Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!
Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.
Mira Filzah Dan Tracie Bersatu Dalam Kempen Sebuah Jenama Tudung!
Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!
“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.
Tracie Enggan Tumpang ‘Populariti’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri
Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.
Ads
Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.
Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.
Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.
Ads
Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Hari ini kecoh dilaman sosial berhubung pernikahan kali ketiga pelakon Tentang Bulan, bersama jejaka pilihan yang digembargemburkan merupakan seorang jutawan, Aliff Awang.
Malah, bekas suami kepada Fatin Afeefa yang juga seorang pelakon, Adam Shahz turut menzahirkan rasa gembira sebaik mendengar perkhabaran itu dan bersyukur terhadap ikatan perkahwinan bekas isterinya itu.
Memetik laporan Harian Metro, selain itu, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari tahun depan.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.
“Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya lapor Harian Metro.
Tambah Adam lagi, itu merupakan perbicaraan pertama bagi dirinya dan Fatin dalam menentukan hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, hasil perkongsian hidup mereka yang kini sudah berusia tujuh tahun.
“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” jelasnya.
Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.
Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Besar harapan mereka untuk melihat pelajar dapat menyerap segala ilmu, mudahan pengetahuan yang peroleh berupaya melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka besar kelak.
Namun inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diguna pakai ketika ini untuk sesi persekolahan seluruh negara, pada hakikatnya menyimpan seribu kegusaran buat golongan ini, dalam memastikan pelajaran murid tidak tercicir.
Zurina Shaari, 49, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Sitiawan, Perak, berkata, sepanjang implementasi PdPR, ia bukan sahaja satu perjalanan yang cukup mencabar buatnya dan guru-guru yang lain apabila terpaksa memahirkan diri dalam penyediaan bahan menggunakan teknologi ICT. Bahkan keadaan pelajar yang terjejas, sering kali mengusik emosi dan naluri keibuannya.
“Anak-anak murid ini ibarat anak sendiri jugalah. Jadi apabila mendapat khabar ada daripada kalangan mereka yang terpaksa makan bubur nasi pada musim PKP/PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), terus mengalir air mata kerana memikirkan anak-anak didik terpaksa belajar dalam keadaan perut yang lapar.
“Mereka ini adalah golongan yang terjejas, setelah ibu bapa kehilangan kerja dan punca pendapatan. Kisah sebegini memberi kesan emosi kepada sebagai guru yang mengajar” katanya yang mengajar tiga subjek, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Apabila bercakap mengenai PdPR, lazimnya komentar ramai memberikan reaksi bahawa pelaksanaan ini kurang berkesan kepada pelajar. Kegagalan pelajar memberikan tumpuan, menyiapkan tugasan, tiada kemudahan komputer riba dan masalah internet, antara isu berbangkit.
Sehinggakan golongan guru atau pendidik turut terpalit dengan tohmahan ‘makan gaji buta’. Namun kata-kata seperti itu tidak sedikitpun mematahkan semangat golongan pendidik seperti Zurina.
“Saya tak pernah putus asa. Saya cuba sampaikan sesi PdPR secara dua kaedah iaitu dalam talian dan luar talian. Sediakan modul bagi murid yang tidak mampu. Dengan harapan, semua murid berjaya sertai kelas walaupun saya terpaksa sediakan banyak kaedah,”kata Zurina lagi.
Bukan semua guru mempunyai cabaran yang sama, berbeza pula dengan Siti Khadijah Anis, 36, yang merupakan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah, cabaran sepanjang PdPR adalah dari segi kepuasan mengajar, dimana pengajian secara atas talian dengan mengajar secara bersemuka menuntut pendekatan yang berbeza.
“Saya mengajar Matematik dan mempunyai 3 kelas tingkatan 5. Pada saya bila kita sebagai guru yang mengajar kelas peperiksaan terutamanya bagi murid yang akan menghadapi SPM tekanannya memang lain. Setiap hari kena fikirkan cara yang terbaik untuk murid hantar kerja dengan mudah, kena study dahulu dan kuasai tajuk yang akan disampaikan kepada murid kerana tahun ini merupakan tahun pertama SPM dijalankan dengan format KSSM (format baharu), justeru kena fikir dan sediakan latihan-latihan yang menarik kepada murid supaya mereka tidak bosan dengan kelas yang dijalankan.
“Pada masa sama, sebagai isteri dan ibu saya perlu menguruskan rumahtangga dan pantau PdPR anak yang masih darjah 3, sememangnya perlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa, kadang kala perlu mengajar anak bila ada waktu terluang antara kelas yang lain. Fizikal dan mental jangan cakaplah memang sangat penat, namun begitu saya perlu menguruskan emosi dan masa dengan baik,” katanya.
Keluhan bukan satu cara untuk terus kental dalam hadapi cabaran seorang guru ketika pandemik covid-19. Untuk kekal positif, kedua-dua guru berjiwa kental ini mengambil keputusan menyertai Program Transformasi Diri Guru anjuran Muhayya Momentum yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.
