Hari Ibu yang disambut pada setiap bulan Mei diraikan bagi menghargai insan yang sangat disayangi dan bermakna dalam hidup iaitu ibu kita. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya bersama ibu tercinta kerana ada yang terlebih dahulu sudah dijemput Sang Pencipta.
Di laman Twitter, Eisya Azlan telah berkongsikan kisahnya yang sedih apabila ibunya telah pun meninggal dunia tiga hari sebelum Hari Ibu.
Bagi melepas rindu yang tiada berpenghujung, dia melakukan insiatif tersendiri dengan memberikan hadiah buat semua ibu saudaranya sempena Hari Ibu yang lalu.
Ads
Saya lihat ramai yang mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu mereka. Selamat Hari Ibu, ibu. Dia telah meninggal dunia tiga hari yang lepas jadi saya melakukan sedikit kejutan dengan memberikan hadiah kepada semua ibu saudara saya. Rindunya dekat ibu. Semoga ibu tenang di sana. Terima kasih untuk segalanya.
Ads
Al-fatihah untuk arwah ibunya.
Ramai netizen yang turut tersentuh apabila membaca perkongsiannya ini. Mereka turut berharap Eisya terus tabah menjalani kehidupan dan mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah, amin.
Dunia tanpa sempadan mendedahkan kepada kita pelbagai perkongsian dari pengguna media sosial terutama dalam dunia kecantikan. Namun tidak semua produk yang dihasilkan elok untuk kulit kerana ada antaranya boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Perkongsian dari doktor ini mengingatkan betapa bahaya hasil DIY penjagaan wajah yang dibuat sendiri. Menurut Dr Norbaizura Mohd Ismail memberitahu terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan kulit wajah seseorang. Malah lebih teruk ada yang menyebabkan kulit bernanah dan terbakar.
Jadi dia menasihatkan mereka yang membuat campuran bahan sendiri ini agar jangan sebarang tempek produk ini pada kulit wajah. Malah bahan berasaskan natural juga tidak semestinya tiada kesan sampingan. Justeru dia menasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum letakkan sebarangan bahan pada muka.
Hati2 ketika menggunakan skincare DIY!
Apa tu skincare DIY?
Mesti ramai yang pernah cuba kan skincare DIY ni? Amek yogurt, lps tu cmpur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), pastu tempek kat muka… Haaaaa kalau biasa buat mcm ni, hati2 tau!!
Terdapat byk kes peradangan/burn (contact dermatitis) yg saya terima di klinik akibat skincare DIY ni. Yang paling sering adalah burn sebab letak kunyit, bawang putih, limau, baking soda etc pada muka. Smpi terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yg penuh naik jerawat nanah2 di muka!
Skincare DIY ni bukannya semua tak bagus. Tapi ada bahan2 termasuk yang natural atau alami ni sebenarnya dapat menyebabkan alergik, iritasi atau kulit terbakar.
So, jangan letak sebarangan benda kat muka! Even alami/natural pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan allergik! Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarangan bahan di muka.
Towards healthy, radiant skin
KREDIT GAMBAR: GOOGLE IMAGE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Satu masa dahulu, namanya berdiri setanding Maria Elena, Nisa Kay dan ramai lagi menerusi penulisannya di blog. Cukup santai dan memberi pelbagai informasi kepada para pembaca. Masa berlalu dan kini pemilik nama Fatin Liyana telah pun bergelar seorang doktor dan juga isteri kepada Doktor Anwar Fazal dan ibu kepada puteri comel bernama Ajda.
Sekitar dua minggu yang lalu, Fatin Liyana bersama suaminya dilihat telah bercuti ke Kashmir, India dan banyak gambar yang menarik telah dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya bersama suami. Difahamkan, pasangan suami isteri ini tidak membawa puteri kesayangan mereka atas sebab-sebab yang tertentu.
Malangnya, perkara ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen dan kebanyakan mereka meninggalkan komen-komen berbaur negatif di akaun Instagram mereka. Pada awalnya, Fatin hanya membiarkan sahaja kata-kata yang mengkritik tindakan mereka meninggalkan anak mereka itu. Namun apabila dia melihat netizen semakin rancak mengkritik, akhirnya dia tampil memberi penjelasan tentang hal ini.
Ibu mana yang tegar meninggalkan anaknya tanpa alasan yang kukuh. Pasti ada sebab disebaliknya hingga membuatkan pasangan suami isteri ini nekad dan membuat keputusan untuk tidak membawa anak mereka. Menurutnya, Ajda dilahirkan tidak cukup bulan dan sewaktu kandungan Fatin mencecah 35 minggu, pakar menyatakan bahawa kandungannya mengalami Intrauterine Growth Restriction (IUGR) di mana bayi di dalam kandungan sudah berhenti membesar. Fatin sendiri merasakan bayi di dalam kandungannya seperti tidak aktif.
Maka, suami isteri ini bersetuju untuk melahirkan Ajda pada 35 minggu 5 hari menerusi kaedah pembedahan caesarean section. Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan ini atau premature ini dipanggil fighter kerana mereka perlu membina antibodi mereka sendiri. Jadi, mereka amat mementingkan kesihatan Ajda dan sentiasa berhati-hati sekiranya mahu membawa Ajda ke tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai. Tentunya dia lebih arif dengan kesihatan anaknya dan kerana tidak mahu sebarang kejadian buruk berlaku, dia terpaksa tinggalkan anaknya bersama ibu serta adiknya.
Peluang yang ada juga digunakan untuk bercuti berdua untuk mengembalikan semula rasa kasih sayang sama seperti kali pertama mereka bertemu. Sebagai manusia, berhenti menghukum dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Jangan menghukum tanpa anda ketahui kisah yang sebenar. Doakan yang terbaik sesama sendiri dan itu lebih mendatangkan ketenangan pada jiwa. Ayuh kita baca perkongsiannya.
I feel there’s a need in me to explain to rectify the false accusation made against me. Believe me, I adalah orang paling last nak layan benda-benda macam ni, esp bila I tengah on holiday with my spouse ?. Tapi I tengok bila I diam makin menjadi-jadi pulak accusationnya. Jadi marilah I bercerita sikit pasal myself
I kahwin masa housemanship. 2 months later, I got pregnant. Kitorang PJJ. Husband di Pahang, I di KL. Bayangkan sudahlah pregnant, pergi kerja pukul 5 pagi, balik 11 malam. Seminggu ada sekali off day. I sewa bilik di hospital, duduk sorang-sorang. Sepanjang I pregnant tak pernah ambil MC. Tak makan, tak cukup tidur, muntah pening semua I tanggung sendiri. Seksa? Ya. Nangis? Perkara biasa. Tapi I memang dah foresee kesusahan ini. Lagipun bukan I sorang yang alami benda ni. Semua doktor alami perkara yang sama masa housemanship. Setiap hari I berdoa Allah bagi kekuatan untuk I dan anak ini untuk tempuhi hari-hari yang mencabar.
Tapi Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Masa I pergi check up, specialist bagitau yang kandungan I affected. Ajda IUGR, tak membesar dalam rahim I. At the same time, maybe sebab I pushed myself to the limit, I dapat heart condition called PVC. Bila I penat atau stress, I akan dapat palpitation, chest pain, shortness of breath dan sebagainya. I tak pernah sakit, seumur hidup I. Inilah kali pertama, I jadi pesakit di red zone ED, admitted di CCU selama 3 hari dan seterusnya menjadi pelanggan tetap IJN.
O&G specialist & cardiologist kata, kalau I sayangkan kandungan ini, I kena cuti sehingga delivery. Sebab kalau I pergi kerja, I akan overwork dan overstress maka anak ini akan mengalami masalah tumbesaran di dalam rahim. Maka I akur dan cuti sakit selama hampir 3 bulan untuk menunggu delivery
Lebih kurang ketika usia kandungan mencecah 35 minggu, Ajda sudah berhenti membesar. Specialist sahkan kandungan I mengalami Intrauterine Growth Restriction (IUGR), I juga dapat rasa yang fetal movement seperti tidak aktif. Kami bersetuju untuk melahirkan anak ini premature pada 35 minggu 5 hari. Maka lahirlah Ajda ke dunia ini melalui kaedah pembedahan caesarean section.
Kerana ada beberapa masalah, Ajda tinggal di NICU selama 9 hari. Selama 9 hari hubby jaga I di wad. I tak dapat nak berpantang kerana ibu di Seremban manakala kami di hospital di ibu kota. I hampir dapat postpartum depression ketika di wad kerana letih berulang-alik ke NICU untuk nursing Ajda. Hubby ambil cuti lebih semata-mata untuk menjaga I dan Ajda.
My parents dua-duanya masih bekerja. Ibu insisted untuk jaga I di hospital tapi husband menolak kerana merasakan itu tanggungjawab beliau. Susah senang hanya kami berdua yang tahu.
Setelah semuanya dipermudahkan, I balik berpantang di Seremban dengan Ajda manakala husband pulang ke Pahang untuk bekerja. Kami hanya berjumpa seminggu sekali. I cuma upah makcik urut ketika pantang. I takde helper, takde maid dan takde adik beradik perempuan untuk tolong I. Makanan pantang ibu I masakkan. I makan banyak giler, nasib baik berat turun ahaks. I jaga Ajda sendiri. Baik buruk,salah betul, tolak belakang. Apa yang I ada, apa yang I tahu,semua I curahkan untuk Ajda.
Lepas habis cuti, I naik kerja. Alhamdulillah husband dapat tukar kerja di Putrajaya. Kami akhirnya dapat tinggal sebumbung sejak kahwin. Kami menyewa di condo berdekatan dengan hospital I. Kami tinggal bertiga. Husband, Ajda dengan I. Pagi pagi pukul 6 pagi husband akan hantar Ajda ke babysitter dan fetch her around 7 malam. I masih lagi houseman, cuma dah jadi senior houseman (yay boleh balik awal). Bila I oncall, SIL akan datang untuk tolong husband I jaga Ajda. Basicly, SIL akan datang once a week untuk jagakan Ajda. Thats why Ajda sayang sangat CikNa dia.
Husband terima kekurangan I sebagai seorang isteri. Kami tak pernah bergaduh tentang hal ini. I tak dapat nak siapkan baju husband atau nak prepare breakfast setiap hari. Cuma bila hari cuti, I akan masak. Lepas tu kami bertiga akan pergi jalan-jalan around KL. Walaupun simple, itu sudah cukup membahagiakan untuk kami bertiga.
Apabila tamat housemanship, I apply untuk kerja di Klinik Kesihatan kerana tiada oncall serta waktu kerja yang lebih santai dan teratur. I nak tengok Ajda membesar di depan mata I. Lagipun sejak lahir hingga sekarang, tangan inilah yang mengasuh dan membesarkan Ajda. I tak biasa anak takde depan mata. Baik susah baik senang, Ajda adalah anak yang dikandung di dalam rahim ini selama 8 bulan. Perit jerih hanya suami dan I tahu.
Sekarang Ajda dah makin besar, approaching 2 years old, kehidupan kami dahmenjadi semakin relax. Pagi-pagi I akan hantar Ajda ke playschool dan pergi kerja. Petang I akan fetch Ajda dan kami akan pergi park sebelum balik rumah. Husband biasanya akan balik pukul 7-8malam. Lepas tu kami bertiga akan spend time together. Sebab husband I tengah ambil master di PPUKM (kelas during weekend), maka husband selalu hangkut kami berdua hotel-hopping around KL. Basically dalam sebulan tu mesti Ajda akan tidur hotel sekali. Tak taula dia ingat ke tidak hehe.
Ajda kan lahir premature. Budak budak premature ni orang panggil fighter sebab dorang kena build up antibody sendiri. Berbanding baby lain, at the end of trimester, mother akan transfer antibody to the baby. So baby full term ni antibody dia banyak dan kuat. Senang cerita, Ajda cepat sakit. Mandi swimming pool terus demam. So I memang agak berhati-hati in terms of her health. Jarang sangat I bawak dia pergi crowded area atau tempat yang tak hygienic.
Sejak kami berkahwin hampir 3 tahun ini, yang ada cuma penat, stress dan sacrifice. Kami terlalu fokuskan tentang kerjaya dan membesarkan anak. Kadang-kadang terlupa yang selain menjadi ‘ibu bapa’ kami juga adalah ‘suami isteri’.
Ajda dah semakin bijak dah pandai, maka kami ambil peluang ini untuk travel berdua untuk kembalikan rasa kasih sayang sama sewaktu kami pertama kali bertemu. Setahun sekali, itupun cuma selama 7 hari, I minta husband bawa I travel tengok dunia luar sebagai terapi.
Entahlah mungkin cara I berbeza. I dilihat kejam kerana tak bawa anak ketika travel. Tapi hanya ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Melihat kondisi anak I, dan I pon seorang doktor, I lebih arif tentang kesihatan anak I. Kerana I sayangkan Ajda, I tinggalkan dia bersama CikNa & nenda. Kerana I sayangkan husband I juga, I tidak lengah mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan masa luang dengan cinta hati I.
Kita semua punya cerita berbeza. Kita semua punya masalah yang tak sama. Ada yang diluahkan dan ada juga yang tak terluah. Itu lumrah. Yang terbaik ialah kita belajar untuk meraikan perbezaan antara kita dengan lapang dada & mendoakan yang terbaik buat sesama. Itu lebih mendatangkan ketenangan pada jiwa.
Yang sering menyesakkan fikiran & jiwa kita ialah bila kita memandang orang dengan pandangan sangkaan, kedengkian & kebencian. Habis semuanya mahu kita hukum dengan kata-kata hukuman tanpa diketahui hujung pangkal cerita kebenaran.
Berhenti menghukum dan lihatlah dunia & manusia dengan sangkaan yang baik-baik sahaja.
Video yang dimuat naik sejak 4 April itu sudah mencecah 17.3 juta tontonan di Instagram Tya pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengundang pelbagai komen warganet.
Lakonan hebat Ogy sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, begitu juga dengan Tya apabila berjaya memperlihatkan sisi berbeza dirinya dalam berkarya, antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Strategi pemasaran usahawan muda ini lain dari pada yang lain, tidak meletakkan promosi produk secara murahan, drama pendek ini tarik perhatian netizen patah lagi bergading dengan pelakon lagend. Tya akui, satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.
Sementara itu, Ogy berkata, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik betul.
“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara. Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” katanya.
Rata-rata komen netizen menerima baik lakonan Ogy yang semestinya memberi kesan yang mendalam.
Bukan sekadar menonton drama pendek ini, anda berpeluang menang duit raya daripada Tya Arifin. Mudah sahaja hanya Tonton sampai akhir drama pendek ini di Youtube Tya Arifin untuk sertai peraduan ‘giveaway’ duit raya https://youtu.be/2uup5dcA_Kg
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di