan & keletihan ditolak ke tepi. Sedikit pun tidak mengurangkan semangat kami. Tidak semudah yang disangka, setiap kali appoinment sangat mendebarkan. Untuk mengetahui perkembangan telur sama ada membesar atau tidak, ketebalan rahim ok atau tak. ivf boleh diteruskan atau tak.
Di hosp, berjumpa ramai kenalan, pengalaman dan perjalanan TTC saya, dengan keadaan bicornuate uterus,rahim terbentuk menjadi dua, berlainan daripada org lain, rupanya ada insan lain yg lebih kuat ujiannya, lebih hebat cabarannya namun lebih kuat semangatnya. Dari situ, syukur dan redha itu sentiasa dalam hati. En suami selalu ingatkan, jangan rasa down dan selalu sedih, tetapi terima bahawa saya merupakan insan terpilih dan istimewa kerana diberi pengalaman lain dari org lain. dulu, pernah dgr suami sembang dgn kawan dia, ‘isteri saya special, tak macam org lain, rahim ada dua’… ya Allah sebaknya.. tak pernah pertikaikan apa yg dah tertulis.. semangat yg dia bawa, saya amik sedikit demi sedikit.
Setiap pagi dan malam perlu injection sendiri, berpantang makan hanya homecook walaupun penat berulang alik ke hospital & sek tapi kami lalui dengan sangat positif. Kami buang jauh2 perasaan stress & negatif. Sentiasa ketawa & tersenyum. Pernah keluar dari mulut doc, very positive couple.
Ya berkat semangat itu, alhamdulillah telur yang dihasilkan membolehkan prosedur OPU (ovum pick up) diteruskan. Saya dibius, tapi sedar bila prosedur belum habis. Sakit? Yes sakit sangat. Hahahah. Doc terpaksa tambah dos ubat bius utk elakkan saya meronta semasa prosedur.
Alhamdulillah selesai dengan bilangan ovum yang agak banyak ET (embrio transfer) akan dijalankan hari ke3 selepas embrio berjaya disenyawakan. Tapi, malam sebelum ET, perut sangat sakit. Ya Allah sakit yang tak tertanggung.
Pagi sebelum ET, jumpa prof mukhri dan scan. Rupanya ovari membengkak disebabkan kebocoran darah dari ovari selepas OPU. Sebab itu perut terasa sakit yg amat sangat. Prof beri pilihan samada nak teruskan ET atau tangguh. Selepas berbincang, kami teruskan juga proses ET. Sebelum prosedur, embriologist tunjukkan embrio yg berjaya disenyawakan. yaa gred A. terbentuk dengan sempurna.
Alhamdulillah sebak rasanya bila dapat tengok embrio yang telah disenyawakan dalam screen. Kuatkan semangat, buang perasaan sakit, prosedur ET berjalan dengan lancar. Melihat sendiri embrio masuk melalui rahim, menitis juga air mata. Dalam hati, panjatkan doa semoga embrio dan rahim cukup kuat untuk menempel..
2minggu yang lebih mendebarkan sebelum ujian darah. Sakit perut semakin berkurang dari hari ke hari. Hanya bedrest dan dilayan bagai sang puteri. Hahahaha thank you so much en suami atas pengorbanan ini. Tak terbalas rasanya. Sob sob sob Thanks juga mak & bapak serta semua family. No phone, Al quran jadi peneman. Ajaibnya al-quran, doa yang diamalkan sebelum ini, terdapat pada helaian yg dibaca. Seolah Allah beritahu bahawa Dia sentiasa ada. Hebat. Sejak 1st injection bergantung harap dengan doa dan tanamkan reda apa sahaja ketentuan.
Tiada perubahan yang ketara cuma perut terasa cramp kadang kala. Nasib baik cuti sek seminggu.. buka sahaja sesi persekolahan isnin, ke sek seperti biasa. Thanks utk kata2 semangat drpd rakan2. Malam sebelum tidur, ada spotting darah. Dalam hati, ya Allah apa sahaja kemungkinan kami terima. Tepat jam 230am, ke toilet. Ya Allah, darah banyak keluar. Ternyata keputusan IVF kali ini tidak berjaya. Sedih, tapi tahan air mata. Suami terjaga, tanpa banyak soalan, dia peluk erat seakan sudah mengerti dan tiba2 air mata yg ditahan terlepas jua.
Darah semakin banyak, mengalir hingga ke lantai, perut semakin sakit, tapi gagahkan diri ke sek. Seperti ada seketul kecil yang keluar. Terjadinya peristiwa yg tak disangka. Overstress mungkin. Pengsan di sek tatkala sedang mengajar dlm kelas. Ternyata, saya punya rakan2 terbaik. Million thanks to all teachers & staff. Kalian sahabat terbaik pernah hadir dalam hidup saya dilayan seperti sebuah keluarga. Terharu. Ambulans bawa ke hosp kampar dan dirujuk ke pantai hospital memandangkan sudah biasa dgn rawatan drpd doc Jaya Balan.
2 hari admitted ward. Doc beri ubat bekukan darah sebab darah banyak hilang. Doc scan untuk pastikan rahim clear. Jika tidak, perlu d&c. Alhamdulillah, semakin sihat dan tak perlu d&c. Bedrest again.
Terasa bersalah sangat kerana buat semua risau. Husband, family & all my friends. All of them send me motivational text non stop. Bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti mereka dalam hidup.
Sekarang, sedaya upaya untuk jadi kuat, jadi tenang, jadi lebih positif. Semua yg berlaku ketentuan Allah yg terbaik dalam hidup kami. Kami akan sentiasa berusaha, berikhtiar dan tak kan sesekali give up. Kami tak akan persoal kenapa tidak berjaya. walaupun embrio gred yang terbaik, walau berjuta sperm yg aktif, walau ketebalan dinding rahim yang cantik, yang menjadikan semua itu hanya ketentuan Allah. Setakat sindiran dan komen sinis drpd segelintir hamba Allah, takkan berbekas dalam hati ini. InsyaAllah.. kerana ujian dan dugaan yang datang dlm hidup kami sangat mengajar kami erti bersyukur dan redha..
IVF may be the hardest thing yg pernah saya lakukan.. I accept the fact that it was not our rezeki yet. Inilah liku2 perjalanan ivf pertama kami. Pengalaman berharga dan tak ternilai. Selepas ini, kami akan mulakan perjalanan yg baru.
Doakan kami!
2012 bermulalah episod mengorek pengalaman insan senasib di alam maya.. maka lawatan pertama di LPPKN ipoh berjalan lancar. Ujian darah, sperm test dan HSG (urgh paling sakit ok macam mimpi ngeri Dan seperti yg dijangkakan, dapatan HSG ada masalah.. doc sarankan supaya laparascopy dijalankan bagi mengenal pasti kedudukan rahim lebih detail. disebabkan baru mula bekerja dan tiada simpanan yg banyak dalam bank, maka kami mengambil keputusan utk teruskan di hospital lain.. laparascopy dan hysterscopy dijalankan.. hasilnya saya mempunyai dua rahim. Laluan utk ke rahim kanan lebih kecil berbanding laluan ke rahim kiri. So saiz rahim yg lebih besar diperlukan. Yes kes yg jarang dijumpai. Saya dibekalkan clomid dan gonal-f. Berjumpa dengan ramai doc yg berlainan disebabkan doc pakar yg jalankan operation saya sangat2 diperlukan perkhidmatannya di hospital lain. 3 times iui namun keputusannya masih lagi hampa.. jun 2013, nov 2013, jan 2014.
Doc pernah menyatakan bahawa iui hanya 3 kali. Jika tidak berjaya maka rawatan ivf diperlukan.. kos mencecah belasan ribu ringgit biarpun di hospital kerajaan membuatkan kami berfikir panjang.. saya dan suami mula ke hospital lain utk bertanya pendapat doc lain.. dan kami mengambil keputusan untuk ke hospital swasta di ipoh memandangkan kos rawatan ivf tidak banyak beza dan hanya seorang doc yg akan saya berurusan. saya sangkakan pelangi yg bakal menjelma tetapi lain pula jadinya.. saya terpaksa melakukan sekali lagi laparascopy disebabkan cyst kembali membesar dan mengganggu proses penghasilan kilang telur. Walau diuji satu demi satu, kami tetap cekal dan bahagia tak pernah kurang. Selama rawatan di hospital, saya juga teruskan dengan rawatan alternatif. Berurut, darul syifa, makan makanan sunnah, suplement org beritahu apa sahaja semua kami cuba.