Zurina dan Siti Khadijah Anis menyertai program yang dikendalikan oleh transformasi speaker terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, itu kerana merasakan dalam situasi sekarang ini, golongan pendidik juga memerlukan motivasi, kata-kata semangat serta sistem sokongan, bagi mempersiapkan mental dan fizikal menghadapi sistem pembelajaran yang lebih mencabar.
“Program Transformasi Diri Guru ini bukan sahaja dapat meningkatkan motivasi diri, bahkan melengkapkan nilai kerohanian yang tinggi dalam diri dan berjaya merubah diri ini menjadi insan sentiasa positif dan berjiwa besar. Sentiasa memohon maaf dan memohon dihalalkan ilmu serta waktu pengajaran dengan anak-anak didik,” kata Zurina.
Sementara Siti Khadijah meluahkan kelegaan apabila memutuskan untuk menyertai program ini yang berjaya mengembalikan semangatnya yang sedikit pudar gara-gara tekanan pandemik Covid-19.
“Sememangnya dengan izin Allah, setelah saya sertai program ini sekurang-kurang ianya memberi saya rasa gembira, bersemangat dan yakin apa yang perlu dilakukan. Paling saya ingat, bonda ada sebut kerisauan yang ada ubah kepada doa. Sebab hati murid-murid kita Allah yang pegang.
“Kenapa perlu risau murid kita masuk kelas online ke tidak? Hantar kerja ke tidak? Apa yang bonda katakan semasa program ini antara yang paling memberi kesan dalam hati dan diri saya, doakan murid-murid kita semoga dibukakan pintu hati mereka. Saya akui kadang kita terlupa untuk mendoakan pelajar kita untuk sertai kelas atas talian,” katanya.
Oleh kerana sambutan luar biasa yang diterima pada sesi pertama yang lalu, pihak Muhayya Momentum sekali lagi membuka penyertaan bagi sesi ke-2 program ini.
Program Transformasi Diri Guru 2.0 khabarnya lebih mengujakan dengan kehadiran selebriti terkenal tanahair, Nur Fazura Sharifuddin sebagai tetamu undangan. Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, ketika dihubungi berkata, Program Transformasi Diri Guru 2.0, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksana kerana walau apapun juga kondisi negara ketika ini, pendidikan tetap perlu diteruskan demi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
“Sebenarnya kalau kita perhatikan dalam apa juga kerjaya, kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan diri kita, jadi kita perlu ada dua ilmu. Ilmu melakukan pekerjaan dan ilmu menambah baik meningkatkan keberkesanan orang yang melakukan pekerjaan itu. Jadi cara yang bomda berikan ini bukan untuk mengajar tetapi macam mana pengajar itu hendak meningkatkan taraf dari segi imej diri, sistem nilai, tabiat, tindakan dan In Sha Allah kepada hasil yang dilakukan.
Wang bukan ukuran dalam membantu para guru untuk kekal positif hadapi cabaran mengajar secara maya.
“Secara peribadi bonda sangat percaya bahawa usaha kita membina ummah, melalui gurulah ramai golongan celik ilmu dan cendekiawan dapat dilahirkan.
“Bonda ingin infaqkan diri untuk melakukan transformasi diri guru secara percuma dan diharapkan program ini mendapat sambutan ramai. Ia juga salah satu cara bonda menzahirkn kesyukuran dan penghargaan atas segala jasa baik guru-guru yang pernah mendidik bonda dari darjah satu sehingga tingkatan enam atas di Tun Fatimah Johor Bahru.
“Kemudian melanjutkan pula pengajian di Univeristi Kebangsaan Malaysia dan PhD di London. Banyak yang bonda belajar dan interaksi antara guru bonda ambil sebagai suatu pelajaran,” katanya yang pernah menerima anugerah pengajar terbaik UKM.
Bakat penyanyi Yuna yang berjaya memperkukuhkan namanya di luar negara memang begitu dikagumi. Dia bukan sahaja bijak membawa imej negara (melalui muzik), namun secara tidak langsung turut mempromosi adat dan budaya kita di sana, salah satu penampilan dalam berfesyen. Dalam posting terbarunya, Yuna begitu bangga menggayakan persalinan kardigan kimono dari fabrik songket yang direka oleh ibu kesayangannya, Penyanyi yang menetap di US itu kini berada di Kota Paris sempena Paris Fashion Week (PFW).
Menurut Yuna, baju yang direka oleh ibunya Datin Anum ini memang kena sekali dengan penampilan dan cita rasanya yang sebenar.
Ternyata fabrik songket ini diberi sentuhan moden dengan rekaan kimono yang ringkas tetapi begitu eksklusif sekali. Jika diintai di laman instagram penyanyi ini, Yuna memang gemar sekali menggayakan kardigan atau jaket dalam setiap OOTDnya.
Malah ibunya juga turut memuat turut posting memberitahu baju dari butik @srikandi.clothier itu telah dipakai oleh anak perempuan kesayangannya di Kota Paris.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut teruja dan memebri komen positif apabila dia memilih persalinan songket untuk OOTD di kota besar yang sungguk romantik itu.
daisyariell you are really beautiful, adore you so much
iamnotshaf_ You look good! And the songket kimono looks so beautiful
aryberry85 Oh my dear Lord! I need tht songket kimono in my life! It’s beautiful Yuna!
Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.