Astro mengumumkan pemeteraian kerjasama jangka masa panjang dengan SR One Sdn. Bhd. yang disaksikan oleh Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario dan Pengarah SR One Sdn. Bhd serta penulis novel tersohor, Siti Rosmizah Semail.

Kolaborasi ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penyiaran tersebut sebagai hab utama negara untuk pembikin-pembikin drama mahupun kandungan yang berprestij dengan mengunci empat buah novel hasil nukilan penulis prolifik tersebut.

Jangan Menangis Cinta, Andai Itu Takdirnya 1&2 serta Takdir Itu Milik Aku bakal menemui peminat-peminat drama di Astro bermula bulan Mac ini sehingga 2023. Penjualan novel- novel tersebut telah mencecah lebih daripada setengah juta naskah dan merupakan antara novel-novelnya yang terlaris.

Garapan naratif Siti Rosmizah yang berpaksikan pergolakan emosi merupakan kekuatan novelis tersebut yang mampu menarik minat penonton-penonton untuk mengikuti drama- drama beliau. Watak-watak yang dihasilkannya adalah ikonik dan seringkali menjadi topik perbualan di laman jaringan sosial sehinggakan trending.

IKLAN

Adaptasi hasil-hasil nukilan Siti Rosmizah di platform Astro bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan peminat-peminat drama tempatan. Kejayaan drama-drama adaptasi beliau yang lalu menunjukkan pencapaian rating tinggi yang konsisten.

Ini termasuk Lafazkan Kalimah Cintamu yang telah menjadi Drama Top Rated untuk tahun 2018 dan Curi-Curi Cinta pula menjadi drama yang mencapai rating tertinggi untuk 2019. Manakala Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi drama yang memperoleh rating tertinggi untuk 2021.

IKLAN

SINOPSIS ‘JANGAN MENANGIS CINTA’

Riyana (Amyra Rosli) seorang gadis dari keluarga sederhana. Pertemuan tanpa diduga dengan pelajar lelaki bernama Zafran Zahim (Remy Ishak) telah mengundang masalah pada dirinya. Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat halang. Selepas tamat belajar, Hariz (Halim Radzi), abang Zafran telah menghantar rombongan meminang setelah jatuh cinta pandang pertama pada Riyana.

IKLAN

Namun bahagia hanya seketika, Hariz berubah secara tiba- tiba dan memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan. Begitu juga Zafran, Dina (Rita Nadira) memutuskan pertunangan mereka untuk mengahwini Hariz. Riyana redha menerima. Dia menganggap mereka tiada jodoh. Tapi Zafran mengamuk. Dia bergaduh dengan abangnya yang dituduh merampas tunangnya. Zafran berdendam dengan abangnya.

Dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Riyana. Di awal perkahwinan mereka begitu hambar. Zafran masih dingin dengannya. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga layanan keluarga Zafran padanya. Namun atas kesabaran Riyana akhirnya Zafran mula jatuh cinta padanya.

Bahagia hanya seketika, Riyana diduga. Anak yang dilahirkan cacat. Cinta Aryana lahir tanpa sebelah kaki. Zafran tidak dapat menerima. Dia malu dengan kecacatan anaknya yang mendorongnya untuk menceraikan Riyana dengan talak satu. Mampukah ketulusan hati Cinta Aryana menyatukan semula kedua orang tuanya? Nantikan kisahnya dalam drama hebat ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI