Jika hijabi membesar dengan saluran Astro Ceria, pastinya hijabi pernah menonton drama rantaian komedi iaitu ‘Elly & Epit’ yang ditayangkan sekitar tahun 2011 hingga 2013.
Selain daripada Sweet Qismina dan Afieq Shazwan sebagai pelakon utama, dua lagi watak yang turut menyerikan lagi drama tersebut ialah Hujan dan Diana yang dilakonkan oleh Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana.
Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Siapa sangka bermula daripada sebuah drama, akhirnya mereka berjodohan dan kini bergelar suami isteri.
Buat pengetahuan semua, Hadi merupakan peserta Idola Kecil 3 manakala Dayana Amerda pula juara Idola Kecil 2.
Pasangan yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada November lalu kini telah selamat dinikahkan pada hari Sabtu yang lalu di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih.
Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya disatukan. Ibu Dayana, Aida Daud telah meluahkan rasa bahagianya terhadap perkahwinan ini di laman instagramnya.
Tak dapat gambarkan perasaan mcm mana hanyalah mampu bersyukur pd Allah S.W.T di atas limpah kurnianya.. Tkde la teman nak gaduh, nk gile2, nak masak sesama, nak cuti sesama.. dia lah teman rapat selain anak kesayangan sy, Hari ni telah selamat bergelar Isteri kepada Ust. Hadi Mazlan..
Tiada kata2 mampu sy ucap melainkan berterima kasih dan bersyukur dapat besan yg baik dan supportive.. Tk sedar cepat masa berlalu, kalau lah arwah ade dialah org yg paling bangga dan happy tgk bersatunya anak kesayangan ??Semoga apa yg mendatang bisa di tempuh walau besar mane rintangan.. Semoga di permudahkan Majlis resepsi esok hari.. Tahniah anak mama ???
Di samping itu, ibu Hadi di facebooknya, Anggraini Agam DrAya telah meluahkan rasa terharunya dengan pernikahan ini.
Hari bersejarah bagi kami sekeluarga. Hari ini hari pernikahan anak bongsu saya Hadi Mazlan dengan pasangannya Siti Amirah Dayana. Kedua2nya childhood friends yang punya misi hidup yang sama. Mereka semasa kecil sama-sama berlakon rancangan popular Astro, Elly dan Epit. Semoga dipermudahkan lah bagi kami, Ya Robb. Semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah. Amin.
Ads
Ibu Hadi juga pernah menjelaskan sewaktu mereka baru mengikat tali pertunangan bahawa hidup mereka kini jauh berbeza apabila meninggalkan dunia hiburan.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa, Ampang kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap agama sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2014.
“Cara hidup Dayana juga berubah dengan hidayah Allah SWT setelah menghadapi liku-liku hidup sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika dia dan adik-adiknya masih mengharap kasih sayang seorang ayah.
Ads
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibunya menguruskan rumahtangga dan adik-adiknya ketika ibunya keluar mencari nafkah.
“Insya Allah mereka akan diijabkabulkan pada 16 Jun tahun hadapan, satu tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum Hadi berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajiannya di peringkat yg lebih tinggi.
“Semoga segalanya dipermudahkan bagi kedua pasangan muda ini. Insya Allah, Amin,” tulisnya.
Setelah merayakan hari kemenangan umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri yang sudah pun menginjak hari ketiga pada hari ini, pasti ramai diantara kita yang mahu memulakan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari kampung halaman.
Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir bagi seluruh rakyat Malaysia untum menikmati tawaran tol percuma dari Kerajaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malah, untuk mengelakkan terlibat atau terperangkap dengan kesesakkan lalulintas, kerajaan menyarankan agar masyarakat merancang terlebih dahulu perjalanan masing-masing.
Justeru, Hijabista tergerak untuk berkongsikan empat tips menghadapi dan menempuhi perjalanan panjang serta mengelakkan masalah ‘mabuk jalan’ bagi mereka yang tidak mampu berada di dalam kenderaan untuk jangkamasa yang lama!
Untuk pengetahun Hijabi mabuk jalan boleh dialami oleh semua orang tanpa mengira lapisan usia. Antara gejala anda mempunyai masalah mabuk jalan adalah apabila badan merembeskan peluah yang luarbias, badan merasa sejuk, mual, kepala berpusing, keridakselesaan perut sehingga muntah.
