Tahun ini Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar berpeluang menunaikan ibadah haji. Pasangan muda ini menghabiskan kira-kira 12 hari di tanah suci. Setelah bergelar Hajah pada usia muda, penampilan terkini Aurel Hermansyah turut menjadi perhatian.
Selepas pulang dari haji, Aurel Hermansyah segera melaksanakan pelbagai agenda antaranya menghadiri majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, sambutan harijadi dan lamaran adiknya Azriel Hermansyah.
Penampilan terkini Aurel Hermansyah tidak banyak berubah. Ibu kepada dua anak ini masih mengekalkan gayanya.
Pada majlis pertunangan Aaliyah Massaid dan Tariq Halilintar, Aurel Hermansyah tampil dengan kebaya biru bersulam yang dipadankan dengan selendang dan skirt polos labuh serta bertudung.
Pada majlis makan malam lamaran adiknya pula, Aurel tampil serba hitam dengan pakaiannya ditambah dengan kerongsang jenama Chanel. Dia memadankannya dengan tudung bawal.
Ketika keluar berdua dengan anaknya Ameena, Aurel memilih tweed putih dengan aksen poket. Aurel memilih tudung bawal rona kelabu bagi melengkapkan penampilan.
Semasa bersama rakan-rakan sosialnya, Aurel tampil kasual dengan jaket tweed putih yang dipadankan dengan seluar hitam dan kasut tumit bertali.
Aurel tampil serasi dengan suaminya, Atta dengan pakaian berwarna oren. Aurel memakai kemeja bersama seluar yang digabungkan dengan shawl rona pink belacan.
Sekarang ini sana-sini peniaga menjual durian. Memang meriah sungguh macam ‘pesta’ pula peniaga mempamerkan buah durian di atas rak-rak dan meja bagi menarik perhatian untuk singgah membeli di gerai mereka.
Bau durian yang sangat kuat dan tajam membuatkan raja buah ini menjadi kegilaan penggemarnya. Inilah masanya untuk menjamu selera kerana buah ini ‘datang’ mengikut musim. Jadi inilah masa yang terbaik untuk menikmati buah durian sepuas-puasnya.
Kebiasaanya selepas makan durian kita pasti akan minum air daripada pangsa durian bukan? Petua ini memang diamalkan sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang.
Meminum air daripada pangsa durian (bahagian dalam kulitnya) dikatakan dapat mengelakkan masalah panas badan atau gangguan penghadaman selepas memakannya. Sejauhkah manakah kebenarannya? Berikut fakta yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa. Mungkin ada benarnya.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan Dr Suri Roowi sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang. Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Umum sedia maklum bahawa rakyat di Malaysia terdiri dari berbilang bangsa, sehubungan itu negara kita mempunyai pelbagai jenis budaya dan perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum.
Baru-baru ini, kaum India baru sahaja usai menyambut perayaan Thaipusam yang disambut oleh panganut agama hindu yang bertujuan menunaikan nazar, menebus dosa atau memohon ampun terhadap dosa silam.
Bagaimanapun, satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini telah meraih perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang kecewa terhadap tindakan golongan ini yang kurang sensitif melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kerosakkan kepada akidah dan iman.
Menerusi hantaran video berdurasi pendek yang tular di laman Tik Tok Malaysia gazzette itu, dapat dilihat ramai anak muda Islam samada lelaki mahupun perempuan yang berhijab, serta kanak-kanak dengan selamba mengikuti perarakan Thaipusam, sambil melaungkan perkataan ‘vel-vel’.
Sehubungan itu, tindakan ini telah mencetuskan rasa kesal dan kecewa kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dikalangan umat Islam.
“Umat Islam dilarang (haram) untuk menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan upacara keagamaan orang bukan Islam.
“Pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya,” katanya lapor media tempatan.
Selain itu, tegas mufti lagi, golongan ibu bapa perlulah memainkan peranan masing-masing untuk membimbing anak-anak mereka, khususnya generasi muda dengan memberikan ilmu dan penjelasan yang jelas tentang hukum menyertai ritual agama lain.
Malah, kesalafahaman terhadap konsep toleransi beragama juga perlu ditekankan semula agar generasi muda Islam lebih cakna sebelum melakukan perkara-perkara tidak diingini seperti ini.