Dis 2015, cyst berjaya dikeluarkan. Bagai terhempas batu di kepala, dapatan doc berlainan. Rahim kanan yang lebih besar. Tidak perlu salahkan sesiapa mungkin sahaja ujian yg perlu saya harungi. Selepas beberapa bulan berehat, doc cadangkan agar iui dilakukan sekali lagi. Iui 4 pada sept 2016 menemui kegagalan. Saya teruskan dgn iui 5 pada jan 2017. Juga hampa.. kami berehat memandangkan banyak urusan kerja yg mesti diselesaikan.. selepas murid habis exam, saya kembali ke hospital. Doc cadangkan agar teruskan dgn ivf sahaja memandangkan 5 kali iui masih tiada sinar cahaya..
Namun kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan. Walaupun gagal, Nur Syuhada tetap merasai pengalaman berharga paling tidak ternilai.
Hijabista doakan semoga pasangan ini kuat menghadapi dugaan Tuhan. Kisah mereka menjadi inspiasi buat hijabi di luar sana. Walau apa sahaja yang dilakukan jangan cepat putus asa dan jangan sesekali menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak hijabi mengalami masalah susah nak tidur? Susah tidur atau insomnia merupakan masalah yang paling biasa bagi kebanyakan orang. Ia disebabkan oleh tekanan, gaya hidup yang tidak seimbang, ataupun masalah emosi.
Bagi hijabi yang mengalami insomnia atau gangguan tidur pasti tahu betapa terseksanya memaksa diri untuk tidur setiap malam. Bahkan di Malaysia, kajian menunjukkan 89% masyarakat mengalami insomnia.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah insomnia ini seperti pastikan bilik tidur anda berada pada suhu yang betul, elakkan cahaya dan bebas dari bunyi bising. Tetapi kalau hijabi dan cuba kaedah ini tapi masih tidak berkesan, jangan risau. Hijabista ada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk dicuba!
Melalui video yang dimuat naik seorang pakar kecergasan di laman Tiktok; @justin_agustin, dia telah berkongsi teknik ‘ketenteraan’ untuk lelap dengan hanya 2 minit!
Teknik ketenteraan untuk tertidur dalam masa 2 minit ini memerlukan langkah menggambarkan senario yang tenang untuk mengosongkan fikiran anda dan menghilangkan tekanan tambahan dari fikiran anda.
Difahamkan, teknik tersebut digunakan oleh tentera ketika mereka cuba mendapatkan tidur yang cepat dan nyenyak. Ia dikatakan dicipta oleh pegawai tentera yang sangat mementingkanprestasipasukannya.
Keletihandankurangtidurmembawakepadakesilapanyangtidaksepatutnyadilakukanolehseorangaskaryangbaik,jadidia telah mencipta teknik tersebut yang ternyata berkesan dalam96%kesselepas6mingguujian. Wah, jom kita terokai teknik tersebut!
Hijabi perlu kendurkan otot muka, termasuk lidah, rahang dan otot di sekeliling mata serta fokus kepada pernafasan anda.
Pastikan bahu anda tidak menegang. Jatuhkan bahu serendah yang boleh dan biarkan lengan serta jari berasa longgar.
Pastikan anda kendurkan otot dada, perut, turun ke paha, lutut dan kaki.
Akhir sekali, hijabi perlu kosongkan fikiran selama 10 saat sebelum ‘membayangkan’ salah satu senario yang tenang.
Antara senario yang hijabi boleh bayangkan adalah:
Banyak kesan buruk insomnia seperti imuniti yang lemah, tekanan darah tinggi masalah ingatan, dan penambahan berat badan. Jadi jangan ambil risiko dan cuba dahulu teknik di atas. Penulis berharap teknik ketenteraan ini membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dapat masa rehat yang lebih lama!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.