Menurut Medical News Today, mabuk jala. berlaku apabila otak gagal menerima signal yang bertentangan dengan sensory system seperti telinga, mata, dan sendi hingga menjadi punca kepada mabuk jalan.
Bagaimanapun, terdapat cara agar lebaran tetap dapat dinikmati dan anda dapat tiba di tempat tujuan dengan keadaan yang baik, sekiranya mengaplikasikan beberapa tips untuk mengatasi mabuk perjalanan seperti saranan Hijabista!
Pastikan badan mempunyai stamina sebelum melakukan perjalanan jarak jauh, mulakan dengan mendapatka tidur yang cukup serta mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi. Jika anda mengalami gejala mabuk jalanan, cuba berhenti di kawasan Rawat & Rehat seketika pejamkan mata untuk beristirahat sambil menghirup udara segar rasa mual atau gejala mabuk jalan berkurangan.
Sebelum melakukan perjalanan yang jauh, adalah lebih baik jika anda tidak mengambil makanan yang terlalu berat. Ini bertujuan mencegah rasa ketidakselesaan perut daripada mengganggu anda sepanjang perjalanan. Sebagai ganti makanan berat, untuk mengisi perut Hijabi boleh memakan buah-buahan atau makanan ringan yang lain.
Sepanjang perjalanan, pastikan posisi duduk anda selesa untuk mengurangkan gejala mabuk perjalanan. Pilih tempat duduk yang membolehkan anda melihat pemandangan jauh dan dekat iaitu berdekatan dengan tingkap kereta. Selain itu, pastikan anda tidak duduk menghadap belakang.
Aromaterapi maupun bau-bauan yang menyegarkan membantu untuk mengurangkan rasa mual dan tidak selesa akibat mabuk jalan. Banyak pilihan yang wangian yang boleh anda pilih untuk memberi sensasi nyaman dalam kereta anda, seperti aroma kayu putih, rempah, atau lavender yang menenangkan. Anda boleh memilih aroma terapi yang sesuai dan disukai.
Baca buku serta bermain handphone sepanjang atau semasa perjalanan jauh juga merupaka salah satu punca seseorang menghidapu mabuk jalan. Walaupun kedua-dua tindakan ini mampu menghilangkan rasa bosan, tapi adalah lebih baik jika anda menghindari daripada melakukanya seketika dengan mengalihkan pandangan dan menikmati keindahan alama sekitar sepanjang perjalanan anda.
Sejak dilahirkan pada 30 Ogos 2018 yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering menjadi sorotan dan perhatian wargamaya dek kerana kecomelan yang dimilikinya.
Baru-baru ini, tular sekali lagi di laman sosial telatah lincah Jayden yang begitu bersemangat menari dalam sebuah video yang tular di aplikasi Tik Tok
Noor Kartini Kongsi Video Jayden Menari Lagu ‘Blackpink’
Video berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh nendanya, Noor Kartini menerusi sebuah hantaran di laman Tik Tok milikya. Video tersebut memaparkan si kecil itu sedang rancak dan ligat menari lagu nyanyian Blackpink yang bertajuk ‘Pink Venom’.
Telatah Jayden yang begitu bersemangat dan lincah memberikan ‘persembahan’ terbaik buat neneknya itu telah berjaya menghiburkan hati Noor Kartini serta mengukir tawa diwajahnya disaat melihat aksi comel yang dipamerkan oleh cucu kesayanganya itu.
“Jayden naik sehh,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran di laman Tik Tok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si cilik itu yang dikatakan penghibur di hati semua orang.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen setelah melihat gelagat comel Jayden itu. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan bersetuju bahawa Jayden merupakan antara penyeri di dalam keluarga Noor.
Malah ada yang merasakan bahawa satu hari nanti Jayden akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon dan penghibur, Sharnaaz Ahmad.
“Aku syak dia memang jadi penghibur satu rumah ni HAHAHAHAH.
“Penghibur sungguh la Jayden ni hahahaha.
“Jayden ni memang penghibur no.1 untuk kitaorang semua.
“Memang boleh lawan pak hang confident tu..
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada 9 Julai 2020, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Setiap pereka fesyen sentiasa muncul dengan idea baru dalam mereka cipta pakaian supaya pelanggan tidak jemu dengan rekaan sedia ada.
Ada yang mencipta idea pelik yang cantik dan inovasi hingga menjadi viral. Maklumlah setiap pereka mempunyai cita rasa tersendiri untuk nampak unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Itulah kepuasan sebenar seorang pereka jika berjaya mencipta baju yang boleh menggembirakan hati pelanggan hingga mendapat pujian daripada orang sekeliling.