“Toleransi bermaksud, rakyat Malaysia perlu saling hormat menghormati kepada semua agama yang dianut oleh kaum-kaum di negara ini.
“Dari perspektif Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” tegasnya.
Sekadar info, pada 5 Februari lalu (Ahad) kaum India dan penganut agama Hindu di Malaysia telah menyambut perayaan Thaipusam dan seperti biasa kuil Batu Caves dipenuhi dengan kehadiran ramai orang bagi memeriahkan hari tersebut.
Semalam rakyat Malaysian digemparkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melanjutkan tempoh masa parti politik untuk membentuk kerajaan.
Parti politik negara yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 perlu mengemukakan senarai sokongan dengan menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, sebelum jam 2 petang, hari ini.
Bagaimanapun, adakah penantian rakyat akan terjawab hari ini? Siapakah bakal dipertanggubgjawabkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya?
Persoalan ini tidak hanya timbul dikalangan netizen sahaja, malah ia turut menjadi topik hangat yang menjadi perdebatan dikalangan artis tempatan.
Antara selebriti yang lantang bersuara menyatakan pendapat mereka terhadap isu ‘kerajaan tergantung’ ini adalah tiga pengarah tersohor tanah air Michael Ang, Datuk Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Selebriti Chef, Datuk Chef Wan.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Pengarah dan pelakon Michael Ang membahaskan berkenaan ‘coaliation’ atau gabungan parti politik negara bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.
“Apa akan jadi ya kalau BN tak nak menyertai PN atau pun PH? Sebab PN dan Borneo yang sama-sama menyekat PH pun tidak cukup majoriti. Adakah kita perlu keluar mengundi balik?
“Siapa boleh jawab sebab Google juga tidak mempunyai jawapan untuk persoalan ini?” soalnya.
Mengulas isu sama, pengarah dan juga pelawak terkenal, Datuk Afdlin Shauki pula bertindak mempertikaikan sistem Pilihanraya Malaysia.
“Sesuatu yang tidak kena dengan sistem kita. Mungkin, okey bila hanya dua blok politik parti besar. Tapi, bila ada tiga blok besar, kemungkinan benda ni berlaku adalah tinggi (kesukaran memilih).
“Masalahnya kalau tidak ubah legistatif tentang pilihan raya, rata-rata rakyat rasa buang masa sahaja pergi mengundi. PH mempunyai 5.8 juta undian dengan 82 kerusi dan PN pula memiliki 4.7 juta undian dengan 73 kerusi.
“Ingat tagline ini, ‘rakyat memilih, bukan MP sepakat’,” ujar Afdlin.
Artikel Berkaitan: Mira Fillzah Terkilan, Dua Pemimpin ‘Popular’ Negara Kecundang Pada PRU15
Dalam pada itu, Erma Fatima menerusi medium sama juga turut memuat naik tangkap layar artikel sebuah akhbar memaparkan situasi Malaysia, yang dibayangkan ‘hebat’ sekiranya PH bergabung dengan PN dan parti Sabah dan Sarawak.
Namun, menerusi ruangan kapsyen, pada hantaran tersebut, pelakon watak utama Mak Cun itu meragukan perkara itu.
Bagaimanpun, Erma juga menyatakan bahawa dia turut berdebar menantikan keputusan kerajaan baharu yang bakal diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
“PH menewaskan PN dengan 1.2 juta undian popular. Jika PH tidak berpeluang untuk menubuhkan kerajaan, maka mandat rakyat telah dirompak semula.
“Kuasa sebenar kerajaan terletak di tangan pengundi. Bukan parti atau calon yang menang. Oleh itu, pengundi perlu diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.
Melihat kepada perkara ini, Hijabista merasakan setiap rakyat Malaysia mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.
Walaupun terkadang bercanggah fahaman, namun itu tidak mematahkan semangat dan kecintaan kita sebagai satu bangsa Malaysia.
Hijabista berharap agar kerajaan yang baharu dapat ditubuhkan segera dengan barisan kepimpinan yang layak untuk menerajui tampuk kepimpinan negara kearah Malaysia yang lebih baik.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.