Admin senarai 5 busana yang dirasakan cukup viral serta mendapat perhatian dan terus hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah tidak hairan ada di antaranya menjadikan busana ini sebagain tema untuk digayakan Syawal tahun depan.
Paling sempurna admin katakan adalah baju kurung lipat lengan yang digayakan Tunku Tun Aminah ketika majlis perkahwinannya Ogos lalu. Penampilan puteri ini yang cukup sederhana di majlis perkahwinannya mendapat reaksi positif netizen.
Menggayakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga ini menjadikan penampilan Tunku Tun Aminah begitu ringkas tetapi cukup memukau pandangan. Pemilihan busana ini adalah bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.
A post shared by The Royal Johor (@theroyaljohor) on
Busana ini menjadi pilihan Tunku Aminah untuk digayakan di istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Biarpun nampak simple, tetapi sebenarnya Tunku Aminah memakai busana yang dibuat daripada Tenun Pahang Diraja, rekaan fabrik Bonda Saudara, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Menurut Tengku Puan Pahang, baju itu ditenun oleh banduan-banduan Penjara Penor dan menganggap ia sebagai satu penghormatan. Ada juga netizen yang mula membayangkan untuk menjadikan busana ini sebagai tema untuk digayakan sempena Syawal tahun depan.
Direka oleh Putra dari Cosry yang mencipta gaun perkahwinan bagi Anzalna yang begitu cantik sekali. Gaun ilham dari Barbie Mariposa ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan oleh perekanya hingga mendapat perhatian pengguna sosial di luar Negara seperti UK dan Eropah.
Barbie Mariposa adalah watak kartun iaitu patung perempuan yang mempunyai sayap seperti rama-rama berwarna-warni dan gaun-gaun yang dipakainya diperbuat daripada sayap-sayapnya sendiri yang kelihatan seperti kelopak bunga.
A post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Setiap kali penghujung cerita kartun itu, pastinya penonton akan dapat melihat keindahan gaun Barbie Mariposa yang berubah menjadi warna merah jambu dan jingga lembut. Putra menyiapkan gaun seberat 20 kilogram ini dua minggu sebelum perkahwinan berlangsung.
Gaun yang digayakan itu mendapat perhatian media antarabangsa dan ketika itu ramai gadis yang memasang impian untuk menggayakan gaun itu di majlis perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, turut ada biskut, kek serta tudung inspirasi dari gaun Alzalna ini.
Ketika majlis ABPBH yang berlangsung Mac lalu, pelakon jelita Fazura telah menggayakan dress yang cukup memukau dan jadi bualan seluruh dunia.
Dress biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.
Busana indah ini direka oleh duo popular Rizman Ruzaini yang memang sering kali muncul mereka dress cukup indah dan mempesona untuk selebriti popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ziana Zain dan ramai lagi.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Menurut perekanya yang sudah 12 tahun dalam industri ini berkata, gaun itu diilhamkan menerusi karakter Cinderella tetapi dalam versi moden yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Terbaru, pereka fesyen terkenal, Nurita Harith telah mencipta kelainan dalam industri fesyen apabila mencpta gaun pengantin daripada tisu.
Gaun yang direka menggunakan juntaian fabrik indah ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe. Ia dicipta khas buat pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua di majlis perkahwinan mereka.
Menurut perekanya, walaupun tekstur tisu ini cukup lembut tetapi ia sangat berkualiti dan kukuh untuk disarung pada badan. Gaun potongan duyung dengan perincian renda ini menampilkan bahagian bawah yang berlapis-lapis membentuk gaya dramatik kepada gaun polos ini. Diberikan sentuhan etnik di bahagian kolar Mandarin dan lengan paras siku bagi menyerlahkan aura sopan.
Satu lagi baju yang agak pelik tetapi cantik adalah juga daripada ciptaan duo Rizman Ruzaini yang digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal yang turut mendapat perhatian netizen.
Busana yang diinspirasikan daripada lambang kebangsaan negara iaitu Menara Berkembar Petronas ini telah digayakan oleh Kiran di Manila, awal tahun ini.
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Perekanya memberitahu busana potongan jumsuit ini menggunakan lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis dilakukan penuh teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatannya. Berat baju ini adalah 10KG dan menara itu direka untuk keselesaan Kiran apabila memperagakannya.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.